Untuk Isteriku
Pernikahan atau perkahwinan
Membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu
Tidaklah semulia Muhammad SAW
Tidaklah setaqwa Ibrahim AS
Pun tidak setabah Ayyub As
Ataupun segagah Musa AS
Apalagi setampan Yusuf AS
Justeru suamimu hanyalah pria akhir zaman
Yang punya cita-cita
Membangun keturunan yang sholeh…
Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami adalah nahkoda kapal, kamu navigatornya
Suami bagaikan balita yang nakal, kamu adalah penuntun kenakalannya
Saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya
Seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya
Seandainya suami masinis yang lancang
Sabarlah memperingatkannya
Pernikahan atau perkahwinan
Mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT
Kerana memiliki suami yang tidak segagah mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah, yang begitu sempurna didalam menjaga
Pun bukan Hajar, yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zamanYang berusaha menjadi solehah Amin…
Untuk suamiku
Pernikahan atau perkahwinan
Menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Pun tidak setabah Fatimah
Apalagi secantik Zulaikha
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
Yang punya cita-cita
Menjadi solehah…
Pernikahan atau perkahwinan
Mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan
Menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah SWT
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana
Justeru…Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah
Pun bukan pula sayyidina Ali Karamallahuwajhah
Cuma suami akhir zaman
Yang berusaha menjadi soleh
Amin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan