Jumaat, 25 Februari 2011

Ikhlas


Kedudukan Ikhlas

Ikhlas adalah buah dan intisari dari iman. Kita tidak boleh dianggap beragama dengan benar jika tidak ikhlas. Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).

Surat Al-Bayyinah ayat 5 menyatakan, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan betul.” Rasulullah saw. bersabda, “Ikhlaslah dalam beragama; cukup bagimu amal yang sedikit.”

Tatkala Jibril bertanya tentang ihsan, Rasul saw. berkata, “Engkau beribadah kepada Allah seolah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah melihatmu.”

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharap ridha-Nya.”

Imam Syafi’i pernah menasihati temannya, “Wahai Abu Musa, jika engkau berijtihad dengan sebenar-benar kesungguhan untuk membuat manusia ridha (suka), maka itu tidak akan terjadi. Jika demikian, maka ikhlaskan amalmu dan niatmu karena Allah Azza wa Jalla.”

“Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat.”

Makna Ikhlas

Dari segi bahasa, ikhlas bermakna bersih dari kotoran dan menjadikan sesuatu bersih tidak kotor. Maka sesiapa yang ikhlas adalah mereka yang menjadikan agamanya murni hanya untuk Allah saja dengan menyembah-Nya dan tidak menyekutukan dengan yang lain dan tidak riya dalam beramal.

Sedangkan dari segi istilah, ikhlas bererti niat mengharap ridha Allah saja dalam beramal tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain.

Keikhlasan menyebabkan beramal menjadi nikmat, tidak membuat lelah,dan segala pengorbanan tidak terasa susah. Sebaliknya, amal yang dilakukan dengan riya akan menyebabkan amal tidak nikmat.

Rukun Bagi Amalan Yang Diterima

Setiap amal soleh mempunyai dua rukun. Allah swt tidak menerima sesuatu amalan melainkan jika memenuhi dua rukun tersebut iaitu :

pertama : ikhlas
kedua : bertepatan dengan sunnah dan syara’

Dengan rukun yang pertama tercapailah kesahihan batin dan dengan yang kedua tercapailah kesahihan lahir. Berkenaan dengan rukun yang pertama Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat.”


Selasa, 22 Februari 2011

Tips Menjadi Ayah Yang hebat


Fasa baru hidup lelaki selepas menimang cahaya mata, dulu solo, kemudian berkahwin dan sekarang sudah bergelar ayah!

Pasti pengalaman berbeza dirasai lelaki tatkala melangkah ke alam perkahwinan. Dan sudah tentulah, bukan mudah mengubah tabiat lama selama hidup membujang dan tiada komitmen.

Andai ketika bersendiri, semua yang dilakukan hanya berpandu kehendak dan gerak hati. Sebaik menjadi suami, senario nyata berbeza.


Lelaki yang berkahwin wajib melindungi isteri, menjaga hatinya selain menyediakan segala keperluan keluarga. Begitulah hakikatnya apabila sudah memiliki tanggungjawab besar.

Tiba masa bergelar bapa, lain pula ceritanya. Ketika asyik berseronok mendengar perkhabaran itu, sedarkah anda betapa besarnya tanggungjawab yang harus dipikul jejaka sebaik menerima anggota baru dalam hidup?


Lelaki semestinya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tugas baru sebagai ketua keluarga.

Tibanya si comel penyeri hidup, suara dan tawanya pasti melengkapkan hidup lelaki bergelar bapa dan isteri.


Indahnya mahligai yang dibina dengan kehadiran si kecil tanda kasih sayang anda berdua. Namun berdepan ‘tugas’ baru sebagai bapa, bagaimana agaknya melayan kerenah atau mood si kecil?

Meragam, menangis tanpa henti siang atau malam, merengek, menguruskan aspek kebersihan termasuk memandi dan membersihkannya selepas membuang air kecil atau besar serta ketika si kecil tidak sihat?

Sebaik mendapat cahaya mata, inilah masanya bagi suami membuktikan rasa tanggungjawab dan kasih sayang kepada isteri.


Bukan sekadar menjaga isteri dan si manja, sebagai ayah, anda harus melakukan lebih daripada itu.

Anda perlu mengambil-alih tugas menguruskan rumahtangga selain belajar membancuh susu, memandikan bayi, memakaikan lampin dan paling mustahak, mengorbankan masa tidur anda.

Selamilah tips-tips di bawah utk rujukan :-

1 - Biasakan berjaga malam

Tiada alasan untuk tidur nenyak dan berdengkur sepanjang malam... Jangan mengharapkan isteri sahaja untuk berjaga, sebaliknya tunjukkan kesungguhan anda untuk bangun bersama dan beri perhatian kepada si comel.

2 - Kejutan kasih sayang

Inilah detik terbaik untuk melakukan kejutan terbesar buat isteri yang telah berkorban bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat anda.


Apa kata anda pula yang mengambil peranannya ketika isteri dalam pantang. Mungkin anda boleh mulakan dengan menyediakan sarapan, membantu isteri menguruskan dirinya, menyediakan keperluan si comel dan sesekali hadiahkan bunga tanda kasih sayang.

3 - Ringan tulang

Jika sebelum lahirnya si kecil, anda dimanjakan oleh isteri. kali ini, anda harus beralah dan mengambil alih peranan menjaga isteri dan anak. Memadailah dengan membantu menyediakan makanan, membasuh pinggan atau mengasuh si kecil.


4 - Sedia untuk kotorkan diri

Geli dengan najis si comel? Akurlah hakikat di mana anda harus membersihkan najis bayi dan belajar memakaikan lampinnya.

Fikirkan ayah anda juga pernah melakukan perkara yang sama ketika anda masih kecil dahulu. Mungkin agak kekok pada permulaannya, namun, alah bisa tegal biasa. Ikuti cara-cara memandikan si comel dalam entry cara mandikan bayi.

5 - Dapatkan petua orang tua

Ketepikan ego serta sikap tahu seba-serbi. Sebagai ayah muda, anda perlu mendapat banyak nasihat dan petua daripada orang yang lebih berpengalaman.

Guru terbaik untuk mendapatkan maklumat ialah ibu bapa serta saudara-mara atau kenalan yang lebih arif mengenai soal penjagaan bayi dan kanak-kanak. Tidak perlu malu kerana maklumat yang diberi akan memudahkan urusan menjaga si kecil.

6 - Buku panduan dan internet

Zaman sudah berubah, dunia semakin maju, banyak maklumat kini terletak di hujung jari anda.

Sebagai ayah moden, anda harus menguasai ilu penjagaan awal bayi melalui bahan bacaan serta informasi di internet. Walaupun belum lagi memiliki cahaya mata, tidak salah andai memulakan pembacaan awal.

7 - Sediakan pengasuh

Jika mampu, dapatkan pengasuh untuk meringankan tugas anda dan isteri di rumah.

Pengasuh bukan sahaja boleh menguruskan isteri yang sedang berpantang, malah pada masa yang sama boleh menjaga si comel yang memerlukan perhatian hampir 24 jam sehari.

8 - Belajar berhadapan dengan tekanan

Bohonglah jika anda tidak tertekan terutamanya apabila tiba saat si comel 'mengamuk' atau menangis tanpa henti. Jika waktu siang, mungkin anda tidak terasa, tetapi di kala tengah malam, tentu haru biru anda dibuatnya.

Usah panik, uruskan saat itu dengan tenang dan penuh motivasi. Selidik punca bayi menangis, mungkin kerana kembung perut atau berasa panas atau mungkin juga kesejukan. Belajarlah bersabar!

9 - Kawal nafsu!

Sudah namanya lelaki, tidak dapat tidak, nafsu selalu bsergelora. Jangan gelojoh dan akurlah pada detik yang sesuai untuk bersama isteri dalam hubungan intimasi.

Fikirkanlah yang isteri anda sudah bersusah-payah menggendong si kecil ke sana ke sini selama 9 bulan 10 hari tanpa keluh kesah dan kini dalam pantang pula. ;;)

Tentulah mengambil masa untuk pulih seperti sedia kala. Fikirkan juga yang kini ada orang ketiga yang harus diutamakan.

10 - Pastikan tabungan mencukupi

Ayah muda perlu memastikan tabungan sentiasa mencukupi bagi menghadapi saat-saat kecemasan terutamanya bila membabitkan si kecil yang mungkin diserang demam serta perlu mendapatkan rawatan segera di hospital.

Peruntukan sebahagian daripada pendapatan bulanan untuk memenuhi keperluan kecemasan si kecil dan isteri sepanjang bergelar ayah.

Apabila anak-anak anda sudah semakin membesar, peranan seorang ayah semakin bertambah. Bagi ayah yang memilik anak-anak yang sedang membesar, ikuti tips yang berikut pula.

11 - Hormati ibu anak-anak anda

Salah satu hal terbaik yang dapat dilakukan ayah bagi anak-anaknya adalah menghormati ibu mereka. Setelah anda melafazkan ijab-kabul, anda wajar menjaga ikatan pernikahan anda agar tetap kuat dan penuh komitment.

12 - Luangkanlah waktu bersama anak-anak anda

Bagaimana seorang ayah meluangkan waktunya dengan anak-anak amat mempengaruhi perkembangan mental anak-anak. Jika anda nampaknya selalu terlalu sibuk untuk anak-anak anda, mereka akan merasa dipinggirkan dan ini mampu menjejaskan perkembangan mereka.

13 - Upayakanlah hak untuk diperdengarkan

Sering kali satu-satunya saat si ayah bersuara kepada anak-anaknya adalah ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan.

Mulakanlah mendekatkan diri dengan anak-anak dengan berbicara ketika mereka masih kecil. Jika anda biasa meluangkan masa untuk mereka, topik-topik sulit akan lebih mudah ditangani ketika mereka semakin besar.

Luangkanlah waktu dan dengarkanlah idea-idae serta persoalan-persoalan mereka. Ingat, mereka kecil hanya sekali.

14 - Disiplinkanlah dengan kasih sayang tanpa syarat

Setiap anak memerlukan bimbingan dan disipli, bukan sebagai hukuman, melainkan untuk menetapkan batasan-batasan yang masuk akal.

Ingatkanlah anak-anak anda akan ganjaran bagi perlakuan mereka dan berikanlah imbuhan yang munasabah atas perilaku baik mereka yang seperti kita ingini.

15 - Role model atau idola

Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi sebenarnya, para ayah adalah role model atau idola bagi anak-anaknya.

Seorang anak perempuan yang meluangkan waktu dengan ayahnya akan tumbuh dengan penuh kasih sayang dan tahu apa yang harus dicarinya dalam diri seorang suami, apabila dia dewasa kelak.

Seorang anak lelaki yang meluangkan masa dengan ayahnya pula akan menghormati ayahnya. Setiap ayah seharusnya mengajar anak-anak lelakinya apa yang penting dalam kehidupan ini dengan mendemonstrasikan kejujuran, kerendahan hati dan tanggungjawab.

16 - Jadilah guru kepada anak-anak

Tidak dapat dinafikan, terlalu ramai bukan sedikit ayah yang menganggap bahawa mengajar adalah urusan isterinya dan orang lain. Contohnya, guru di sekolah.

Jadikanlah anak sebagai amanah dan bukan sekadar anugerah. Seorang ayah yang memahami amanah yang dititipkan Allah Taala akan mengajar anak-anaknya tentang yang benar dan yang salah serta mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik.

Dengan ini ayah akan melihat anak-anaknya membuat pilihan yang baik dalam hidup mereka.

17 - Makanlah bersama-sama keluarga

Makan sarapan, makan siang, atau makan malam bersama-sama, boleh menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga yang sihat.

Selain memberikan hak kepada ahli keluarga (walaupun anda seorang yang sangat sibuk), ini juga memberi anak-anak peluang untuk membicarakan apa yang sedang mereka kerjakan dan apa yang ingin mereka kerjakan.

Hal ini pernah dikupas dalam entry Manfaatkan waktu malam bersama keluarga.

18 - Bacakanlah cerita untuk anak-anak

Mulakanlah membacakan cerita untuk anak-anak semenjak mereka masih kecil. Setelah mereka lebih besar, doronglah mereka untuk membaca sendiri.

Menanamkan semangat kecintaan untuk membaca adalah salah satu cara terbaik untuk memastikan anak-anak anda mengalami pertumbuhan peribadi yang lebih cemerlang dalam hidup mereka.

19 - Perhatikanlah kasih sayang anda

Anak-anak berhak untuk mendapatkan rasa tenteram yang tumbuh dari fikiran bahawa mereka diingini, diterima dan dikasihi oleh keluarga.

Orang tua terutama para ayah, perlu membiasakan diri memeluk anak-anaknya. Memperlihatkan kasih sayang setiap hari adalah cara terbaik untuk memberitahu mereka bahawa anda sayang kepada mereka.

20 - Sedarlah bahawa tugas sebagai ayah takkan pernah selesai /:)

Walaupun setelah anak-anak besar dan bersedia untuk meninggalkan rumahpun, mereka akan tetap mencari hikmat serta nasihat daripada ayah mereka.

Mungkin persoalan bagi meneruskan pendidikan, pekerjaan baru atau pernikahan, para ayah terus memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak mereka.



Diharapkan tip-tips yang disenaraikan di atas dapat menjadi guideline para ayah di luar sana. Kita semua kalut dengan gejala sosial yang melanda masyarakat.

Jika setiap ayah dan ibu berganding bahu menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna, mungkin krisis sosial dapat dikurangkan di masa hadapan. :-?

Wassalam.



Khamis, 10 Februari 2011

Manfaatkan Waktu Malam Bersama Keluarga

Allah SWT menjadikan siang dan malam sebagai putaran alam berganti-ganti bagi membolehkan manusia mengatur hidup.

Waktu siang membuka peluang untuk manusia melakukan tugasan seharian mencari rezeki dan memenuhi keperluan lain.

Manakala waktu malam adalah peluang untuk beristirehat.

Individu tidak bertanggungjawab telah menjadikan malam sebagai masa mencari mangsa dan memuaskan kehendak nafsu.

Tengah malam di bandar besar tidak ubah seperti siang hari dengan dicahayai sinaran lampu dan manusia masih berpusu-pusu dengan tujuan masing-masing.

Untuk memenuhi permintaan ramai orang beraktiviti waktu malam, terdapat kedai serbaneka, restran, kedai runcit, stesen minyak dan sebagainya yang beroperasi 24 jam.

Ini menggalakkan lagi orang menjadikan waktu malam untuk bersantai dan menjalankan aktiviti yang hanya mereka saja faham sebabnya.

Bagi mereka yang terpaksa mencari rezeki atau bertugas pada waktu malam seperti anggota keselamatan, jururawat, bekerja majlis bandaran dan pengawal keselamatan, berjaga malam memang menjadi kewajipan.

Mereka melakukan tugas demi untuk keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan umum.

Tidak elok berjaga

Sebaliknya yang dimusykilkan ialah apakah perlunya kita bersantai dan berembun sehingga lewat malam tanpa sebarang alasan.

Bukan sedikit yang keluar rumah apabila waktu sudah melewati tengah malam semata-mata untuk menikmati secaran teh tarik atau roti canai.

Ðah tu pula, ada yang mengambil masa yang panjang sehingga pukul tiga atau empat pagi baru pulang.Amalan ini perlu diubah.

Tidak elok berjaga malam kerana banyak kesan buruknya. Individu keluar malam dan balik lewat malam bererti tidak menghargai waktu malam yang disediakan oleh Allah SWT untuk kita berehat di rumah.

Waktu malam juga sebenarnya adalah masa terbaik untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadat sembahyang, membaca al-Quran dan berzikir.

Sembahyang sunat pada waktu malam dilakukan oleh mereka yang ingin meningkatkan lagi ketakwaan.

Sesiapa yang tidur dengan niat merehatkan badan bagi membolehkan meneruskan tanggungjawab sebagai hamba-Nya pada hari esok juga dikira membuat kebajikan.

Lebih banyak buruknya

Tidur awal dan mendapat rehat yang cukup membolehkan kita bangun awal dan bekerja dengan produktif pada sebelah siangnya.

Allah suka kepada orang yang bekerja dengan gigih untuk mendapat rezeki yang halal. Aktiviti lewat malam banyak melibatkan perkara buruk.

Pusat hiburan, perjudian, pelacuran, kongsi gelap, menyamun, zina, rogol, penagihan dadah, minum arak dan lumba haram banyak berlaku pada waktu lewat malam.

Ibu bapa harus mengawal anak-anak daripada pulang lewat malam. Tidak ada alasan untuk pelajar dan remaja keluar sehingga lewat malam.

Yakinlah, jika anak anda suka pulang lewat malam, pasti ada aktiviti tidak baik yang dilakukannya. Anak yang baik menghargai waktu malam untuk bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Ðalam hal ini, amat perlu ibu bapa sendiri yang terlebih dahulu mempraktikkan amalan pulang awal. Ibu bapa yang bertanggungjawab menjadi contoh kepada anak-anak.

Keluarga bahagia menjadikan waktu malam untuk berkumpul bersama-sama di rumah.

Hargai waktu

Pada waktu malam adalah peluang terbaik untuk seluruh seisi keluarga bermesra, melakukan aktiviti bersama dan berbincang.

Kita sepatutnya mengamalkan kembali tradisi orang tua kita dahulu, setiap orang perlu pulang dan berada di rumah sebelum waktu Maghrib.

Bapa mempunyai tanggungjawab berat membimbing ahli keluarga mengikut jalan yang diredha oleh Allah SWT. Tanggungjawab memimpin keluarga perlu dilaksanakan sebaik-baiknya.

Kebiasaan sikap ibu bapa yang suka keluar malam turut diikuti anak-anak. Anak juga merasakan ingin mencari keseronokan di luar rumah pada waktu malam.

Suasana gelap dan sunyi memudahkan untuk melakukan perbuatan tidak senonoh dan menyalahi undang-undang.

Sesetengah ibu bapa keluar malam untuk mencari pendapatan tambahan, sedangkan selebihnya sekadar untuk bersuka ria.

Perbuatan ini banyak dilakukan oleh bapa. Bapa yang keluar rumah tanpa keperluan munasabah membuktikan dirinya bapa dan suami yang tidak bertanggungjawab.

Kempen rumahku syurgaku perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak. Keluarga adalah lambang kebahagiaan hidup.

Hargailah waktu malam yang damai dan aman untuk beristirehat atau jika berkeupayaan, jadikan sebagai waktu untuk beribadat.

Adalah lebih selamat dan aman pada waktu malam kita berada di rumah.Waktu malam di luar rumah sebenarnya seram, ganas, melalaikan dan maksiat.

Berada di luar rumah pada waktu larut malam mendedahkan kita kepada kejadian buruk.

Renung-renungkan.

Jauhi Riba...


Betul, bencikan ayah, marah sungguh ! Tak patut ayah buat macam ni kat ibu.., Ayah tu.. dah tua! Semua ni boleh meruntuhkan keluarga kita.

Allah benar-benar sayangkan kita, Nur .. Maafkan lah ayah. Dah 2 minggu kau tak salam dan bertegur dengannya. Dia tetap ayah kita !!

Tapi kesalahannya besar ! Nampak je baik..

Nur, Kita tak rasa apa-apa pun bila keluarga kita terlibat gan riba !Dulu abang suarakan... tapi, lansung kita tak ambil peduli..

Tak faham laa ?

Kita ni manusia, semua manusia bersalah dan kesalahan ayah bukannya besar sangat,Cuma berhubung senyap-senyap dengan Makcik tu melalui sms dan telefon... Bukan mereka berjumpa pun, bukan mereka pegang-pegang tangan pun.

Tapi, jijik laa.. ayah dah tua, ibu pun dah tua!
Dah seminggu Nur tak tidur.. Nur sedih... Nur sedih, bang


Nur, menggambil riba dan berurusan dengannya jauh lebih jijik dari itu. Allah menyifatkan orang yang menggambil riba lebih hina dan berdosa dari berzina.

Nur tak rasa apa-apa pun bila ayah pinjam duit bank untuk belikan nur kereta tu, ayah masih berhutang dengan bank untuk bayar rumah ni, walhal duit dah cukup pun. Ataupun boleh bayar cepat-cepat supaya cepat-cepat lari dari dosa ni. Kan itu lebih jijik dan patut dibenci sungguh-sungguh?

Mmmm,

Nur tak menangis pun untuk ayah, sedangkan dosa dan kesalahan tu, jauh berganda dari zina. Ayah cuma sms dan talipon saja, belum lagipun ber... Na'u Zubillah.

Memang apa yang dibuat tu bersalah.. Tapi semua manusia terdedah dengan kesilapan.
Sebaik-baik orang bersalah adalah yang cepat memohon maaf.
Kan ayah dah menyesal ? Sungguh2 dia menyesal



Maaf kan saya bang.
Nur sayangkan ayah ..Sekarang Nur faham, kenapa abang benci sangat dengan riba..




"Wahai orang yang beriman! Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan menjauhi saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang yang beriman." Surah Al-Baqarah : Ayat 278

Sayangi & Bersyukurlah Dengan Kehadiran Suami...


SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak.

Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan.

Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja.

Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.

Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”


Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.

Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati.

Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa.

Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana. Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan.

Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.

Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami.

Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya.

Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.

”Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”


Selasa, 8 Februari 2011

Ini Sebenarnya Kita Suka?

Kita sebenarnye lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1 Muharram...

Kita sebenarnye lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal...

Kita sebenarnye lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat...

Kita sebenarnye lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan...

Kita sebenarnye lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang...

Kita sebenarnye lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah...

Kita sebenarnye lebih suka menyebut hello!.. hai!.. daripada Assalamua'llaikum...

Kita sebenarnye lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid...

Kita sebenarnye lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri...

Kita sebenarnye lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama...

Kita sebenarnye lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama...

Kita sebenarnye lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka...

Kita sebenarnye lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah...

Kita sebenarnye lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan...

Kita sebenarnye lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita...

Kita sebenarnye lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat...

TETAPI...

Kita sebenarnye lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka...

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.

"Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu.

Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.

"(Surah Al Mu'min; ayat 39-40)