Isnin, 22 April 2013

Kisah Seekor Burung

Ada seekor burung yg menonton peristiwa Nabi Ibrahim dibakar lalu terus terbang berulang-alik mencari air.

Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim
a.s.

Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk All...
ah yang lain, lantas ditanya kpd burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak!

Tapi yg menjadi persoalan,apakah usahaku mencegah kemungkaran.

Wallahualam

Belajar Dari Jam Dinding

Dilihat orang atau tidak, ia tetap berdenting.

Dihargai orang atau tidak, ia tetap berputar.

Walau tak seorangpun mengucapkan terima kasih, ia tetap Bekerja.

Setiap jam, setiap menit, bahkan setiap detik.

Hidup ini banyak pilihan, namun Hidup inipun sangat singkat.

Maka segera tentukan dan pilihlah keutamaan hidup kita.

Jangan sia-siakan hidup kita agar hidup kita lebih bermanfaat bagi orang lain.

Dan teruslah berbuat baik kepada sesama, meskipun perbuatan baik kita tidak dinilai dan diperhatikan oleh orang lain.

Ibarat Jam Dinding yang terus bekerja walaupun tak dilihat, namun senantiasa memberi manfaat bagi orang sekitarnya.

Indahnya Akhlak Saidina Abu Bakar & Saidina Ali

Sayyidina Abu Bakr radiyaLlahu 'anhu dan Sayyidina 'Ali radiyaLlahu 'anhu tiba di hadapan pintu Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam.

Sayyidina Abu Bakr berkata: " 'Ali, kamu masuk dahulu."

Sayyidina 'Ali menjawab: "Silalah masuk seb...
elum daku. Aku tidak akan membelakangi seorang yang telah disabdakan Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) bahawa, matahari tidak terbit dan terbenam ke atas manusia yang lebih baik daripada Abu Bakr."

Sayyidina Abu Bakr lalu berkata: "Bagaimana dapat aku mendahului seorang yang telah disabdakan Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam), 'sebaik-baik wanita (Sayyidatina Fatimah radiyaLlahu 'anha) telah diberikan kepada sebaik-baik lelaki.' "

Ujar Sayyidina 'Ali : "Aku tidak akan masuk sebelum seorang yang dikatakan Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) bahawa pada Hari Penghisaban suatu seruan daripada Allah 'Azza wa Jalla berbunyi, 'Wahai Abu Bakr! Kamu dan mereka yang mencintaimu memasuki Jannah!' "

Sayyidina Abu Bakr berkata lagi: "Aku takkan masuk sebelum kamu sebab kamu akan bangkit hadir pada Hari Penghisaban dan akan dikatakan bahawa 'dia (Sayyidina 'Ali) adalah lelaki yang baik, saudara yang baik dan ayah yang baik.' "

Kemudian berkata Sayyidina 'Ali: "Aku takkan pernah masuk sebelummu apabila Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) bersabda: 'Jika iman Abu Bakr diletakkan di suatu sisi timbangan, dan iman seluruh ummah di sisi lainnya, maka iman Abu Bakr lebih berat lagi.' "

Sayyidina Abu Bakr membalas: "Aku tidak boleh mendahului seseorang yang Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) berkata pada Hari Penghisaban, 'Ali akan datang bersama isterinya Fatimah (radiyaLlahu 'anha), bersama dua anak mereka menunggang unta, dan manusia akan bertanya, 'Siapakah ini wahai Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam)?' dan jawapan yang akan diberikannya, 'Inilah orang-orang yang Allah cintai.' "

Sayyidina 'Ali menjawab pula, bahawa Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam) bersabda: "Allah berfirman, 'Dia yang membawa 'Sidq' (Kebenaran) adalah Rasulullah (sallaLlahu 'alaihi wasallam), dan 'As-Siddiq' adalah dia yang mengikutinya.' "

Malaikat Jibril ('alaihissalam) kemudian diperintahkan untuk bertemu Nabi Muhammad (sallaLlahu 'alaihi wasallam), dan berkata, "Allah menyampaikan salam-Nya dan para malaikat sedang mendengar perbualan Abu Bakr dan 'Ali, maka keluarlah dan jadilah yang ketiga untuk menjadi orang tengah bagi mereka! Allah (subhanahu wa ta'ala) mengirimkan rahmat-Nya yang khusus dan mendirikan pagar Iman & Adab di kalangan mereka." (bermakna, mereka adalah di kalangan manusia yang beradab.)

Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wa aalihi wasallam - kemudiannya keluar dan mencium mereka berdua dan bersabda:

"Demi Dia yang menggenggam jiwaku - jika samudera adalah tinta dan pepohonan adalah pena, dan ciptaan langit dan bumi adalah tulisannya, semuanya takkan mampu menuliskan tentang (keindahan) akhlak kalian atau menghuraikan (ketulusan) perkataan kalian."

(Dicatat dalam Kitab Sunan Ad-Darimi, diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radiyaLlahu 'anhu)
(terjemahan perkongsian Sidi Zhafri Nasser & Sidi Andrew Sanders)
See More

Rabu, 3 April 2013

Alkisah Tidur Tak Nyenyak

Hamsor dan Kapeed selalu bermain bersama. Kapeed mempunyai banyak simpanan guli. Hamsor pula mempunyai gula-gula bersamanya.

Hamsor memberitahu Kapeed bahawa dia akan memberikan kesemua gula-gulanya untuk menukar guli Kapeed.

Kapeed setuju.

Tapi Hamsor secara diam-diam menyimpan sebiji gula-gula paling besar dan mahal dan memberikan gula-gula lain kepada Kapeed.

... Kapeed dengan gembiranya memberikan semua gulinya kepada Hamsor.

Malam itu, Kapeed tidur dengan nyenyak.

Tapi Hamsor tidak dapat tidur kerana Hamsor asyik memikirkan samada Kapeed ada menyimpan guli terbesar seperti mana dia menyimpan gula-gula paling besar untuk dirinya.

Apakah anda mempunyai ciri-ciri Hamsor?

Senyum.

Dipetik dari Tuan Ibrahim Tuan Man

10 Petua Kehidupan

Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa.

10 petua ini boleh membantu kita menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.

2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan
selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.
 

3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.
 

4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.

5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.
 

6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.
 

7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda, selain anda. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.
 

8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.
 

9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.
 

10. Senyum selalu. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda. Yang ada hanyalah cabaran sementara.

Wallahualam

Selasa, 2 April 2013

Kisah Benar


Apa yang diceritakan oleh seorang sahabat yang berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati.

Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya.

Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu. Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.

Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya.

Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma, beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang

Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya.

Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang.

Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya.

Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima.

Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti.

Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu.

Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat "Ya:.Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian.

Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu.

Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan.

Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt.

Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya.

Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati.

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar.

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini.

Ambillah ikhtibar dari cerita ini.

Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat.

Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu.

Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.

Wallahualam

 

Berdosa Dengan Allah & Manusia

Seperkara yang perlu diingat. Andainya kita berdosa secara langsung dengan Allah, maka hendaklah kita beristighfar dan bertaubat dengan sesungguh-sungguhnya, menyesal dengan perbuatan keji yang kita lakukan.

Dan seterusnya ialah perbanyakkan amalan sunat bagi menampung segala kekurangan yang ada.

Namun, andainya kita melakukan kesalahan terhadap sesama manusia, sepertimana perbuatan mengumpat dan segala macam dosa yang dilakukan melalui lidah, maka tidak cukup dengan sekadar bertaubat dan beristihgfar memohon keampunan dari Allah, malah adalah menjadi tugas dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan, iaitu memohon maaf dari manusia itu sendiri.

Bukan satu jenaka, tapi permohonan maaf kepada manusia yang telah kita umpat dan sebagainya itu wajar dilakukan seberapa segera yang mungkin kerana ajal maut tidak kita ketahui, bilakah kehadirannya.

Begitu sukar untuk memohon maaf dari sesama manusia. Kerana, Allah adalah yang Maha Pengampun, hinggakan ada di kalangan ulama yang secara sinis memberikan ungkapan seperti, “Bukan hendak menyatakan bahawa tidak mengapa jika berdosa dengan Tuhan, kerana Allah Maha Pengampun.


Tetapi yang menjadi masalahnya ialah, andainya kita berdosa dengan manusia, hendaklah diketahui bahawa manusia memang sukar untuk memaafkan kesalahan sesama manusia”.

Maka, diandaikan dosa kita tidak dimaafkan oleh sesama manusia, bolehkah dibayangkan bagaimana kedudukan dan nasib kita di akhirat kelak?


Cuba bayangkan, di saat kita berada di hadapan pengadilan Allah kelak yang pada waktu itu mungkin saja amal dan kejahatan kita begitu seimbang.

Tiba-tiba datang seorang hamba Allah yang pernah kita sakiti dengan lidah kita sewaktu di dunia, memohon pengadilan dari yang Maha Adil pada hari pembalasan.

Bagaimanakah agaknya timbangan amal kita nanti setelah terpaksa menyerahkan pahala untuk membuat tebusan?

Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau walau apa pun dosamu, Aku tidak peduli.


Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan daripada-Ku, Aku ampunkan engkau, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku datang kepadamu dengan penuh keampunan.
[HR at-Tirmidzi )

12 Barisan Di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya;

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:


 “Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris” Surahan-Naba’:18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab:”Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada saya, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
 
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka nuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.

“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:

“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..
Wallahua’alam

Minda: Teknik Nasihat Luqman Al-Hakim

ANAK-anak adalah kurniaan Allah yang paling berharga dan ibu bapa sewajarnya memelihara amanah mendidik mereka dengan kaedah terbaik.

Antara kaedah yang paling berkesan dan berhemah dalam melaksanakan asuhan bimbingan kepada anak-anak ialah melalui pendekatan memberikan nasihat.

Jadikan kaedah yang diamalkan oleh Luqman Al-Hakim sebagai pedoman. Banyak sekali bentuk nasihat yang disampaikan Luqman kepada anaknya.


Cara penyampaian atau metodologi pengajaran yang diaplikasikan Luqman begitu halus dan penuh dengan amalan psikologi.


Kita ambil beberapa contoh bagaimana Luqman menasihati anaknya. Misalnya, kata Luqman kepada anaknya, “Wahai anakku, sesungguhnya aku kesal dengan percakapanku, tetapi aku tidak pernah menyesal kerana berdiam diri.”

Cuba perhatikan dengan serius bentuk nasihat yang diluahkan Luqman kepada anaknya. Luqman member nasihat dengan menjadikan diri sendiri sebagai bahan contoh subjek nasihat yang hendak disampaikan.

Inilah kaedah terbaik sebenarnya bagaimana memberikan nasihat kepada anak-anak. Bukannya dengan menyampaikan nasihat dengan mengambil contoh pihak lain yang sukar dijangkau anak-anak kita.

Pada zaman moden ini, kaedah diguna pakai Luqman itu adalah salah satu kaedah dalam sesi kaunseling. Justeru, Luqman boleh kita ibaratkan sebagai perintis kepada teori dan praktikal kaunseling.

Dengan cara sebagaimana dibuat Luqman seperti tadi, pasti perhatian anak-anak akan lebih terserap.

Aspek bersosial juga diterapkan Luqman menerusi nasihat kepada anaknya.


Misalnya, kata Luqman, “Wahai anakku, jadilah engkau orang bersikap lemah lembut dengan jiran, hampir dengan kebaikan, banyak berfikir, kurang bercakap melainkan dalam mengatakan yang baik, banyak menangis dan kurang ketawa.

Janganlah engkau suka bergurau-senda, membuat bising tetapi diamlah dalam berfikir dan apabila engkau bercakap, maka bercakaplah dengan kata-kata berhikmah.”

Tentu kita kagum dengan kaedah diamalkan Luqman terhadap anaknya dalam menyampaikan pendidikan. Adakah kita pernah membuat seperti Luqman itu?


Atau kita hanya serahkan kepada guru untuk mendidiknya? Atau apabila anak-anak pulang dari sekolah, kita hanya pandai membebel dan memarahi anak?

Cuba kita telusuri nasihat kedua yang dipetik sebentar tadi. Luqman menggunakan bentuk nasihat untuk menyampaikan didikan bercorak ringkas tetapi berisi padat dengan ajaran agama dan norma masyarakat.


Diadunnya dalam nasihat rangkuman isi yang hendak disampaikan. Didahului dengan didikan hidup berjiran secara baik dan harmoni.

Kemudian beliau melorekkan pula elemen pembentukan sahsiah peribadi dari segi pengurusan komunikasi berkesan, iaitu bagaimana memanfaatkan akal untuk berfikir dan bagaimana mempergunakan lidah dengan berhemah dan bermanfaat.

Aspek seterusnya yang turut difokuskan Luqman ialah bagaimana mencorakkan pergaulan yang baik. Kata Luqman, “Wahai anakku. Janganlah engkau duduk bergaul dengan golongan yang tidak mengingati nama Allah. Kerana sekiranya engkau seorang yang jahil, maka mereka akan menambahkan lagi kejahilanmu.”

“Dan sekiranya engkau seorang yang alim, maka ilmu- mu itu tidak memberikan sedikit manfaat pun kepadamu. Bahkan, sekiranya laknat dan kemurkaan Allah diturunkan ke atas mereka, nescaya engkau juga akan turut berkongsi bersama-sama mereka.”

Bacalah berkali-kali nasihat Luqman itu, maka kita dapat mengesan suatu pengajaran yang berkualiti tinggi. Bukan senang untuk kita terapkan bentuk nasihat sebegini, tetapi percayalah seandainya secara beransur-ansur diamalkan, tiada apapun yang mustahil. Kita mesti mencuba kaedah Luqman itu.

Seharusnya kita sebagai ibu bapa menjadikan nasihat yang berisikan pedoman berasaskan agama dijadikan tunjang dalam pendidikan anak-anak. La Rouchefoucauld, seorang tokoh pendidikan Barat pernah mengatakan, “Kita memberi nasihat, tetapi kita tidak dapat memberikan kebijaksanaan bagi dimanfaatkan.”

Maksudnya kita seharusnya menjadikan bentuk isi nasihat itu sesuatu yang padat dengan subjek yang hendak kita sampaikan. Betul dan tepat seperti maksud peribahasa Afrika, “Nasihat itu aneh. Apabila diterima, ia menginap, apabila tidak diterima ia pulang pada ketika itu juga.”

Maknanya kita harus memuatkan nasihat yang mudah ‘dihadam’ oleh pemikiran anak-anak, barulah nasihat itu meninggalkan kesan positif.

Satu lagi pendekatan digunakan Luqman ialah penggunaan elemen metafora atau perumpamaan bermakna dalam menjadikan bentuk nasihat lebih lunak dan bermanfaat. Gabungan jalin antara metafora dan perumpamaan jelas banyak digunakannya. Inilah daya intelektual tahap tinggi sebenarnya.

Misalnya nasihat beliau ini. Kata Luqman, “Wahai anakku. Sesungguhnya dunia ini lautan yang terbentang luas. Ramai manusia yang karam di dalamnya. Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan dan sekiranya engkau karam, maka ia adalah kerana dosa-dosamu.” Indah dan penuh makna nasihat Luqman ini.

Luqman sebenarnya ingin mengajak anaknya memahami erti kehidupan di dunia dengan kepatuhan beragama yang kukuh. Beliau juga membimbing anaknya bagaimana menyusuri alur kehidupan iaitu dengan iman dan takwa serta menjauhi perbuatan dosa yang akan mengundang mala petaka.


Apa yang diperkatakan Luqman itu disepakati Imam Ghazali yang katanya, “Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitif dengan Tuhan. Apabila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.”

Sesungguhnya melalui kaedah nasihat jiwa anak-anak akan terserap dengan asuhan sempurna dan membentuk sahsiah peribadi yang unggul. Ibnu Sina mengatakan, “Pendidikan itu berlaku dengan cara membiasakan iaitu membiasakan anak membuat nilai-nilai dan norma-norma yang baik dalam jangka waktu yang lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan tersebut.”

Jadi, satu kaedah pengasuhan terhadap anak-anak yang berkesan ialah dengan teknik nasihat.
Insya-Allah anak-anak kita akan membesar dalam ruang yang menepati kehendak agama dan
masyarakat.


Sumber myMetro: Penulis seorang guru

Alkisah Pokok Tumbang…

Alkisah pokok tumbang…

Pada zaman dahulu, ada sebatang pohon besar tumbang di atas jalan utama ke istana.

10 ahli keselamatan pasukan Durian cuba mengalihkan pohon yang tumbang itu supaya pengangkutan bandar ke istana tidak terganggu.

Ketua Suhaimi berdiri di tepi mengarahkan ahli-ahli kampungnya untuk berusaha lebih keras, tapi mereka tidak dapat mengalih pohon tersebut.

Tetiba ada seorang 50...an datang ke tempat di situ dengan kuda dan meninjau tempat kejadian.

Pakcik itu memberitahu Suhaimi – “jika anta membantu mereka, rasanya cukup tenaga untuk mengalihkan pokok tersebut. Mengapa anta tak bantu?”

Suhaimi terus menjawab, “Itu bukan tugas ana. Ana ketua pasukan. Itu kerja mereka, mereka kena buat. Ana menyelia sahaja.”

Melihat Suhaimi menjawab sedemikian, pakcik itu pun menurunkan kudanya dan membantu ahli keselematan pasukan Durian untuk mengalihkan pokok.

Tenaga tambahan itu menyebabkan pokok dapat dialihkan.

Pakcik itu naik semula kuda dan memandang ke arah Suhaimi.

“Ok bagus. Ana akan laporkan pada pihak istana bahawa kita telah berjaya mengalihkan pokok tersebut,” kata Suhaimi. Pakcik itu tersenyum tidak berkata apa-apa.

Apabila Suhaimi masuk ke istana, raja memanggil Suhaimi menghadap.

“Akhirnya dapat jumpa raja. Ana nak minta ganjaran lebih,” bisik hati Suhaimi yang kegembiraan.

Setibanya di bilik mesyuarat raja, Suhaimi terkejut melihat raja ialah pakcik yang membantu mengalihkan pokok tumbang sambil beliau berdiri di tepi jalan mengarahkan semua orang bekerja.

Suhaimi terkedu malu. Pakcik hanya tersenyum.

“Beta akan hadiahkan 9 rumah sahaja. Anta tak dapat. Anta nak cakap apa-apa?”

Suhaimi mengangguk.

“Tak. Memang adil rajaku,” kata Suhaimi sambil menyesal mengapa hari tersebut beliau enggan membantu ahli-ahli pasukannya hari itu.

“Jadi ketua, bukan bermaksud sehingga tahap menjadi sombong dan lupa diri. Ingat baik-baik,” jawab pakcik.

Kongsilah cerita ini sekirannya bermanfaat.

Senyum.
 
 
Dipetik dari Tuan Ibrahim Tuan Man

Percayalah....

Mengapalah Allah cipta nyamuk?

Apalah fungsi nyamuk kepada dunia ini?

Cantik ciptaan Allah ini, pandai terbang tapi mengacau... mengapa diciptanya?

Tahukah berapa ramaikah yang mendapat rezeki kehidupan kerana adanya nyamuk di dunia?

Disebabkan ada nyamuk, ada kilang ubat nyamuk, adanya syarikat spray nyamuk dan sebagainya.

... Berapa orang yang dapat kerja kerana nyamuk kekal di dunia ini?

Disebabkan kita tidak tahu hikmahnya, jangan pula kita kata ciptaan Allah sia-sia.

Sesuatu itu mungkin mengganggu, mungkin haram untuk orang Islam, tapi jangan pandang hina dan pertikaikan Allah dan kebijaksanaan ciptaanya.

Begitu juga apa yang terjadi, lihat ke belakang samada disebabkan dosa yang kita lakukan, kemudian jalan ke depan dengan bertaqwa pada Allah - hikmah-Nya akan muncul jua. Setiap perkara yang Allah lakukan mesti bersebab dan tidak sia-sia.

Jangan sangsi, dan sangka buruk sama sekali. Percaya pada Allah.

Senyum.
 
 
Dipetik dari Tuan Ibrahim Tuan Man

Sekejap Saje ?

Terasa malas ambil sampah di rumah ke luar rumah?

Terasa malas nak keluar ke masjid?

Terasa malas nak cuci tandas?

Terasa malas nak buat kerja sekolah/assignment?

Terasa malas nak membersihkan pasu?

... Terasa malas nak berzikir?

Ini petuanya untuk melawan bisikan syaitan malas ini...

Tanya balik syaitan di minda:

Berapa lama untuk ambil sampah keluar? 2 minit... sekejap aje...

Berapa lama untuk pergi ke masjid + sembahyang? 20 minit... sekejap aje

Berapa lama untuk cuci tandas? 10 minit... sekejap aje

Berapa lama nak siap kerja sekolah? 30 minit... sekejap aje

Letakkan perkara yang malas dibuat itu dalam bentuk waktu - melihat masa yang singkat untuk menyiapkan perkara tersebut, minda akan mempunyai kekuatan untuk melawan kemalasan bisikan syaitan.

Sekadar petua untuk dikongsikan.
 
Senyum.
 
 
Dipetik dari Tuan Ibrahim Tuan Man

Dua Situasi

Situasi A....
1. Hari ini janji nak membersih rumah, tapi minda memberitahu rumah tak kotor sebenarnya.
 
2. Janji nak ke perpustakaan lepas Zohor, tapi minda memberitahu tak perlu, boleh buat di rumah aje.
 
3. Janji nak berpuasa sunat besok, tapi bangun terlewat, minda memberitahu batalkan sj kerana ia bukan wajib.
 
4. Janji nak siapkan assignment/tulisan/kerja penting, minda mengklik di laman Facebo...ok, kejap-kejap balik ke Facebook melihat ada tak org respon apa yg kita taip...
 
5. Ada azam nak berniaga, tapi sebelum mula, minda mula menakutkan hasrat itu dgn persoalan - 'apa kata kalau tak de bisnes?' - 'kalau tak dpt bayar pinjaman macammana?' - 'kalau keluarga tiba-tiba perlukan duit?'
 
6. Janji nak sembahyang subuh di masjid, minda berkata nampak nak hujan dan pelbagai jenis alasan lain utk sembahyang di rumah...
 
7. Janji nak bersenam, rasanya ini tak perlu hurai...

Situasi B....
Janji nak pergi
a. tgk wayang
b. karaoke
c. kedai kopi mengumpat
d. aktiviti yg mendekati maksiat,

ia selalu menjadi, dan minda tidak lupa, bahkan segala jenis halangan tak dpt hindarkan seseorang itu tiba di tempat sepatutnya.

Apabila anda terfikir nak buat sesuatu kebaikan, syaitan akan selalu membisik dan menangguhkan dgn perkara remeh.

Apabila anda terfikir hendak melakukan perkara yg membuang masa dan maksiat, syaitan akan membisik utk menggalakkannya.

Org yg kuat imannya dan taqwa kpd Allah apabila di situasi B, akan timbul perasaan bersalah, jiwanya akan melawan bisikan syaitan.

Org yg kuat imannya dan taqwa kpd Allah apabila di situasi A, jiwanya akan memberitahunya usah melayan bisikan syaitan yg menggalakkan kemalasan dan membazir waktu, dan menggalakkannya menjadi seorg yg rajin.

Org yg tidak kuat imannya dan mentalnya akan mengalah pd bisikan syaitan, akhirnya menjadi umat yg malas, suka membazir masa dan mudah terjebak dalam maksiat.

Sedarlah tentang peranan syaitan dan kuatkan ibadah dan rapatkan diri dgn Allah utk melawan bisikan syaitan ini. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Banyakkan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

Rajin, disiplin, konsisten, sabar dan SENYUM senantiasa adalah nilai yg sentiasa kelihatan pd mereka yg beriman. Sekadar perkongsian utk pagi ini.
 
 
Dipetik dari Tuan Ibrahim Tuan Man

Kegagalan itu .....

Ingatlah wahai anakku,

Kegagalan ialah guru anakanda, ia bukanlah kubur kamu.

Kegagalan cumalah satu kelewatan, ia bukanlah satu kekalahan.
Kegagalan itu cuma tersilap jalan, ia bukannya bermaksud jalan mati.

Ingatlah wahai anakku,

Setiap manusia perlu melalui kegagalan sebelum berjaya.

... Ingatlah kegagalan hanya boleh dielakkan oleh seseorang yang say nothing, do nothing dan being nothing.

Jangan takut kegagalan kerana ia tangga kejayaan.

Kegagalan itu cumalah mainan otak dan cubaan Allah.

Asalkan rajin, berusaha dan tidak mudah berputus asa, Allah akan memberikan jalan keluar.

Senyum.
 
Dipetik dari Tuan Ibrahim Tuan Man

Alkisah Jangan Takut…

Alkisah jangan takut…

Di satu tanah lapang tiada manusia, seekor anak kerbau Limba berjumpa dengan ayahnya dan bertanya apakah yang perlu dia berhati-hati di dunia ini.

“Hanya singa anakku,” jawab ayahnya.

“Oh. Anakanda pernah dengar mengenai singa. Jika terserempak satu, anakanda akan berpaling dan lari secepat mungkin,” kata Limba.

Ayahnya tersenyum.

... “Itu silap besar kebanyakan kerbau muda,” jawab ayahnya.

“Mengapa? Singa sangat menakutkan, dan mereka akan bunuh anakanda,” tanya Limba.

“Wahai anakku. Jika Limba lari, singa akan mengejar Limba dan akhirnya dapat menangkap Limba. Dan pada masa itu, mereka akan lombat di belakang Limba dan menjatuhkan Limba dan gigit di bahagian belakang leher,” jawab ayahnya.

“Apa yang anakanda boleh lakukan?” tanya Limba kembali yang kini ketakutan.

“Jika terserempak seekor singa, berdiri teguh dan pandang ke arahnya dan tunjukkan bahawa Limba tidak takut. Jika singa tidak beredar, tunjukkan tanduk tajam dan menghentak kakimu ke tanah dengan kuat.
 
Jika itu masih tidak menjadi, bergerak ke arahnya perlahan-lahan. Jika masih tidak menjadinya, pecut ke arahnya dan pukulnya dengan segala kuasa yang ada pada Limba!” kata ayahnya.

“Itu bukanke membunuh diri. Anakanda rasanya tak berani buat begini. Jika dia serang kembali, mati anakanda!” jawab Limba.

“Lihat kelilingmu wahai anakku. Apa yang Limba lihat?” kata ayahnya.

Limba melihat keliling ke arah kumpulan kerbau di sekitarnya – ada sekitar 100 ekor kerbau dengan tanduk tajam dan bahu besar.

“Jika Limba takut, ingat kami berada di sini. Jika Limba panik dan melarikan diri dari ketakutanmu, kami tidak akan dapat menyelamatkan Limba. Jika Limba pecut ke arahnya, kami akan di belakang Limba,” kata ayahnya.

Limba mengambil nafas panjang. “Terima kasih ayah. Anakanda dah faham.”

Kita semua mempunyai ‘singa’ di dalam dunia kita.

Ada benda yang ditakuti kita di dalam kehidupan kita yang menyebabkan kita nak lari daripadanya. Apabila kita lari daripadanya, benda yang menakutkan kita akan mengejar kita dan akhirnya mengambil alih kehidupan kita.
 
Pemikiran kita didominasi oleh ketakutan tersebut sehingga segala tindakan kita menjadi pengecut dan terlalu berhati-hati – akibatnya kita tidak dapat mencapai potensi diri yang sebenar.

Contohnya: “Saya paling takut matematik. Saya paling takut mata pelajaran Bahasa. Saya takut tukar kerajaan. Saya takut akan huru-hara bila tewas. Saya takut tak cukup duit. Saya bimbang saya tiada masa.”

Manusia takut pada benda yang tidak diketahui dan juga takut pada pelbagai jenis mainan minda. Jangan takut. Bagitahu benda yang menakutkan kita itu kita tidak takut.

Tunjukkan kehebatan kita. Tunjukkan semangat dan keberanian, dengan itu, orang-orang di tepi kita akan menyokong kita.

Apa lagi yang anda takutkan selain Allah dan perintahnya?

Senyum.
 
 
Dipetik dari Tuan Ibrahim Tuan Man