Rabu, 31 Disember 2008

Solat dulu atau makan dulu?



Kadang-kadang kita hairan atau buat-buat hairan akan “kenapa masjid kosong” dan kenapa ramai orang islam di Malaysia bumi bertuah ini, lebih suka solat kat rumah berbanding di Masjid, walaupun antara mereka bukan calang calang bab ilmu ugama beb, ada yang lepasan Universiti islam, baru balik Azhar, lepasan sekolah pondok, pejuang parti islam dan malahan ada ramai gak ustaz-ustaz yang lebih suka solat di rumah jika tak bertugas, imam dan bilal pun sama


Alasan 1

Imam tu baca Al Quran tak betul, tak sah solat belakang imam yang baca salah tajwid, sebab tu aku solat di rumah”
Pulak?!, Pergilah awal dan duduk belakang imam tu, jika salah boleh jer tegur direct dalam solat, tak batalpun, kau jugak yang dapat pahala.


Atau kenapa tak tegur luar solat atau kenapa tak ajar imam tu baca tajwid yang betul?

Dan bila kau dah ada ilmu yang lebih tinggi dan tahu imam tu salah, maka wajib atas kau betulkan imam tu demi solat orang lain gak, tak payahlah nak bertapa kat rumah layan astro layan naruto, lagipun masjid kat Malyasia ni banyak, tak sampai 1 km ada masjid lain, kenapa kat situpun kau tak pergi gak?

Kat situpun salah jugak imam baca tajwid ke?, ke semua masjid kat Malaysia ni takde yang baca betul? habis tu kenapa tak pindah duduk kat Mekkah terus?


Alasan 2

“Aku solat bersama anak dan isteri, boleh aku ajar mereka solat yang betul”

Anak orang lainpun bapak dia ajar jugak solat, tapi elok jer bapak dia pergi masjid dan anak isteri kat rumah elok jer solat tanpa imam dan masih betul serta sah, apahal benak serta lembab sangat otak anak dan isteri kau sampai tiap kali masuk waktu solat kau nak kena ada jadi imam mereka, nanti bila kau dah jadi mayat siapa nak imamkan solat mayat kau, anak isteri kau pandai ke solat tanpa kau?


Alasan 3

“Aku makan ler, sebab ikut Hadis Dalam Sahih Muslim Nombor:866 bagitahu bila makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendak didirikan, maka hendaklah kamu makan terlebih dahulu”

Oh, patutlah tak datang solat jemaah, makan rupanya, baik, aku rasa bab makan dulu tu betul, sebab cerita bulan puasa kisah Nabi Muhammad SAW dan ummat islam tak makan dari pagi sampai maghrib, bila dah masuk waktu azan, nabi suruh makan dulu, lebih AFDAL!

Tapi Nabi makan buah tamar dan air sejuk, lepas tu Nabi pergi solat berjemaah, siap jadi imam lagi...

Kamu ni nak ikut Sunnah atau nafsu?

Sunnah Nabi bila makan berhenti sebelum kenyang dan solat di awal waktu, tempat azan di azankan, kamu ni pulak makan hingga kenyang dan lengah-lengahkan solat sambil mengaku amalkan hadith tak ke menyesatkan anak bini yang akan ikut sama perangai buruk korang?

Mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang tak pergi solat jemaah?, mana pergi hadith ancaman untuk mereka yang solat lengah-lengah? Lu pikirlah sendiri!


Alasan 4

“kalau solat dulu, nanti tak khusyuk sebab ingat makanan”

Habis tu kalau dah kenyang dan terbukalah pintu nafsu dan ingat benda lain yang haram tak tambah rosak ke solat kau?

Nabi solat dalam keadaan lapar kau tahu, ada sahabat yang pengsan sebab lapar, tapi bila masuk waktu solat boleh bangun siap solat sampai kyusuk lagi, tak ke lapar itu bagus?

Aku tengok ramai yang dah kenyang ler sebab tu tinggal solat jemaah atau lengah-lengahkan solat, terbaring kekenyangan tunggu nasik turun ke perut konon, korang ingat Allah bagi rezeki suruh korang tinggal solat jemaah ke?
Ketahuilah, ramai yang tak kyusuk solat sebab ingat pada makanan, tapi ramai lagi yang tak khusuk solat sebab dah kenyang lalu ingat benda lain, dan yang paling hampeh, ramai orang yang khusyuk makan sampai lupa nak solat.. hampeh sekali lagi!


Alasan 5

“Tapi Hamka, ada hadith daripada Abdullah bin Umar, Apabila dihidangkan makan, kena makan dulu”

Siapa suruh bini kau hidang makanan masa azan?

Tak tahu hormat waktu solat ke?

Siapa suruh kedai makan hantar order waktu masuk solat jika kau sendiri yang memang order makan waktu dah nak masuk solat, tak ke hampeh?

Tapi, jika kau di tangkap sebab bom disko lalu masuk dalam penjara dan tentera America bagi hidangan ketika masuk waktu solat, aku rasa masa tu kau makan lah dulu… faham?


Alasan 6

“Solat jemaah itu ibadat, tapi kerja pun ibadat gak, wajib jugak aku kerja…”

Ye betul, kerja itu ibadat gak, tapi ibadat tahap binatang, semua binatang cari rezeki sambil berzikir, dan mereka tak payah buat ibadat tahap khalifah, seperti hormat ibu bapa dan berkahlak mulia, mereka jugak tak payah ibadat tahap malaiakat, nak kena solat, baca Quran, dan puasa, dan mereka jugak tak payah ibadat tahap Nabi, nak kena buat dakwah dan tabligh, semua tu ibadat, tapi sebab mereka binatang, dengar azan tak payah ler pergi solat…, sebab mereka binatang, ibadat mereka cari rezeki sahaja, harap maklum!


Alasan 7

“Hari hujan, boleh solat kat rumah..”

Kalu masjid tutup, boleh kot korang solat di rumah, tapi masjid mana pernah tutup?

Macam hari kerja gak, hujan turun tapi pejabat tak tutup, maka kelihatan lah korang yang bawak kereta dalam hujan laju-laju sebab nak kejar punch card, yang naik motor, sanggup susah payah berhenti bawah jambatan tukar baju hujan dan sambung balik naik motor meredah mara bahaya.

Sebab pergi kerja dapat RM27 ringgit, walaupun hari hujan kena kerja gak,tak salahpun, tapi solat jemaah dapat 27 kali ganda, ‘apalah sangat’? ‘Kan’?


Alasan 8

“Pakcik tak pergi sebab dah tua, uzur, sakit, tak larat”

Pakcik,.. pilihan raya baru-baru ni saya tengok pakcik pergi naik kerusi roda, mak long tak bagi takut pakcik susah tengah jalan, tapi pakcik nak pergi gak sebab pakcik cakap nak perjuangkan ugama, kena pangkah parti islam, dan ada kawan pakcik yang terlebih uzur siap dipapah oleh orang muda parti XYZ pergi menundi..

Perkara yang sama jugaklah berlaku zaman Nabi terhadap orang tua, dipapah pergi masjid solat 5 waktu berjemaah, malahan ada sahabat nabi yang lebih tua dan mata pulak buta, pun masih pergi masjid, pakcik pergilah masjid…, bukan pakcik mata butapun, lagipun, pakcik pun dah tua, alang-alang mati, biarlah mati pergi masjid..


Alasan 9

“saya tak pergi masjid sebab saya perempuan, kami kena elakkan fitnah”

Betul! Pandai! Tapi walaupun tak pergi masjid, tetap kena solat awal waktu, banyak azab untuk mereka yang lengahkan solat, tu belum cerita bab datang haid tapi belum solat… pendek kata kalau boleh, masa dengar azan tu dah siap pakai kain sembahyang..


Alasan 10

“Imam tu parti ABC, aku parti XYZ, tak sah solat belakang imam tu..”

Hampeh! Aku tengok kau takdepun dalam masjid XYZ subuh tadi, kau solat kat mana?


Wassalam



Khamis, 4 Disember 2008

10 Wasiat Imam Syafie



SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Selasa, 2 Disember 2008

Surat Untuk Mak...

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...

Mak.....

Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.

Emmmm...
rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni......
mak macam dah sedia.....

Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia....
mak terus tekun menganyam...

Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet...
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??

kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...eeemmm...
bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....

Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..

Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....

amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....

Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. . ....

Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....

tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ..
ampon kan kiter.....

Mak.....

Jam 4.30 pagi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital.... .
nurse tengah balut mak dengan kain putih.......
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....

Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....

Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......Kiter masih ingat lagi....
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....

Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni...
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .

Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...

Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...

makk...anak mak yang seorang tu demam....
Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib....

Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....nak cakap dengan mak.....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?

Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."

Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...

Takper yer mak...kKiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk univesiti... .
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,



Pantun Mari Sembahyang



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa bolehHalang!!!

Isnin, 1 Disember 2008

Surah-surah Dalam Al-Quran

Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:


Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.

Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.

Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.

Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.

Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.

Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.

Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.

Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.

Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.

Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.

Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.

An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.

An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.

As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.

An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.

Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.

Luqman: Diberikan hikmah.

As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.

Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.

As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.

Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.

Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.

Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.

Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.

Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.

Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.

Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.

Qaf: Dimurahkan rezekinya.

Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.

Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.

Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.

Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.

Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.

Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.

As-Saff: Ingin mati syahid.

Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.

Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.

At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.

At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.

Al-Mulk: Besar kerajaannya.

Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.

Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.

Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.

Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.

Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.

'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.

Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.

Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.

Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.

Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

Al-A'la: Mudah segala urusannya.

Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.

Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.

Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.

As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.

Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.

Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.

Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.

Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.

Al-'Adiyat: Mendapat kuda.

Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.

At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.

Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.

Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.

Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.

An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.

Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.

Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.

Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Khamis, 20 November 2008

Kisah Sedekah

Bila disebut perkataan sedekah, tergambar di fikiran kebanyakan umat Islam tentang suatu aktiviti yang melibatkan pengeluaran harta benda untuk diserahkan kepada orang lain bagi tujuan membantu secara sukarela.

Sedekah seringkali dikaitkan dengan material mungkin kerana istilah yang biasa digunakan oleh masyarakat seperti ‘memberi sedekah’ dan ‘peminta sedekah’ yang melambangkan satu pemberian dan penerimaan barangan.

Sedekah kurang mendapat perhatian di kalangan sesetengah masyarakat Islam untuk dijadikan satu amal soleh kerana pada mereka ianya melibatkan harta benda.

Sudah menjadi lumrah manusia yang amat mencintai agama dan kerana itulah Allah menjadikan harta itu salah satu ujian untuk manusia.

Satu aspek lain yang mungkin menjadikan sebahagian umat Islam hari ini agak keberatan untuk bersedekah kerana menganggap amalan sedekah itu kurang pahalanya, jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain seperti sembahyang, puasa dan seumpamanya.

Sebenarnya kalau umat Islam menyedari hakikat dan pengertian sedekah itu sendiri sudah tentu masing-masing akan menghormati peranan sedekah dan sudah tentu berlumba-lumba untuknya.

Jika diteliti dalam al-Quran ataupun hadith-hadith nabi, kita akan bertemu dengan banyak keterangan berhubung dengan sedekah.

Boleh dikatakan amalan sedekah ini merupakan amalan yang paling banyak cabangnya kerana ia mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan semua ibadat-ibadat lain.

Hubungan sedekah dengan amalan-amalan lain memang jelas kerana sedekah itu sendiri akan mengiringi ibadat lain.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menjadikan anak Adam itu sebanyak 360 ruas tulang. Sesiapa yang bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih, beristighfar kepada Allah dan membuang batu, duri atau tulang dari mengganggu tempat lalu lalang manusia atau menyeru melakukan kebaikan atau melarang daripada melakukan perkara mungkar sebanyak 360 kali, maka sesungguhnya ketika itu dia telah berusaha untuk menyelamatkan dirinya daripada api neraka” (riwayat Muslim).

Ini memberi erti bahawa sedekah itu tidak hanya tertumpu kepada harta benda semata-mata, malah ianya mempunyai pengertian yang sangat luas mencakupi semua bidang kehidupan.

Amalan sedekah juga amat mudah dilakukan sekiranya umat Islam mengetahuinya.

Mungkin sesetengah umat Islam merasa sukar untuk bersedekah kerana tidak mempunyai harta.

Namun Islam telah membekalkan pelbagai alternatif untuk semua peringkat umat Islam agar mereka mampu bersedekah kerana Islam adalah sebuah agama yang praktikal dan adil dalam menetapkan sesuatu ibadat agar pahalanya dapat dirasai oleh semua orang yang mahu mendapatkannya.

Kalaulah Allah hanya menetapkan sedekah itu dalam bentuk harta benda sahaja sudah tentu golongan umat Islam yang miskin tidak akan menikmati pahala sedekah sepanjang hidup mereka.

Pernah berlaku dalam satu peristiwa dimana seorang lelaki yang mengembara di padang pasir merasa amat dahaga dan beliau terjumpa sebuah perigi.

Untuk meminum air tersebut lelaki berkenaan terpaksa turun ke dalam perigi kerana tidak mempunyai timba.

Setelah puas menikmati kesegaran air perigi, lelaki itu naik ke atas semula dan mendapati seekor anjing sedang mundar-mandir di tepi perigi dalam keadaan terjelir-jelir kedahagaan.

Lelaki itu kasihan melihat anjing tersebut dan turun sekali lagi bagi mendapatkan air untuknya.

Oleh kerana ketiadaan timba, dia menggunakan kasutnya sebagai timba.

Kesukarannya untuk menaiki tebing perigi memaksa lelaki itu membawa kasut yang berisi air itu dengan mulutnya.

Beliau puas setelah melihat anjing itu dapat menikmati air dan merasakan bahawa sudah tentu anjing itu merasa dahaga sepertimana dia sebelum menemui perigi tadi.

Dalam kisah ini, Rasulullah telah memberitahu para sahabat bahawa Allah telah memberi ganjaran syurga kepada lelaki itu keranaapa yang dilakukan itu ialah sedekah yang ikhlas meskipun ia hanya membantu anjing.

Memang menjadi tanggapan ramai bahawa setiap amalan yang besar mempunyai ganjaran yang besar.

Islam tidak menafikan hakikat ini tetapi Islam tidak membenarkan umatnya memandang remeh kepada satu amalan yang kecil kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu mempunyai pahala yang sangat besar.

Dalam konteks ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit.

Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (riwayat Muslim).

Jelaslah disini bahawa dengan menunjukkan wajah yang ceria kepada rakan-rakan juga dianggap sedekah.

Di dalam bidang pekerjaan pula, banyak ciri-ciri sedekah yang akan diperolehi sama ada ianya secara lansung atau tidak lansung.

Kita mengambil contoh seorang petani yang menanam sepohon pokok buah-buahan.

Selain daripada keringat yang keluar sewaktu menanam itu dianggap sedekah, andainya pokok itu berbuah dan buah itu dimakan oleh manusia atau binatang, juga dianggap sedekah malah kalau buah itu dicuri orang sekalipun ia masih dikira sebagai sedekah.

Sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa memberi galakan dalam melakukan apa saja perbuatan walaupun ianya dianggap remeh.

Firman Allah: ‘Dan ingatlah, apa jua yang kamu lakukan dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)’ (Surah al-Baqarah, ayat: 215).

Firman Allah lagi: ‘Maka sesiapa yang membuat kebajikan sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)’ (Surah al-Zalzalah, ayat: 7).

Sebenarnya masih terlalu banyak ruang-ruang sedekah yang boleh kita lakukan kerana sedekah itu sendiri mempunyai 1001 macam cabang yang tidak dapat disenaraikan disini.

Bagaimanapun sebagai kesimpulan dapatlah kita menghayati sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ‘Tiap-tiap hari yang terbit matahari, semua ruas tulang manusia yang bekerja merupakan sedekah, berlaku adil antara dua orang itu sedekah, menolong orang menaiki kenderaan atau mengangkat dan membawa barang-barangnya juga sedekah, perkataan yang baik itu sedekah, setiap langkah dalam perjalanan untuk bersembahyang itu sedekah dan menghindakan sesuatu yang merbahaya di jalan juga dikira sedekah’ (Bukhari dan Muslim).

Lantaran itu kita perlu menghormati ibadat sedekah sekiranya kita benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T. dan takut kepada azab siksaan Allah S.W.T. di akhirat kelak sebagaimana sabda baginda:

‘Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) sebelah biji tamar’ (Bukahi dan Muslim).

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan



Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan.

Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.

Kenalpasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah.

Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!


Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda.

Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka.

Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka


Istiqamah (tetap pendirian)
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda.

Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten. Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu:-

i) hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan);
ii) sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan);
iii) kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin;
iv) sentiasa menjaga moral dan adab sopan;
v) mempunyai atur cara kehidupan teratur;
vi) ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.


Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah.

Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka.

Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis.

Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.


Mencintai ibu mereka.
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna.

Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.


Menjadi pendengar yang baik.
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia.

Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan.

Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.


Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amalan harian anda yang selari dengan tuntutan agama.

Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah.

Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid.

Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.

Rabu, 19 November 2008

Mencintai dan Dicintai Kerana Allah.....



Firman ALLAH melalui RasulNya dalam hadis Qudsi yang bermaksud," Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua insan yang saling sayang-menyayangi kerana Ku, dua orang yang duduk bersama2 kerana keranaKu, dua orang yang kunjung mengunjungi keranaKu dan dua orang yang tolong menolong keranaKu..."

Sabdanya lagi dalam Hadis Qudsi yang lain," Berfirman Allah pada hari Kiamat: mana dia orang2 yang bercinta-cintaan kerana KeagunganKu, hari inilah Aku akan menaungi mereka di bawah naunganKu.. iaitu hari yang tiada naungan selainnaunganKu.."

Sabdanya lagi," Sesiapa yang ingin merasai nikmat kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang tiada melainkan kerana Allah semata2 "

Sabda junjungan besar Rasul lagi," Dan dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpuldan berpisah semata2 kerana Allah.."

Apabila seseorang insan mencintai seorang insan muslim yang lain, bersahabat dan bermesra dengannya sedangkan orang yang dicintainya itu adalah seorang yang taat setia dan mencintai Allah yang Maha Agung, maka inilah yang dimaksudkan sebagai mencintai dan dicintai kerana Allah...

Bercinta kerana Allah juga boleh disifatkan apabila seseorang mencintai insan lain kerana ia membantunya dalam selok belok agama dan memberikan tunjuk ajar dalam perjuangannya mendekatkan diri kepada Allah dan Rasulullah..

Orang yang bersahabat dan mencintai muslim lain kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan yang membawa kepada kebahagiaan dan kejayaan Akhirat, ini juga tergolong dalam erti kata saling mencintai semata2 kerana Allah..

Kerana sesungguhnya dunia itu sebagai taman bercucuk tanam dan akhirat adalah dusun untuk memetik hasil tuaian..

Apabila subur dan mekar tanaman, maka hasil yang akan dipetik dan dituai di akhirat kelak adalah yang terbaik dan penuh nikmat...bercinta dan besahabat adalah berhukum harus apabila tujuan bercinta dan berkasih sayang adalah kerana dirinya berasa senang dan lapang hati apabila berkawan dengan orang itu atau pun orang itu boleh membantunya dalam urusan dunia yang membawanya dapat hidup bersenang lenang dalam kemewahan...

Ini ditafsirkan sebagai cinta tabi'i..sesungguhnya, bercinta dengan alasan tujuan yang ikhlas murni membawa kita kepada kebahagiaan hakiki di dunia dan akhirat.. ganjaran pahala yang dijanjikanNya adalah besar dan akhirnya Syurga Firdausi menjadi singgahan terakhir kita... InsyaAllah...

Selasa, 18 November 2008

Kelebihan Korban...



Saidina Ali bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dengan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih.

Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan.

Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 Malaikat yang mendoakan dan meminta ampunkan kesalahannya kepada Allah sampai hari kiamat.

Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s.

Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim."

Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w:

"Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban."

Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat."


Jumaat, 14 November 2008

Kenali Lelaki

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan.

Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja.

Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih.

Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.

Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya.

Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian.

Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga.

Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga? Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH.

DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi.

Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat.

Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan.

Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.

Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap.

Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya.

Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa.

Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya.

Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami.

Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan

"MENGUSAHAKAN SESUATU ADALAH JAUH LEBIH BAIK DRPD TIDAK MELAKUKAN APA-APA, WALAUPUN ADAKALANYA YG DIUSAHAKAN ITU GAGAL"

Rabu, 5 November 2008

Nasihat kehidupan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Selasa, 4 November 2008

Untuk Renungan Bersama….

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi...

Jeng!jeng!jeng! ... bunyi..... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.

Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni...

Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut.

Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam.

Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi...... uuuuuuuuuuuuu. ..

Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi..

Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.

Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu ... si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.

Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..


1 minit untuk mengingati Allah

Step 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
1) SUBHANA'LLAH
2) ALHAMDULI'LLAH
3) LA I LAHA ILLA'LLAH
4) ALLAHU AKBAR
5) ASTAGHFIRU' LLAH
6) LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
7) ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
8) WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN


Step 2:
Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan.

Selasa, 28 Oktober 2008

Kisah Yang Mungkin Nyata

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul di ruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat di tangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya...siapa dia.... tiba2 aku merasa dadaku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...terus kerjalan... kekerongkongku.... sakit.......sakit rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya...Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku...

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku...kkhh...... khhhh......kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, teramat sakit.Seolah tak mampu aku menahan benda tadi. Badanku gementar, peluh keringat meluncur deras, mataku terbelalak...airmataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu pergi berlalu begitu saja hilang dari pandangan.

Namun setelah itu aku merasa aku jauh lebih ringan,sehat,segar,cerah tidak seperti biasanya.

Aku heran, isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia?

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis, mereka menjerit histeria.

Terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi. Siapa dia? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia, dia, dia mirip dengan aku. Ada apa ini Tuhan...?

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu. Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini. Aku mulai berteriak tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku dan mereka terus-menerus menangis. Aku sedar aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati, aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka, tak kuasa aku menangis, berteriak. Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih, selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....masaku telah terlewat....aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca E-mail ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Khamis, 23 Oktober 2008

Kuasa Perempuan


KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu.

Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki.

Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul."

Orang bertanya:"Kenapa ya Rasulllah ?"

Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAQWA PEREMPUAN

Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.

Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.

Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.

Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan taqwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.

Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw:

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."

Wanita Ciptaan Istimewa

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

32. Wanita hiasan dunia seindah hiasan adalah wanita solehah.