Selasa, 10 Mac 2015

Sayangilah Ibu Bapa Kita

Di Jepun suatu ketika dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.

Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankankan kehidupan anak - anaknya.
 

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk.

Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
 

Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.
 

Si Ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.
 

Dalam senyumnya, dia berkata, 'Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun.

Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai ke rumah".
 

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah.

Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Sahabatku semua..renung2kanlah..
 

"Orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya.

Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan Susah, hanya mereka yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
 

Mereka tidak pernah meninggalkan kita, macam manapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada mereka.

Namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita.
Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita selagi mereka masih hidup.


Hadiahkanlah Al-Fatihah buat ibu bapa kita sebelum tidur walaupun mereka masih ada di alam nyata ini... 



Persiapkan Dirimu Dengan Kematian

Bila saya mati, tiada lagi orang ziarahi.
 

Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria seperti biasa.
 
Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
 
Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu.
 
Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
 
Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu.
 
Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.
 
Barang-barangmu akan dikemas, kitab, kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang-barang itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
 
Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung!
 
Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yang akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
 
Orang yang mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan-kawanmu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa-tawa!
 
Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu atau dua minggu, sebulan atau dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....
 
Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah-tengah manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak.
 
Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
 
Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
 
Hakikat ini memerlukan renungan.
Usahakan dengan bersungguh-sungguh;
 
Menjalankan kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
 
Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat.
 
"Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
 
Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami.

Berbuatlah Baik


Seorang budak prempuan bersujud ketika lihat ais krim. Maka bertanyalah orang kepada dia: kenapa sujud?

Budak itu pun menjawab: mak saya bila dia gembira dia akan sujud.

Oleh itu, perelokkanlah didikan ke atas anak-anakmu.

Seorang lelaki membaiki penghawa dingin masjid kemudian menolak upah yang diberi dan berkata: ibu saya berpesan supya tidak mengambil upah untuk kerja masjid.

Orang-orang kagum terhadap ibunya dan kagum dengan kebaikannya.

Seorang yang soleh ditanya mengapa pergi ke masjid sebelum azan. Dia jawab: azan adalah untuk peringatan kepada orang-orang yang lalai/lagho/ralik.

Dan saya berharap aku tak tergolong dalam kalangan mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan & keselamatan dunia akhirat)

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia menjawab: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran.


Bilamana sampai kepada kamu gosip/cerita tentang seseorang daripada mereka maka biarlah gosip itu terhenti setakat kamu sahaja.

Dan kalau betul terjadi berita itu berhenti setakat kamu sahaja, bermakna kamu telah mendapat pahala menutup aib orang. Baragsiapa yang menutup aib mana-mana muslim, Allah akan menutup juga aib dia.

3 doa yang wajar kamu ingat untuk dibaca semasa sujud2 kamu:-
1. Ya Allah, aku mohon dengan Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kepadaku taubat nasuha sebelum aku mati.
3. Wahai Allah yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.
(Tanpa sebarang pengkhususan)


Sehinggakan bila kamu berniat untuk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja pun sudah dikira sebagai kebaikan. Semoga dengannya Allah melepaskan kesusahanmu daripada kesusahan di dunia dan akhirat.

Peringatan:~ buatlah baik walau sekecil-kecilnya.

 

Falsafah 70%


Jika kita meninggal dunia, wang kita akan tetap di bank.

Apabila kita hidup, kita rasa kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghabiskan.

Apabila kita pergi, masih terdapat banyak wang yang tidak dibelanjakan.*

Seorang hartawan meninggal dunia. Beliau meninggalkan balunya sejumlah $1.9 bilion pada bank.

Balunya kemudian berkahwin dengan pemandu muda beliau.

Pemandu itu berkata, "Selama ini saya fikir saya telah bekerja untuk bos saya. Sekarang baru saya tahu bahawa bos saya sepanjang masa bekerja untuk saya!"

Kesimpulannya?

Ia adalah lebih penting untuk hidup lebih lama daripada mempunyai lebih banyak kekayaan.
Berusaha untuk mempunyai badan yang kuat dan sihat.
• Dalam telefon bimbit yang berspesifikasi tinggi, 70% daripada fungsi tidak berguna.

• Dalam kereta mahal, 70% daripada kelajuan tidak diperlukan.

• Dalam sebuah vila mewah, 70% daripada ruang kekal tidak diduduki atau tidak digunakan.

• Dalam almari pakaian keseluruhan pakaian, 70% daripada pakaian tersebut jarang dipakai.

• Daripada pendapatan seluruh hidup ini, 70% berada di belakang untuk orang lain untuk

• 70% daripada bakat tidak digunakan.
Jadi, Bagaimana untuk menggunakan sepenuhnya 30% itu?
• Pergi untuk pemeriksaan perubatan walaupun anda rasa tidak perlu.

• Minum lebih banyak air walaupun anda tidak dahaga.

• 'Lepaskan' ego anda, bila-bila masa anda boleh lakukannya.

• 'Beralah-lah' walaupun anda adalah 'betul'.

• Menjadi merendah diri walaupun anda adalah sangat kuat.

• Berpuas hatilah walaupun anda tidak kaya.

Semoga anda mempunyai kehidupan yang sangat baik !!!

Senyum...

Syukurilah Nikmat Tuhan

Tahukah anda harga Oksigen di hospital?
RM10/­liter...

 
Tahukah anda harga Nitrogen di hospital ?
RM3/­liter...

 
Tahukah anda bahawa dalam sehari manusia mnghisap 2.880 liter Oksigen & 11.376 liter Nitrogen?
 
Jika harus dihargai dengan ringgit, Oksigen & Nitrogen yang kita hirup, akan mencapai RM56,060/hari/manusia.
 
Kalau didarabkan sebulan RM56,060 x 30hari = RM1,681,818/­org..
 
Org yg paling KAYA sekalipun tidak akan sanggup melunasi biaya nafas untuk hidupnya, apabila Allah SWT mnggunakan Rumus Niaga manusia.
 
Masihkah kita MALAS BERSYUKUR ?
 
Baru nafas saja, kita sudah mesti membayar RM1,681,818 / bulan, dan itu PERCUMA.
 
Maka, Nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kau Dustakan..
 
Sesungguhnya, Segala sesuatu adalah dari Allah SWT , dan kembali kepadaNya.
 
Semoga kita semua bahagian dari hamba2 yang bersyukur.. Amin

Kita Berhutang Kepada Anak-anak Kita

Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak.

Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar faham kesalahan yang mereka lakukan.

Kita membuat mereka menangis karena kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan.

Tetapi seburuk apapun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya.

Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.

Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan cukup.
 
Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita.

Kita katakan kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita.

Kita merasa bahawa kita boleh menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan.

Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita dan menghapuskan air mata kita.
 
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita. Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendekap, dan bermain dengan mereka?

Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mereka?
 
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita.

Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.

Seburuk apapun kita sebagai orang tua, mereka selalu bersiap sedia untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punyai.

Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita...

Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengelola emosi.

Anak-anak yang menanggung konsekuensi dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri.

Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak dapat merancang masa depan kita sendiri.

Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencuba membuat kita bahagia.
 
Maka dekaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka,

"Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan... Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Tuhan tak berkenan.

Maafkan kerana hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang dapat membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya... Lebih baik dari sebelumnya."

 

Usah Bersedih


1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
 
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
 
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
 
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dgn sempurna.
 
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
 
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
 
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.
 
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat...
 
SubhanAllah... MasyaAllah.. Allahuakbar!,
 
Cantiknya 'ibrah (pengajaran/pedoman) al-Quran yg dikisahkan oleh Allah sendiri sebagai satu tarbiyah buat kita manusia khalifahNya (pemegang amanah yg bertangungjawab menjaga agama dan bumi Allah)

 

Gambaran Alam Mahsyar

Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. 

Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?...

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.

Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
 

Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.

Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.

Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.Rujuk surah yassin ayat 52-54.

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
 

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.

Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
 

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.

Jawab Nabi Adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.

Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh Rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh a.s, Musa a.s, Isa a.s, dan Ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
 

Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
 

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pada Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. 

Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite sahaja kerana padatnya manusia pada hari itu.

 
Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash.

Masa itu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab itu.

Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.

Kemudian Allah swt panggil setiap orang untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.

Tiada satu pun yg tertinggal.

Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) Tak ingat
3) Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

 
Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.

Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
 

Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan dll.
 

Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pada mereka.

Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).
 
Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tapi effect jugak orang-orang yang kita sayang.
 

Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.


Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
 

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.    

Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
 

Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
 
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
 

Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti.

InshaaAllah.. Aamiin..
 

Wallahu'alam.

Peringatan Buat Semua Yang Bergelar Isteri


Mengapa Allah memberi salam kepada Khadijah.

Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri sehingga ketika meninggal dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal.
 
Apabila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, "Saya belum berkorban lagi, sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama".

Ketika itulah Allah sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama, yang menyebabkan Allah sayang padanya.

Wahai para isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati suami supaya ia gembira. Buatlah kerana Allah.
 

Suamimu mungkin tidak faham kesusahanmu, tapi Allah menilai setiap kesusahanmu. Setiap peluh, tangisan, keletihan, sakit badan, sakit kepala semuanya diberi pahala yang sangat besar.
 
Maafkanlah kekurangan mereka.. kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

 
Jagalah solat awal waktu. Galakkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah.

Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

 
Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,
"Perjuangkanlah Islam ini. Kalau ada daya, bawa manusia dekat dengan Allah"

 
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka menjadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis, wujud suasana berilmu.
 
Berilah masa mendidik mereka.
 
Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh mengganti tempatmu.


Untuk isteri solehah.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus.

 
InsyaAllah

Alkisah Pokok Balak


Di dalam satu kawasan lapang, jauh di dalam hutan, para pokok sedang mengadakan mesyuarat subuh.

“Binatang-binatang semua datang berehat dan berteduh di bawah kita tapi mereka sering meninggalkan kekotoran,” kata Cengal, salah sebatang pokok. “Bau itu kadang-kalanya tidak dapat di tahan.”

“Mereka tidak mempedulikan perasaan kita sebab kita tak bersuara,” kata Meranti, pokok yang berjiran dengan dengan Cengal.

“Aku dah tak tahan. Dah cukup! Aku dah buat keputusan untuk menghalau semua binatang yang datang ke tempat kita.”
 
“Tapi itu mungkin satu tindakan yang kurang bijak,” kata Ramin, pokok tertua dan terbesar di antara mereka.

“Binatang itu mungkin membawa sikit masalah pada kita, aku setuju, tapi mereka ada kebaikan juga. Semua benda di dunia ini saling bergantung - pokok, binatang dan manusia,” tambahnya lagi.

“Maafkan saya,” kata Meranti. “Saya amat menghormati pandangan Tuan, tapi dalam hal ini saya tidak akan mendengar kata-kata sesiapa. Saya tidak akan membenarkan sebarang binatang datang ke sini lagi.”

Meranti melakukan apa yang dijanjinya. Apabila seekor kucing hutan datang berteduh, Meranti menggoyangkan batangnya dengan ganas kiri-kanan sehingga kucing hutan tersebut lari ketakutan.

Meranti menakutkan semua binatang yang datang pada hari itu dan hari-hari seterusnya.
Setelah beberapa ketika, tiadalah lagi binatang yang datang mendekati kawasan lapang tersebut.
 
Satu hari, dua pemotong balak datang ke kawasan lapang tersebut. “Manusia!” jerit Meranti .

“Mengapa mereka datang? Mereka tak pernah berani datang sini.”
 
“Jika mereka tidak pernah datang sebelum ini, ini adalah kerana mereka takut pada binatang buas yang sering berteduh di sini,” kata Ramin .

“Sekarang kucing hutan, harimau semua tiada maka manusia tiba-tiba menjadi berani untuk datang ke sini. Aku dah bagitahu jangan halau sahabat-sahabat kita tu. Kita semua tumbuh tinggi ini pun sedikit sebanyak kerana zat dalam najis mereka juga,” kata Ramin dengan kesal.
 
Meranti mula menggigil - tapi bukan tak bersebab. Meranti adalah pokok pertama pilihan pemotong kayu balak untuk ditebangkan…

Wahai anakku,
Janganlah engkau selalu pandang pada kelemahan orang lain seperti najis yang ditinggalkan binatang seperti cerita yang dinukilkan di atas.
 
Ingatlah pada kebaikan yang dibawa orang lain selama ini pada kamu, walaupun sedikit ataupun secara tidak langsung.

Janganlah menjadi seperti pokok Meranti yang tidak mengerti ketenangan hasil daripada kehadiran binatang-binatang liar yang menakutkan manusia.
 
Wahai anakku,
Susah-susah kamu mengasingkan orang-orang yang tidak disukaimu dan hanya mengekalkan orang-orang yang disukaimu di sisimu di dalam kehidupan seharianmu, lebih baik jika engkau belajar melihat kebaikan daripada membiarkan mata kamu fokus pada keburukan pada orang-orang di sekelilingmu.

 
Dengan ini, semua orang boleh menjadi orang-orang yang disukaimu dan hatimu lega kerana tidak perlu dihuni perasaan benci.
 

Senyum...

Pilihan Si Mati

Kenapa orang yg dah mati pilih sedekah ?
 
Kenapa tidak pilih buat umrah atau puasa, sekiranya dia dikembalikan kedunia?

Sebagai mana Allah menceritakan di dalam al quran (wahai tuhanku! Alangkah baiknya kalau engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke satu masa yg sedikit saja lagi ,supaya aku dapat bersedekah.....

 
Tidak menyebut oleh orang yang mati akan sedekah melainkan besar kesan sedekah yg telah dilihatnya selepas dia mati.

Oleh itu perbanyakanlah sedekah maka sesungguhnya orang yang beriman di hari kiamat dapat berteduh di bawah bayang sedekahnya.


Dan tolong sedekah kepada org yg telah meninggal dunia dikalangan kamu ,sesungguhnya mereka berangan-angan untuk pulang ke dunia dengan tujuan hendak bersedekah dan menjadi orang soleh.

Oleh itu tolong tunaikan angan-angan mereka dan latih anak2 kamu bersedakah.
 

Sebaik baik sedekah yang boleh kamu lakukan sekarang ialah sebarkan kalam ini dengan niat sedekah kerana setiap orang yg mengamalkannya dan mengajar kepada generasi akan datang, pahalanya engkau dapat sama.

Senyum....

7 Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab


Sekumpulan wanita sedang berhimpun berbincang tentang pelbagai permasalahan.


Secara tanpa disedari, timbul persoalan dari setiap wanita itu mengenai kekurangan pada wanita yang dirasakan sukar dan tidak adil.

Setiap dari seorang mereka menyuarakan persoalan masing-masing.
 
Keluhan wanita pertama: "Aduh, situ tutup, sini tutup, semua nak kena tutup. Susah la camni. Apasal laki-laki mudah saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya kiri kanan atas bawah depan belakang."

Keluhan wanita kedua: "Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami pulak? Padahal suami nak keluar ke mana-mana pun, tak bagitau kami takpe pulak."
 
Keluhan wanita ketiga: "Jika kita ikut faraid (pembahagian harta pusaka mengikut Islam), ikut surah al-Nisa dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sikit rasanya berbanding harta yang anak lelaki dapat. Itukah keadilan?"
 
Keluhan wanita keempat: "Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak? Suami kita senang saja, masa buat anak cari kita. Masa nak beranak, kita yang tanggung sendiri!"
 
Keluhan wanita kelima: "Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami kita, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
 
Keluhan wanita keenam: "Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak boleh ceraikan suaminya? Kenapa?"
 
Keluhan wanita ketujuh: "Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat kita perempuan ni suka ke tak solat dan puasa? Dahlah lepas tu kena ganti pulak."

Kemudian datanglah seorang lelaki kepada mereka lalu ditanya, mengapa mereka mengomel tentang kejadian wanita dan kekurangan-kekurangan tersebut.

Setelah disoal dengan soalan-soalan di atas, lelaki itu lantas memandang setiap wanita itu sambil tersenyum, seraya menjawab setiap satu daripadanya.

Pada wanita pertama, lelaki itu menjawab: "Cik adik, Islamlah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang paling aman dan terbaik, kan?

Emas dan permata pun tak sanggup kita nak letak terdedah di tepi laluan lalu lalang, sebaliknya kita simpan di rumah atau dalam peti selamat kan?

Jika anda letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?

Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut, tapi anda? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!! Mahalnya harga anda untuk seorang lelaki."
 
Pada wanita kedua, lelaki itu menjawab: "Memang, isteri perlu taat pada suami. Tapi, bagaimana pula lelaki? Seorang suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga.

Isteri pula tidak perlu lagi. Taatnya hanya pada suami. Kenapa anda perlu taat pada suami? Kerana suami andalah yang menanggung SEMUA dosa yang anda lakukan."

Pada wanita ketiga, lelaki itu menjawab: "Benar wanita menerima warisan pusaka sedikit berbanding lelaki, tetapi harta itu menjadi hak mutlak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Tak perlu dikongsi dengan sesiapa walaupun suami. Lelaki pula, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasalah dia."

Pada wanita keempat, lelaki itu menjawab: "Tahniah dan terima kasih kepada wanita kerana dapat mengandung dan melahirkan.

Setiap kali anda begitu, anda akan didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat. Subhanallah,beruntungnya anda!! Andaikan anda meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga!!"

Pada wanita kelima, lelaki itu menjawab: "Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab ke atas empat orang wanita.

Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu apa maksudnya? Maknanya, anda nanti di akhirat akan dibantu oleh empat lelaki.

Siapa mereka? Mereka ialah suami anda, ayah anda, anak lelaki anda dan adik lelaki/abang anda."

Pada wanita keenam, lelaki itu menjawab: "Nak beribadat macam lelaki beribadat? Agaknya kenapa Rasulullah SAW lebih suka wanita beribadat di rumah saja berbanding di masjid?

Kami lelaki perlu beribadat siang malam untuk mendapat syurga. Anda sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang anda sukai, tanpa perlu susah payah.

Ya, dah la syurga, ada pilihan pula, hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan taat pada suami anda. Itu saja."

Pada wanita ketujuh, lelaki itu menjawab: "Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Anda, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka anda akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Itu janji Allah pada kamu."
 
Kemudian lelaki itu bertanya mereka pula: "Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"
 
Wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, "Masya-Allah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!"
 
-------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Allah yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui pada manusia, sehingga segala hukumNya, malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
 
"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
 
 

Learn From An Arrow

An arrow can be shot only by pulling it backward.

So when life is dragging you back with difficulties, it means that it's going to launch you into something great.

So just take a deep breath and keep aiming.

Smile.....

Harga Syurga dan Neraka

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar?"

Jawab anaknya, "Macamana masuk n
eraka kena bayar?"
 

Jawab bapanya,
✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?
 

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.
〰〰〰〰〰〰
Wahai saudaraku! Menyebarkan mesej ini juga percuma.... Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda... insyaallah.

Renungan Diri

Wahai anakku,
Sehebat-hebat matamu, ia terlepas pandang hidung dan mulutmu ketika engkau memandang. Banyak komplikasi dan alasan di sebalik sesuatu yang sulit sering disalah erti kerana matamu.

 
Oleh itu wahai anakku, janganlah kamu hanya melihat di luar dan terusmu menjadi hakim sedangkan kamu belum mengetahui apa yang sebenarnya…

Wahai anakku,
Jangan kamu berprasangka buruk pada mereka yang sering membayar untuk orang lain. Ia mungkin bukan bererti mereka kaya, tapi hanya kerana mereka lebih menghargai hubungan daripada wang duit.

 
Wahai anakku,
Janganlah kamu panggil mereka yang bekerja tanpa ada yang menyuruh itu bodoh, kerana mungkin mereka lebih mengerti dan menghargai konsep tanggungjawab.

 
Wahai anakku,
Janganlah kamu pandang serong mereka yang mendului minta maaf duluan setelah bertengkar. Ini tidak bererti mereka bersalah, tapi kerana mereka lebih menghargai orang lain.

 
Wahai anakku,
Jangan pula kamu timbul syak pada mereka yang mengulurkan tangan untuk menolongmu. Mereka membantu mungkin bukan kerana mereka merasa berhutang, tapi kerana ikhlas menganggap kamu adalah sahabat.

 
Wahai anak kesayanganku,
Janganlah pula kamu terasa tersinggung pada mereka yang sering menghubungimu, ia mungkin bukan kerana mereka tidak punya kesibukan, tapi kerana engkau ada di dalam hati mereka.

 
Berbaik-sangkalah selalu, wahai anakku, sebagaimana Rasulullah pun mengingatkan kita, "Janganlah seseorang diantara kamu meninggal dunia kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah" (HR. Muslim)
 

Senyum