Khamis, 30 Mei 2013

Alkisah Sungai Dengan Padang Pasir


Dari gunung tinggi, sebatang sungai mengalir mengatasi segala rintangan sehingga ia terjumpa padang pasir.

Sungai mencuba melintas dengan pantas. Tapi kesemua airnya lesap bila bertemu pasir.

Padang pasir berbisik pada sungai, “Angin boleh melalui padang pasir, sungai pun boleh.”

Sungai berkata tak boleh. “Setiap kali aku merempuh pasir, kesemua airku hilang...
dan diresap pasir. Angin boleh terbang sebab itu ia boleh melintasi padang pasir.”

“Jika kamu menggunakan cara yang biasa diketahui kamu, kamu takkan dapat melepasi padang pasir. Samada kamu akan hilang atau berhenti menjadi tasik berlumpur. Kamu mesti membenarkan angin membawa kamu untuk sampai ke destinasimu iaitu lautan,” kata padang pasir.

“Tapi macam mana?” tanya sungai.

“Dengan membiarkan kamu diserap oleh angin. Angin boleh berbuat demikian. Ia membawa air, melepasi padang pasir, kemudian diturunkan semula. Turun seperti hujan, kamu akan menjadi sungai semula,” kata padang pasir.

“Bagaimana aku nak tahu kamu tidak menipu aku?” tanya sungai.

“Jika begitu, dan kamu tidak mempercayainya, kamu hanya layak menjadi tasik berlumpur dan itupun akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehingga pasir tidak dapat lagi menyerap airmu. Hidupmu sebagai sungai akan berakhir dan menjadi tasik berlumpur, air akan busuk dan ia tidak seperti kehidupan seperti sungai,” kata padang pasir itu.

“Tak boleh ke aku kekal sebagai sungai seperti hari ini?” tanya sungai.

“Tak boleh,” jawab padang pasir.

“Bahagian terpenting kamu, wahai sungai, iaitu air, boleh dibawa angin untuk membentuk sungai semula selepas menyeberangi padang pasir. Kamu kena faham kamu dipanggil sungai hari ini kerana kamu tidak mengerti potensi kamu dan kebolehan kamu yang sebenar kerana tidak sedar bahawa komposisi diri sebenarnya ialah air,” tambah padang pasir itu lagi.

Cerita untuk renungan.

Senyu

Alkisah Segelas Air….


Ustaz Zul memulakan kelas agamanya dengan mengangkat secawan air gelas berisi air di dalamnya.

“Kalian, agaknya berapa berat air di dalam gelas ini?”

“200 gram… 300 gram…. Setengah kilo,” jawab para pendengar kuliah mingguan beliau.

“Hebatlah kalian…. Ana sendiri tak tahu melainkan ana pergi timbang,” sindir Ustaz Zul.

...
“Tapi soalan ana yang sebenar ialah, apa yang akan berlaku jika ana mengangkat gelas ini sedemikian untuk beberapa minit…” tanya Ustaz Zul.

“Tak ada apa yang berlaku,” jawab hadirin kuliah.

“Ok. Apa yang akan berlaku sekiranya ana pegang atas sebegini untuk sejam?” tanya Ustaz Zul lagi sambil memegang gelas itu tinggi di atas.

“Lengan tangan ustaz akan lenguh,” jawab satu hadirin kuliah.

“Pandai. Betul tu. Jikalau ana nak teruskan mengangkat gelas ini untuk sehari….” Ustaz Zul mengusik hadirin lagi.

“Tangan ustaz akan kebas, otot lengan akan stress, mungkin lumpuh dan kena ke hospital doh ini ustaz. Pasti!” jawab seorang hadirin sambil tergelak.

“Bagus! Bagus! Tapi semasa ini berlaku, adakah berat gelas ini berubah?” tanya Ustaz Zul…

“Tak ustaz,” jawab hadirin.

“Jadi apa yang menyebabkan lengan sakit dan otot stress?” tanya Ustaz Zul lagi.

Semua hadirin terdiam… masing-masing tidak dapat menjawab….

Ustaz Zul tetiba bertanya lagi, “Jadi apakah yang perlu ana lakukan untuk hilangkan kesakitan tangan?”

“Letak saja gelas tu ustaz. Mudah dan selesai semua perkara,” jerit satu hadirin.

“Tepat sekali!!” jawab Ustaz Zul sambil menyambung….

“Begitu juga dengan masalah dalam kehidupan. Ambil untuk beberapa minit dalam kepala, rasanya ok tak sakit. Fikirkannya untuk masa yang lama, akan timbul pelbagai sakit seperti lengan tangan tadi. Pegang lagi masalah itu, ia akan lumpuh hidup enta semua. Enta tak akan dapat melakukan apa-apa.

Adalah penting untuk memikirkan penyelesaian kepada cabaran dalam hidup, tapi apa yang lebih penting belajarlah untuk meletakkan gelas air setiap hari sebelum tidur. Dengan ini, enta semua tidak merasa stress, dan bangun besok dengan segara untuk mengatasi cabaran yang bakal mengunjung mengikut ketentuan Allah dalam hidup sementara ini.

Letakkan gelas air itu sebelum tidur.

Senyum.

Alkisah seekor kijang mengandung…


Seekor kijang mengandung bakal melahirkan anak kijang. Ibu kijang tiba di sebuah tanah rumput tepi sungai di selatan… memikir bahawa itu satu kawasan selamat.

Perutnya mula sakit… tetiba langit mula mendung diikuti dengan petir… petir menyambar rumput kering di sebelah utara kijang – kebakaran hutan berlaku.

Di tepi baratnya, ibu kijang terkejut melihat seorang ...pemburu sedang mengacukan senapangnya ke arahnya… I

bu kijang bergerak ke sebelah timur, terlihat pula seekor harimau yang kelaparan sedang bergerak ke arah beliau.

Utara – api membara
Timur – si harimau kelaparan sedang ingin menerpa
Barat – si pemburu dengan senapang
Selatan – sungai yang deras…
Langit – mendung berpetir bakal hujan

Apakah yang bakal ibu kajang lakukan tatkala perutnya dah mula sakit untuk kelahiran…?

Bolehkah ibu kijang dan anaknya selamat?
Apakah kedua-duanya bakal mati?
Sempatkah anak kijang dilahirkan?
Apakah kedua-duanya akan mati dibakar?
Ibu kijang mati di tangan siapa? Pemburu atau harimau?
Apakah ibu kijang sanggup lompat sungai dan lemas?

…………………….
…………………….
…………………….
…………………….

Ibu kijang tidak melakukan apa-apa. Ibu kijang hanya fokus pada tugas memberikan nyawa baru kepada anaknya.

Semua perkara yang difikirkan di minda anda tidak terjadi.

Dalam sekelip mata…. Petir menyambar dan membutakan mata pemburu tatkala beliau menekan senapang beliau.


Senapang itu tersasar melepasi ibu kijang… dan terkena pada si harimau yang luka parah. Hujan mula turun, api hutan dipadamkan. Saat kemudiannya, anak kijang lahir di dunia.

Cerita ini adalah untuk kita melihat bagaimana minda boleh memerangkap seseorang dari segala penjuru secara negatif.


Tanggapan minda begitu kuat sehingga menyakinkan kita bahawa kijang akan mati dan kita pula mati akal.

Jangan buat keputusan dengan terburu-buru. Fikirkan kita sebagai ibu kijang, yang dipenuhi pelbagai cabaran, tapi tetap mencapai kegembiraan di akhirnya.

Segalanya boleh berlaku dalam hidup ini sekiranya iman kita kekal utuh kepada Allah dan percaya bahawa Allah akan menjaga kita.


Dan fokus pada tugas di tangan (melahirkan anak kijang) dan buat dengan sebaiknya, Allah akan bantu mereka yang berusaha dan tidak berputus asa. Insha-Allah.

Senyum.




Mudahnya Bersedekah

 
 
Macamana bersedekah bermodalkan beberapa batang paku..

Cerita ni saya dapat dari tukang rumah kecil-kecilan. Dengan bermodalkan paku dan hammer (orang kedah panggil merton)

1) Pergi ke surau atau masjid-masjid.
2) Masuk ke tandas..
3) Identify bilik tandas yang tiada penyangkut pakaian.
4) Paku la sebatang 2.. dengan niat membantu.

Sebatang paku pun sangat bermanfaat. Seksa woo takda penyangkut time-time kecemasan.
 
 

Rabu, 15 Mei 2013

Mutiara Kata

Tapak kaki kita, kalau sudah keras, pijak paku atau duri pun tidak terasa apa.

Tetapi, kalau tapak kaki lembut, terpijak duri sikit sahaja pun sudah berdarah.

Demikian jugalah dengan hati kita.

Kalau ia sudah keras, tak terasa lagi bersalah jika membuat dosa...


Nukilan : Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Renungan

Sesuatu barangan itu bernilai bukan sangat kepada barangan, tetapi keadaan menentukan nilainya.

Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan.

Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.

Demikianlah pahala tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua tiada bernilai melainkan pahala.

Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu.

Senyum

Nilai 20 Sen

Jangan main2 dengan 20 sen...

Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang se...
patutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,
 
"Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Ps/jgn la gadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerna iman tak boleh di jual beli...
 
Wallahualam
 
 

Orang & Peluang

Orang biasa - Cari peluang

Orang pandai - Cari peluang

Orang peka - Rebut peluang

Orang hebat - Cipta peluang

Orang rajin - Kutip peluang

Orang lambat - Cicir peluang

Orang leka - Lepas peluang

Orang sengal - Tolak peluang


Senyum....

Alkisah Seekor Nuri

Satu hari, seekor Nuri bernama Fatimah pulang ke rumah, benggang, keliru dan marah.

“Saya tak suka paruh saya!” rungut Fatimah kepada maknya.

“Mengapa pula? Kan cantik?” kata maknya.

“Burung lain semua mempunyai paruh yang lebih cantik – Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit! Saya saja yang ada paruh macam ini!” kata Fatimah.

...
Berfikir sejenak melihat ke cermin, mak Fatimah turut bersetuju dengan anaknya.

“Jom kita pergi tanya Tok Guru. Beliau akan tahu apa nak buat. Dia paling bijak dalam kumpulan Nuri dan tinggal di pokok tertinggi. Beliau akan tahu apa nak buat,” kata mak Fatimah.

Fatimah dan maknya tiba di rumah Tok Guru di pohon tertinggi.

“Maafkan saya Tok Guru. Saya ada masalah yang paling besar di dunia,” kata Fatimah.

“Apa yang saya boleh bantu?” tanya Tok Guru kumpulan Nuri.

“Saya ada satu paruh yang hodoh dan bodoh. Mengapa saya tidak layak mendapat paruh seperti Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit?” tanya Fatimah sambil maknya mendengar.

“Betul itu. Mereka semua ada paruh yang hebat. Fatimah, jawab dulu soalan saya, suka tak makan cacing dan benda-benda krustasia?” tanya Tok Guru.

“Ewekkk! Itu menjijikan!” jawab Fatimah.

“Itu tujuan mengapa paruh Sendok dibuat sebegitu rupa. Bagaimana pula dengan ikan?” tanya Tok Guru lagi.

“Itu lagi jijik… melompat-lompat dalam mulut!” jawab Fatimah lagi.

“Hmmm… jadi paruh Pelikan pun tak sesuai untuk Fatimah. Bagaimana pula dengan arnab dan tikus?” tanya Tok Guru lagi.

“Ewwww… darah ewwww…” Fatimah rasa nak muntah.

“Hmmm… jadi paruh Helang pun tak sesuai untuk Fatimah. Bagaimana pula dengan bijiran yang kecil?” tanya Tok Guru.

“Itu ok. Tapi saya suka kacang yang lebih besar macam Almond dan Hazelnut,” kata Fatimah, si Nuri sambil menelan air liurnya.

“Saya ada beberapa biji. Saya ambilkan,” kata Tok Guru.

Fatimah terus makan Almond dan Hazelnut yang disediakan Tok Guru.

“Jadi Fatimah, jika kamu ada paruh seperti Helang, Pelikan, Sendok dan Pipit boleh kah kamu menikmati Almond dan Hazelnut itu?” tanya Tok Guru.

“Rasanya tidak,” jawab Fatimah sambil tersentak.

Fatimah dan maknya terhenti seketika perlakuan mereka. Mereka memandang Tok Guru – airmata mula mengalir.

“Terima kasih Tok Guru. Kami faham sekarang. Paruh kami adalah terbaik dan direka khas untuk kami. Kami tak patut dengki dengan paruh orang lain,” kata Fatimah dan maknya.

Dapat isi tersirat cerita ini?

Jangan habiskan masa berdengki dan cemburu dengan kelebihan orang lain. Lebih baik kita tahu apa kelebihan kita dan mengapa Allah memberikan kita sesuatu.

Bersangka baiklah bahawa Allah maha Adil. Ada yang ada pada orang lain ada tujuannya yang mungkin tidak sesuai untuk kita.
 
Kita adalah unik dengan kelebihan tersendiri. Takkan itu pun kita tidak boleh bersangka baik dengan Allah dan ciptaannya?
 
Senyum....

 

 

Terjemahan Duduk Antara Dua Sujuk

8 perkara yang kita minta dalam duduk antara dua sujud :

"Rabbighfirli" - Tuhanku, ampuni aku

"Warhamni" - sayangi aku

"Wajburnii" - tutuplah aib-aibku

"Warfa'nii" - angkatlah derajatku

"Warzuqnii" - berilah aku rezeki

"Wahdinii" - berilah aku petunjuk

"Wa'Aafinii" - sihatkan aku

"Wa'fuannii" - maafkan aku

Bersama kita mencari redha Allah.