Khamis, 28 Januari 2016

Hidayah Itu Milik Allah


Hati seorang ayah benar-benar terluka.

Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.


"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."

Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.


Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib.

Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada.

Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.

Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.

Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar.

Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!
 
Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan.

Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.
 
Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya.

Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.
 
Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
 

"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
 

Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
 

"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya"

Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara
 

"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"
bisik ustaz ke telinganya
 

"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!"

Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.
 

"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?" Tanya ustaz mengakhir bicara.
 
Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini.

Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.
 
Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu.

Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya.

Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah.

Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.
 
Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah.

Allah telah memberinya hidayah.

Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.

Benarlah, hidayah itu milik Allah.
 
Oleh : Ust Zul Ramli M Razali

Terima Kasih Adik Beradik


Kadang-kadang adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit.

Kadang-kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang-kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Kadang-kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.

Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,

"Siapa mereka semua tu?".....

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..

TERIMA KASIH ADIK BERADIK

Kisah Hidup

Saya lihat seorang alim.

Dia didik anaknya untuk tidur awal setiap malam. Pukul 10 malam sahaja semua anaknya dah tidur lena.
 
Dalam pukul 4.45 pagi semua anaknya dengan mudah bangun dan semuanya solat tahajud dan baca Al-Quran hanya dengan sekali panggil.
 
Anaknya berebut-rebut nak pergi masjid solat subuh.

6 orang anaknya umur 4 tahun sampai umur 15 tahun. Dari kecil dia didik anaknya zikir 300 pagi dan 300 petang.

100 kali tasbihat, 100 selawat, 100 x istighfar.

Untungnya anak-anaknya.
 
Untungnya mak ayahnya.

Hari ini ramai orang latih anaknya untuk main bola sejak kecil. Menyanyi sejak kecil. Pandai matematik sejak kecil. Pandai menari sejak kecil.
 
Benarlah agama ini mudah dan nikmat untuk orang yang imannya kuat dan mengenal Allah.

Bila iman lemah orang kata agama mudah juga tapi setelah mereka permudahkan sendiri.

Ya Allah umurku sudah tua tapi masih belum istiqamah bangun tahajud dan menangis.

Ya Allah apalah yang aku cari dalam dunia ini.

Wahai diri berapa lama lagi kamu perlukan masa untuk jadi hamba Allah yang sebenarnya?

Adakah sehingga tanah kubur masuk dalam mulutmu?
 

Rabu, 27 Januari 2016

Kisah Baju Besi dan 4 Dirham


Pada suatu hari, Sayyidina Ali B. Ali Talib singgah ke suatu tempat untuk menunaikan solat fardhu.

Lalu Sayyidina Ali menanggalkan baju besi yang dipakainya dan diberikan kepada seorang pakcik tua yang berdekatan dengannya dengan bertujuan untuk menjaganya.
 
Lalu, Sayyidina Ali terus menunaikan solat.

Seusai solat, Sayyidina Ali ingin sedekahkan kepada pakcik tua tersebut dengan harga 4 dirham.

Tetapi pakcik tersebut menghilangkan diri bersama baju besi tersebut.
 
Sayyidina Ali terus berjalan dan terjumpa sebuah pasar dan disitu juga terdapat baju besinya yang dipakai oleh seorang pemuda.
 
Lalu Sayyidina Ali berkata kepada pemuda tersbut,
 

"Baju besi tersebut milikku."
 
Lalu dia menjawab,
 

"Ya aku tahu, aku telah membelinya dengan seorang pakcik tua dengan harga 4 dirham"
 

Renungan
Kadang-kadang Allah dan aturkan rezeki yang terbaik kepada kita, cuma kita sahaja kadang-kadang salah memilih jalan.
 

Akaun Bank Saidina Othman Affan



Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mempunyai akaun bank di Saudi?

Siapakah yang membina Hotel Othman Ibnu Affan di sebelah Masjid Nabawi di Madinah?

Adakah anak cucunya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel?

Ikuti kisah ini:
Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah, ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering.

Nama Telaga itu Bi'ru Rummah (Telaga Pemanah). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorang Yahudi.

Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal.

Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan RA.

Lantas Saidina Othman b Affan RA bertemu Yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut.

Yahudi tak mahu jual sebab dia tahu dia untung besar.

Saidina Othman b Affan RA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu.

Yahudi pun setuju. Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari làgi milik Saidina Othman b Affan RA.

Yahudi sangka dia cerdik sebab Saidina Othman b Affan RA memang peniaga yang glamour dikenali oleh orang Arab, menyangka perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.

Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tak lagi beli air daripada Yahudi itu sebab pada hari milik Saidina Othman b Affan RA dia beri orang-orang Islam dan bukan Islam air percuma.

Jadi, hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli.

Akhirnya Yahudi bankrap dan nak jual kepada Saidina Othman b Affan RA separuh bahagian lagi Telaga Rummah tu kepada Saidina Othman b Affan RA sebab dia dah rugi.

Saidina Othman b Affan RA beli dengan 20,000 dinar.

Kemudian dia waqafkan kepada orang Islam.

Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak beli telaga tu daripada Saidina Othman b Affan RA.

Saidina Othman b Affan RA tanya berapa harga yang dia sanggup bayar?

Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman b Affan RA. Saidina Othman b Affan RA tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar?

Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yg dibeli Saidina Othman b Affan RA.
Saidina Othman b Affan RA masih tak setuju.

Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya?

Maka Saidina Othman b Affan RA menjawab, "ALLAH".

Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma.

Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga berjumlah 1,550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.

Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar-tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama Saidina Othman b Affan RA di salah satu bank Saudi.

Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang.

Hasilnya nanti dibahagi kepada dua. Separuh diinfaq untuk anak yatim dan miskin yang sebahagian lagi disimpan dalam akaun Saidina Othman b Affan RA.

Yang anehnya, setelah 14 kurun, sedekah Saidina Othman b Affan RA bercambah dan membiak membuak-buak tanpa hentinya.

Inilah kelebihan sedekah.

Oleh itu, marilah sama-sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan menyebarkan kisah ini dalam group dan FB anda.

InsyaAllah, anda akan dapat pahala sedekah yang berganda-ganda.

MOGA-MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT.

والله اعلم....

- DR JAMNUL AZHAR B MULKAN

Kisah Seekor Ular

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu.

Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
 

Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya.
 

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut.

Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga.

Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.
 

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.
 

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.
 

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Kisah Seorang Anak dan Ibu


Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .
 
Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;
 
"Nak,bolehkah ibu meminjam RM300? Ibu perlu untuk beli barangan dapur"
 
Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata;
"Iya bu, nanti saya tanya isteri saya dulu ya..."
 
Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.
 
Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis, lalu terfikir;

Pampers sudah mahal sekarang, lebih kurang RM30 sebungkus.
 
Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers, RM60 .
 
12 bulan X 60 = RM720
 
Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak-anaknya.
 
Lalu terkenangkan zaman kecilnya.
 
Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Di besarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.
 
Apakah ibunya pernah meminta dibalas, sekiranya diminta apakah nilai yang perlu di bayar???
 
Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia.

Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.
 
"Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi.."
 
Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata:

"Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu".
 
Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:
 
"Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian.."
 

Bagi PARA ISTERI ingatlah bahawa rezeki dari suamimu adalah juga hak mertuamu. Dan juga perlakukanlah ibu mertua seperti ibu kandung sendiri.
 
PARA SUAMI pula, ingat juga bahawa ISTERI anda juga berkeinginan juga memberi wang kepada ibu bapa mereka walaupun tanggungjawab ibu bapa adalah lebih pada anak lelaki tetapi anak perempuan juga ingin membalas jasa ibu bapa mereka.

Semoga Bermanfaat.

Bismillah

Bismillah...
 
Ketika aku ingin hidup KAYA, aku lupa bahawa HIDUP itu sendiri adalah sebuah KEKAYAAN.

Ketika aku takut MEMBERI, aku lupa bahwa SEMUA yang aku miliki juga adalah PEMBERIAN.
 
Ketika aku ingin jadi yang TERKUAT, aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Tuhan memberikan aku KEKUATAN.

Ketika aku takut RUGI, aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

Kerana Anugerah-NYA ternyata hidup ini sangat indah ketika kita selalu BERSYUKUR kepada-NYA.

BUKAN kerana hari ini INDAH kita BAHAGIA tetapi kerana kita BAHAGIA maka hari ini menjadi INDAH.

BUKAN kerana tidak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS tetapi kerana kita OPTIMIS, RINTANGAN akan menjadi tak terasa.

BUKAN kerana MUDAH kita YAKIN BISA tetapi kerana kita YAKIN BISA semuanya menjadi MUDAH.

BUKAN kerana semua BAIK kita TERSENYUM tetapi kerana kita TERSENYUM maka semua menjadi BAIK.

Tak ada hari yang MENYULITKAN kita, kecuali kita SENDIRI yang membuat SULIT.

BILA kita tidak dapat menjadi jalan besar, cukuplah menjadi jalan setapak yang dapat dilalui orang.

BILA kita tidak dapat menjadi matahari, cukuplah menjadi lilin yang dapat menerangi sekitar kita.

BILA kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang, cukuplah berdoa untuknya.

Rendahkan hati, maka akan menjadi orang yang disegani .

Semangatlah, maka akan selalu Sukses.

Bijaksanalah, maka akan banyak meraih simpati.

 
Jadilah hidupmu berdampak positif bagi masyarakat sekitar.
 
Semoga tulisan ini dapat memberikan hikmah, baik kepada penyampai maupun kepada pembaca.

Amalan Seperti Bekas Yang Bocor


Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air, ia umpama bekas yang BOCOR.

Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang, ia umpama bekas yang BOCOR.
 
Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak, ia umpama bekas yang BOCOR.

Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci, ia umpama bekas yang BOCOR.

Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka, ia umpama bekas yang BOCOR.

Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada kita belum berkahwin pula dengan tujuan memikat, ia umpama bekas yang BOCOR.

Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian, ia umpama bekas yang BOCOR.

Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah, ia umpama bakes yang BOCOR.

Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini, ia umpama bekas yang BOCOR.

Sahabatku,
Mari kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas.

 
Jangan diBOCORkan bekas itu.
 
Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk.
 
Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak.

 

Bersabarlah...

Bersabarlah dalam penantian, sebagaimana sabarnya Nabi Ibrahim, tatkala meminta pada Allah keturunan, lalu Allah anugerahkan padanya Nabi Ismail.

Bersabarlah dalam usaha, sebagaimana sabarnya Siti Hajar dan Nabi Ismail, tatkala ditinggal suaminya tanpa bekal, lalu Allah kurniakan pada mereka air zamzam.

Bersabarlah dalam ujian, sebagaimana sabarnya Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim, tatkala Allah meminta nyawanya, lalu Allah selamatkan mereka, dan Allah berkahi keturunan mereka.

Bersabarlah dalam dakwah, sebagaimana sabarnya Nabi Muhammad, tatkala  difitnah, diancam, diusir, dicaci, dilempari, disakiti, lalu Allah muliakan namanya di langit dan di bumi.

Bersabarlah dalam kelapangan, sebagaimana sabarnya Nabi Sulaiman, yang Allah uji dengan kekayaan yang tak pernah diberi pada siapapun jua, dan dia tak pernah merasa memiliki selain berucap "Ini hanya karunia dari Tuhanku!"
 
Bersabarlah dalam kesakitan, sebagaimana sabarnya Nabi Ayyub, yang Allah uji dengan badan dan jiwa, harta dan keluarga, lalu Allah tinggikan darjatnya di syurga.

Bersabarlah dengan cara apapun, kerana malaikat di syurga nanti akan mengucapkan "salam keselamatan pada kalian, tersebab kesabaran kalian"

 

Kisah Sedekah

Semoga kita tak 'jelek' tengok orang sedekah RM1 'je'.
Sedangkan kita sedekah RM10.


Mungkin dalam akaun banknya cuma ada RM10 saja.
Maka dia sedekahkan 10% dari hartanya.


Manakala akaun bank kita mungkin ada RM1000.
Kita cuma sedekah 1% saja.


Tak perlu banding memanding.
Beri saja, ikut hati.


Kecil atau besar.


Yang penting memberi, dan menjadi tabiat harian kita memberi setiap hari.

 

Alkisah Seekor Cicak

Dalam usaha untuk mengubah suai rumah, seseorang perlulah memecahkan dinding rumah tersebut.

Ketika
 meruntuhkan dinding, tersebut, beliau mendapati terdapat seekor cicak yang terperangkap di sana kerana terkena paku pada salah satu kaki cicak itu.

Kerana
 berasa kasihan, dan pada masa yang sama ingin tahu, beliau telah memeriksa kuku,
 
ia dipakukan 5 tahun yang lalu apabila rumah mula dibina !!!

 
Apa yang berlaku?

 
Cicak yang telah terselamat dalam kedudukan itu selama 5 tahun !!!!!!!!!!

 
Dalam partition dinding gelap selama 5 tahun tanpa bergerak, ia adalah mustahil dan sukar dibayangkan.

 
Kemudian dia tertanya-tanya bagaimana cicak ini bertahan selama 5 tahun!
tanpa bergerak satu langkah - sejak kaki ia telah dipaku!

 
Jadi dia berhenti kerja dan diperhatikan cicak itu, apa yang ia telah lakukan, dan apa dan bagaimana ia telah makan.

 
Kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, muncul cicak lain, dengan makanan di dalam mulut ia ini.

 
Ah!
Dia terkejut dan terharu sangat.

 
Untuk cicak yang terperangkap oleh kuku, cicak lain yang memberikan makan untuk 5 tahun yang lepas ...

 
Bayangkan?
ia telah melakukan yang untiringly untuk 5 tahun yang panjang, tanpa memberi harapan pada pasangan itu ini.

 
Bayangkan apa yang makhluk kecil boleh melakukan itu makhluk yang dikurniakan dengan akal yang cemerlang boleh tidak.

 
Jangan sekali-kali meninggalkan orang yang tersayang.

 
Jangan sekali-kali Katakanlah anda Sibuk Apabila Mereka Benar-benar Perlu Anda ...

 
Anda Mungkin Ada Dunia Seluruh Pada Kaki Anda .....

 
Tetapi Anda Might Be The World Hanya Untuk Mereka ....

 
A Moment kecuaian mungkin memecahkan tengah-tengah yang mengasihi kamu terhadap semua kemungkinan ..

 
Sebelum anda mengatakan sesuatu hanya remember..it mengambil masa untuk Break tetapi keseluruhan seumur hidup untuk membuat ...

Kisah Situasi...

Situasi 1
Suatu hari orang kampung bercadang untuk membuat solat hajat memohon hujan turun. Bila masa hendak bersolat ramai orang yang datang berkumpul tetapi hanya seorang budak yang membawa payung.
Itulah yang di namakan KEYAKINAN....

Situasi 2
Bila anda melambung bayi ke udara, dia ketawa sebab dia tahu anda akan dapat menangkapnya semula.
Itulah yg di namakan KEPERCAYAAN.

Situasi 3
Setiap malam kita hendak pergi tidur, tidak ada jaminan kita akan hidup lagi untuk hari esok tetapi kita tetap set jam untuk kejutkan kita bangun pada esok hari.
Itulah yang di namakan HARAPAN.
Teruslah menaruh “KEYAKINAN, KEPERCAYAAN dan HARAPAN” kepada Dia Yang Maha Pencipta, Maha Pemberi, dan Maha Penentu segalanya.

p/s: Situasi 4
Anda telah menemui calon wanita solehah. Setiap kali anda ingin berbincang tentang perkahwinan, wajah isteri pertama anda sering muncul di minda😁
Itulah yg dinamakan KETAKUTAN...