Khamis, 15 Februari 2018

Bacalah Wahai Anakku

Apa rasanya kalau ibu/bapa sendiri yg hantar mesej berikut?

Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku jatuhkan cawan atau terlepas pinggan ditangan,
Aku berharap kamu tidak menjerit marah padaku,
Kerana tenaga orang tua sepertiku semakin tidak kuat dan kerana aku sakit.
Mataku semakin kabur. Kamu harus mengerti dan bersabar denganku.

😔 Anakku...

Bila aku tua,
Andai tutur kata aku lambat dan aku tidak mampu mendengar apa yang kamu katakan,
Aku berharap kamu tidak menjerit pada aku,
"mak pekak ke?",
"mak bisu ke? "
"tak dengar ker??"..

Aku minta maaf anakku.
Aku semakin TUA...

😟 Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku asyik bertanya perkara yang sama berulang-ulang,
Aku berharap kamu tetap sabar mendengar dan melayanku sebagaimana aku sabar menjawab pertanyaanmu semasa kecil,
Semua itu adalah sebahagian dari proses TUA.
Kamu akan mengerti nanti bila kamu semakin tua.

😣 Anakku...

Bila aku tua,
Andai aku berbau busuk, hamis dan kotor,
Aku berharap kamu tidak tutup hidung atau muntah didepan aku.
Dan tidak menjerit menyuruh aku mandi.
Badan aku lemah.
Aku tidak bermaya untuk lakukan sendiri.
Mandikanlah aku sepertimana aku memandikan kamu semasa kecil.

😷 Anakku...

Bila aku tua,
sekiranya aku sakit, temanlah aku, aku ingin anakku berada bersamaku.

😭 Anakku....
Bila aku tua dan waktu kematian aku sudah tiba, Aku berharap kamu akan memegang tanganku dan memberi kekuatan untuk aku menghadapi kematian.
Jangan cemas.   
Jangan menangis.
Hadapi dengan redha.
Aku berjanji pada kamu.
Bila aku bertemu Allah.
Aku akan berbisik padaNya supaya sentiasa memberkati dan merahmati kamu kerana kamu sangat mencintai dan mentaatiku.

Terima kasih banyak2 kerana mencintai aku....

Terima kasih banyak2 kerana telah menjagaku...
Aku mencintai kamu lebih dari kamu mencintai dirimu sendiri..

🔴 Menjadi ikhtibar pada kita kalau masih ada ibubapa dan postlah posting diatas kepada WA group keluarga atau WA peribadi keluarga sendiri sebab kita taknak kita atau anak2 kita sentiasa berdosa dengan ibubapa kita atau ibubapa mereka...

RENUNG2 KAN LAH......
SESUNGGUHNYA KITALAH ANAK....DAN SAMPAI KETIKANYA  NANTI KITALAH EMAK/AYAH

Rabu, 14 Februari 2018

Roda Perjalanan Hidup


Roda Perjalanan Hidup
● Masa kecik-kecik.. adik beradik tidur bersama.
● Bila sudah besar.. bilik masing-masing.
● Bila sudah nikah.. rumah masing-masing.
● Bila sudah tua.. seorang demi seorang adik-beradik pergi.. tiada lagi bising.
● Mulanya berkumpul.. penutupnya kubur masing-masing.

Wahai Adik-Beradikku, Wahai Anak Menantuku, Wahai Saudara Maraku, Wahai Sahabat-Sahabatku..*
● Disebabkan kubur masing-masinglah.. kita selalu kena saling berpesan-pesan.
● Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong.
● Ingatlah.. disana tiada abang, kakak, adik...
● Hanya kau dan amal mu.
● Bersedia selalu.. bersiap selalu.
● Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi.
● Tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda.
● Jika anda ingat mati.. anda orang yang bijaksana.

Alam Barzakh Permulaan Kehidupan Yang Sebenar.
● Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi ALLAH akan membalas kebaikan yg kita buat.
● Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi ALLAH melihat itu perbuatan yang mulia.
● Buat apa sahaja kebaikan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNYA.
● Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi kerana kita mahu jadi terbaik disisi ALLAH pemilik semua yang baik.

ALLAHU AKBAR YA AZIIM YA KARIM YA MALIK YA MUTAKABBIR
sama2 kita muhasabah diri..

Nasihat


Kalau ada orang muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh membangun, maka sampaikanlah pada dia bahawa firaun boleh membangun mesir menjadi negara maju, penduduknya hidup makmur tetapi fir’aun mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia.

Kalau ada orang Muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh membuat negara kita menjadi moden, maka sampaikanlah pada dia bahawa namrud boleh membangun Messopotamia menjadi negara yang moden, bangunan menjulang ke atas dengan teknologi canggih ketika itu. Hanya namrud mendustakan Allah, maka Allah hancurkan dia.

Kalau ada orang Muslim menyokong orang kafir kerana kononnya orang kafir boleh menjadikan hidup makmur, maka sampaikanlah pada dia bahawa bangsa saba’ boleh membangun negerinya menjadi negara yang makmur, bebas rasuah dan kaum saba’ mendustakan Agama Allah, maka Allah hancurkan mereka..

Percayalah orang yang selalu bersama Allah tidak akan pernah kehilangan apapun, tetapi orang yang kehilangan Allah maka ia akan kehilangan segala nya.

Saya tidak benci dengan orang non muslim atau membiarkan muslim yang korup, tetapi Allah dengan firmannya melarang saya untuk memilihnya sebagai pemimpin dan teman setia dan mengetepikan ukhuwwah sesama muslim apalagi jika mereka berani mencampuri urusan agama kami.

Saya tidak ingin berdebat dengan Anda yang mendukung mereka, apalagi jika Anda yang orang islam.

Bagaimana saya boleh meyakinkan Anda, sedangkan Firman Allah pun Anda abaikan.

Tanyalah orang-orang soleh.
Mengapa mereka tidak mahu berhibur?
Nescaya mereka akan menjawab.
Bagaimana kami mahu berhibur sedangkan,
Mati itu di belakang kami.
Kubur itu di hadapan kami.
Kiamat itu janjian kami.
Neraka itu memburu kami.
Dan perhentian kami ialah Allah.

afala ta'kilun...? tidakkah kamu berfikir...?

Kebesaran Sang Pencipta

SubhanAllah... Cantik petikan ini.


Wahai anak adam..
Aku jadikan engkau dalam perut ibu mu...dan aku tutup wajahmu dengan penutup supaya tak lemas/terhidu engkau dalam rahim. 

Dan Aku jadikan engkau tenang dilindungi disebalik rahim ibumu. Aku cukupkan bagi engkau makanan mu. 

Dan Aku jadikan di samping kanan dan kirimu tempat berpaut. 
    
Di kananmu hati { liver } dan di kirimu hempedu { spleen } ibumu.

Setelah itu, Aku ajarkan engkau untuk tetap dan duduk di dalam badan ibu mu.
            
Adakah yang lain selain dari Ku yang mampu menjadikannya sedemikian.??

Setelah berakhir penciptaanmu dan disempurnakan kejadian mu, Aku arahkan kerajaanKu dengan penuh kasih dan sayang untuk mengeluarkanmu dari rahim, maka dikeluarkanlah dirimu. 

Tiada bagi mu gigi untuk mengunyah, jua tangan, untuk menggapai, juga kaki untuk berdiri engkau tidak punya apa2. 

Aku jadikan susu yang lengkap lagi bersih dari dada ibu mu, yang sejuk di musim panas dan panas di musim sejuk. 

Dan Aku letakkan cinta dan kasih kepada engkau dalam diri kedua org tua mu.
     
Tidak meniarap engkau sebelum mampu, tidak duduk engkau sebelum mampu, tidak merangkak engkau sebelum mampu, dan tidak berdiri engkau sebelum mampu. 

Apabila engkau telah kuat untuk berjalan sekarang, engkau bermaksiat saat engkau berseorangan.!!
         
Dan engkau langsung tidak malu padaKu. 

Maka Aku tetap peringatkan:

Jika engkau berdoa, Aku makbulkan.
Jika engkau meminta, Aku berikan.
Jika engkau bertaubat, Aku bawa engkau kepadaKu

Sungguh ajaib, engkau wahai anak adam... 

Ketika dilahirkan kau di Azankan, dan di Iqamat kan tanpa di sertai solat. 

Dan bila kau mati engkau disolatkan tanpa didahulukan azan.

Sungguh ajaib bagi mu wahai anak adam...

Ketika lahir tidak kau ketahui siapa yang mengeluarkan mu dari tubuh ibumu, dan ketika kau mati tidak juga engkau ketahui siapa yang memasukkan engkau ke kubur mu.

Sungguh ajaib perihalmu anak adam...
         
Ketika kau dilahirkan ada yang menggosok dan membersihkan mu, dan setelah engkau mati ada juga yang menggosok dan membersihkan mu.

Sungguh ajaib perihalmu anak adam...
   
Ketika lahir tidak kau tahu siapa yang gembira dan tersenyum atas kelahiranmu, dan setelah ajalmu masih engkau tidak tahu siapa yang menangisi dan bersedih ke atas mu.

Ajaib sungguh perihalmu anak adam...

Ketika engkau di perut ibumu, Aku jadikan engkau, di dalam tempat yang sempit lagi gelap, dan apabila mati dijadikan bagi engkau kubur yang sempit lagi gelap juga.

Ajaib sungguh perihalmu anak adam...

Lahirmu terus engkau dibalut dengan kain putih untuk menutupi mu, mati mu juga engkau dikafankan dengan kain putih untuk menutupi mu. 

Ajaib sungguh perihalmu anak adam...

Apabila engkau lahir ditanyakan manusia mengenai syahadah dan perihalmu. Dan setelah engkau mati engkau ditanyakan malaikat tentang amal2 engkau yang soleh dan apa bekalmu untuk akhirat?

Paksakan untuk sebut di hati dua kalimah Syahadah.
  
Asyhaduan Laailahaillallah...Waasyhaduanna Muhammadar Rasulullah.

Bacakan Juga Surah Al Ikhlas...

Bismillah...
Qul hu'wallah hu' Ahad. 
Allah hu'ssomad. 
Lam yalid wa lam yuulad.
Wa lam yaqullahu kufuwan Ahad.


Engkau sebarkan maka setiap orang yang membacanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.ُ

Muhasabah Diri Kehidupan Berlalu

Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. 

Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan. 

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.

Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. 

Kerana hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka. 

Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.
Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik
Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. 

Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. 
Kerana kematian itu sangat rapuh. 

Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.

Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. 

Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian. 

Moga bertemu di syurga. 

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu: 

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama...

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...

7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...

Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan. 

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat 'meninggalkan' dunia yang fana ini....

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.

(Manfaatkanlah masa yg mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)

Muhasabah diri kongsi pengalaman.