Khamis, 26 Mac 2009

3 cahaya di hari kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya :

"Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.

Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat, Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid2 maupun disurau2.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa2 kitayang lalu dan hari ini.

Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt.

Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan.

Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (spt yang disarankan olih Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.

Begitulah kelebihannya yang Allah beri.


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui.

Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kitasama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.


Wassalam


Isnin, 2 Mac 2009

Kejadian Adam dan Kajiannya...


KISAH 1
Asal Usul Kejadian Adam A.S. (1)

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.

Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadiannya manusia itu adalah dari tanah.

Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyaallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama.

Berpesan-pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran. (Al-A'ssr)

"Betapa payahnya malaikat-malaikat meminta tanah dari bumi untuk menjadikan nabi Adam A.S (Abul Basyar/Bapa segala manusia)".

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.

Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail.

Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu."

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia."

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.


Jenis tanah yang digunakan:
1) Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2) Tanah Bukit Tursina
3) Tanah Iraq
4) Tanah Eden
5) Tanah Al-Kautsar
6) Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7) Tanah Paris
8) Tanah Khurasan
9) Tanah ( Babylon )
10)Tanah India
11)Tanah Syurga
12)Tanah Tha'if


Dialog Allah-Iblis setelah Adam dicipta.....

"Kami mencipta kamu, kemudian Kami membentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam'; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukanlah daripada orang-orang yang sujud.

Berkatalah Dia, 'Apakah yang menghalangi kamu daripada bersujud ketika Aku memerintahkan kamu?"

Berkata iblis, "Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat.'

Berkata Allah, "Turunlah kamu, keluar darinya; tiada bagi kamu untuk menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah; sesungguhnya kamu adalah di kalangan orang-orang yang direndahkan."

"Keluarlah kamu darinya, terhina dan terbuang. Orang-orang antara mereka yang mengikuti kamu - sungguh Aku akan memenuhi Jahanam dengan kamu semua."

"Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang zalim."

Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis.

Iblis berkata, "Adakah aku akan sujud kepada apa yang Engkau cipta daripada tanah liat?"

Berkata iblis, "Apakah pendapat Engkau? Yang ini Engkau memuliakan di atas aku - jika Engkau memberi tangguh kepadaku hingga Hari Kiamat, sungguh aku akan menguasai keturunannya, kecuali sedikit.'

Berkatalah Allah, "Pergilah! Orang-orang antara mereka yang mengikuti kamu - sesungguhnya Jahanamlah balasan kamu, satu balasan yang cukup!

Dan kejutlah sesiapa antara mereka yang kamu boleh dengan suara kamu, dan kumpulkanlah terhadap mereka pasukan berkuda kamu dan pasukan kamu yang berjalan kaki, dan bersekutulah dengan mereka dalam harta mereka dan anak-anak mereka, dan janjikanlah mereka!"

Tetapi syaitan tidak menjanjikan mereka kecuali tipuan...


KISAH 2
Menurut Ibnu Abbas:-

1) Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2) Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3) Dahinya dari tanah Iraq ,kerana disitu tempat sujud kepada.
4) Mukanya dari tanah Aden , kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5) Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat menarik perhatian.
6) Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7) Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8) Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.
9) Perutnya dari tanah Babylon. Di situlah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10) Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11) Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.
12) Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13)Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.


Proses kejadiannya:
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api.

Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan.

Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.

Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.

Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


KISAH 3
Asal Usul Kejadian Adam A.S.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya.

Tidak seperti warna kulit manusia.

Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.

Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah :
1) Di Kepala ialah Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2) Di bawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1) Mata alat penglihatan
2) Hidung alat penciuman
3) Telinga alat pendengaran
4) Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5) Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.

Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.

Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.

Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".

Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah".

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun.

Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.

Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna.

Maka seketika itu terasalah lapar.

Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang.

Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama.

Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan.

Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Wallahualam