Khamis, 26 Februari 2009

Beribadat tanda syukur kepada Allah


Ketika Rasulullah s.a.w mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remaja sedang lepak, berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah:

“Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?”

Rasulullah dengan tegas menjawab:

“Saya diciptakan bukan untuk itu.”

Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malah kadangkala ia diperlukan.

Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah.

Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa menunaikan solat.

Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang.

Sudahlah dengar azan, padang bola pula bersebelahan dengan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing, lembu pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita kadangkala masih asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh.

Inilah yang dilarang Nabi. Waktu bekerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak dimasukkan di dalam jadual.

Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat?

Sibuk.

Kalau sempat buatlah, kalau tidak sempat qada saja.

Sebenarnya ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah.

Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk pun kita.

Pertama
Tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya.

Firman Allah dalam al-Quran (Qs 51:56) yang bermaksud:

“Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaku.”

Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadat lebih utama lagi.


Kedua
Kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya atas nikmat yang terlalu banyak.

Tidak mampu kita menghitungnya.

Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.

Bil elektrik hujung bulan, bil telefon dan jika tidak dibayar kena potong.

Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat ini matilah.


Ketiga
Wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh.

Firman Allah (QS 7;172) mengingatkan kita maksudnya:

“... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul.”


Keempat
Kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan thaghut (kejahatan).

Jika Nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apa lagi kita.

Firman Allah (QS 16: 36) bermaksud:

“...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah thaghut.”


Kelima
Kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa.

Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.


Keenam
Kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat.

Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya.

Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut Nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah (QS 6:15) maksudnya:

“Sesungguhnya aku amat takut kepada azab hari kiamat jika menderhakai Tuhan.”


Selasa, 3 Februari 2009

Asal-Usul Tasbih, Tahmid, Takbir...

Pada satu ketika, Allah swt telah memerintahkan malaikat penjaga 'arasy supaya mengukur jarak antara dua tiang 'arasy..

Selepas menerima perintah, malaikat tersebut pun melaksanakan perintah Allah itu..

Malaikat tersebut pun mulai mengukur.. malaikat ni start ukur dari satu tiang dan kemudian dia pun terbang untuk mencari tiang yang satu lagi..


Cari punya cari, tak jumpa2.. tapi dia tak putus asa.

Dia cari jugak.. sebab ni perintah Allah Yang Maha Mulia, mana boleh nak main2!

Tapi, at last dia tak jumpa jugak.. dia terus menghadap Allah,

Waktu inilah terwujudnya kalimah 'SUBHANALLAH' (Glory Be To God).. tengok! betapa kagum tak kagumnya malaikat penjaga langit dengan kekuasaan Allah!


Masa tu malaikat Jibril pun terdengar malaikat penjaga langit cakap kalimah Subhanallah tu..

Jibril rasa sangat terpegun dengan kalimah mulia ni... so, Jibril pun berazam untuk mengamalkan kalimah ni...



Semasa Allah nak ciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi ni, Allah telah perintahkan pada malaikat supaya ambik sedikit tanah dari bumi Palestin & Iraq..


Kemudian Allah perintahkan malaikat lekatkan tanah tersebut pada tiang syurga..

Selepas itu, Allah pun berfirman 'kun fa ya kun' .. maka bertukar lah tanah tadi menjadi sekujur tubuh yang sangat elok rupanya yang di namakan manusia..

Siapa lagi kalau bukan Nabi Adam as....

Kemudian Allah meniupkan roh ke dalam sekujur tubuh tadi...... lepas saje roh tu bersatu dengan tubuh yang bernama manusia tadi tu...

Tiba2 terkeluar la kalimah 'ALHAMDULILLAH' (All Praise Be To Allah) dari mulut Adam as.....

Perkataan pertama yang disebut oleh insan bergelar manusia.....

Ketika itu malaikat Jibril sekali lagi terpesona dengan kalimah yang baru pertama kali dia dengar.... terus dia jatuh cinta dengan kalimah Alhamdulillah ni...

Sekali lagi dia berazam untuk mengamalkan kalimah yang dia rasa sangat indah ni....


Seperti yang kita semua sedia maklum, Nabi Ibrahim as telah menerima perintah daripada Allah swt untuk menyembelih anak kesayangan baginda iaitu Nabi Ismail...

Hebatnya iman kedua beranak ni... sanggup buat apa saja demi Allah tercinta..

Semasa Nabi Ibrahim hendak sembelih Nabi Ismail, tiba2 terkeluar lah kalimah yang agung iaitu 'ALLAHUAKBAR' (Allah The Almighty) dari mulut Nabi Ibrahim...

Sekali lagi Jibril terpegun... indah sangat kalimah yang baru dia dengar...

Sekali lagi Jibril pun berazam nak mengamalkan kalimah indah ni...

Sewaktu zaman Rasulullah saw... Jibril pun beritahu pada Rasulullah saw tentang kalimah2 yang sangat dia kagumi tu.......

Rasulullah saw pun menambah ' walahaulawala quwwataillabillahil 'aliyil 'adzim'.....


Saranan : bacalah setiap masa yg terluang kerana bacaannye tak sampai 2 minit pun...


KEUTAMAAN TAHMID, TAHLIL, TASBIH DAN TAKBIR


(1) “Rasûlullâh saw bersabda : Barangsiapa membaca :

lâ ilâha illallâhu wahdahu lâ syarîka lahû, lahûl-mulku wa lahûl-hamdu wa huwa ‘alâ kulli syai-in qadîr

(Tidak ada Tuhan kecuali Allâh Yang Maha Esa yang tiada sekutu bagi-Nya, baginya segala kerajaan dan bagi-Nya segala puji, dan Dia kuasa atas segala sesuatu)

100 (seratus) kali dalam 1 (satu) hari, maka ia (mendapat pahala) sama dengan memerdekakan 10 (sepuluh) hamba sahaya, dan dia dipastikan akan mendapat (pahala) 100 (seratus) kebaikan dan akan dihapus daripadanya 100 (seratus) kesalahannya serta dia akan dipelihara dari gangguan syaitan pada hari itu hingga malam hari; dan tidaklah seseorang akan mendapatkan yang lebih baik dari itu (keutamaan), melainkan seseorang yang mahu mengamalkan lebih banyak lagi”
(Muttafaqun ‘alaihi)


(2) “Dan Nabi saw bersabda : Barangsiapa membaca :

subhânallâhi wa bihamdihî

(Maha Suci Allâh dan dengan memuji-Nya)

100 (seratus) kali dalam 1 (satu) hari, maka akan dihapus dosa-dosanya sekalipun sebanyak buih di lautan ”
(Muttafaqun ‘alaihi)


(3) “Ada 2 (dua) ucapan/kalimat yang ringan diucapkan tetapi berat dalam timbangan dan dicintai oleh Allâh yang Maha Pemurah, yaitu:

subhânallâhi wa bihamdihî, subhânallâhil-azhîm

(Maha Suci Allâh dan dengan memuji-Nya, Maha Suci Allâh lagi Maha Agung)”
(Muttafaqun ‘alaihi)


(4) “Rasûlullâh saw bersabda : Bacaan yang paling dicintai Allâh Ta’âlâ ada empat, yang tidak salah engkau mulai dari mana saja, yaitu :

Subhânallâhi wal-hamdulillâhi wa lââ ilâha illallâhu wallâhu akbaru”
(H.R. Muslim)


(5) “Rasûlullâh saw bersabda : Apakah seseorang di antaramu tidak mampu berbuat 1000 (seribu) kebaikan setiap hari? Lalu ada seorang dari kawan-kawan duduknya itu bertanya kepada Beliau :

Bagaimana seseorang diantara kami ini dapat berbuat 1000 (seribu) kebaikan ?.

Rasûlullâh saw menjawab, yaitu : Ia membaca tasbih (Subhânallâh) 100 (seratus) kali, maka baginya akan ditulis 1000 (seribu) kebaikan, atau dihapus daripadanya 1000 (seribu) kelasahannya”
(H.R. Muslim)



Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :-
(1) Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
(2) Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
(3) Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
(4) Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
(5) Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
(6) Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.


“Nabi saw bersabda : Aku pernah bertemu Ibrâhîm pada malam ketika aku di-Isra’-kan.

Lalu Ibrâhîm berkata : Hai Muhammad, sampaikanlah salamku kepada ummatmu, dan beritahulah mereka, bahwa syurga itu adalah tanahnya sangat baik, airnya tawar, dan sesungguhnya syurga itu adalah tanah yang penuh dengan ketenangan, tanaman-tanamannya ialah Subhânallâhi wal-hamdulillâhi wa lââ ilâha illallâhu wallâhu akbaru”
(H.R. Tirmidzî dan ia berkata : Hadits ini hasan)