Ahad, 12 Januari 2014

Motivasi Hidup

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi sebatang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Begitu juga satu fikiran positif dapat membakar semua fikiran negatif.

Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak. Oleh kerana itu, setiap kali ada geseran kecil, mancis akan terus terbakar.

Kita mempunyai kepala dan otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dengan perasaan marah hanya kerana geseran kecil.

Ketika burung hidup, ia memakan ulat tetapi setalah ia mati, ulat pula yang makan burung.

Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapa pun dalam hidup. Bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi ada yang lebih berkuasa dari kita.

Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Apabila kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan setelah diambang kematian, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia kerana sibuk hal keduniaan.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih bahagia.

Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat. Apa yang ditanam, itulah yang akan kita tuai.

Kita ini boleh diibaratkan seperti botol. Botol yang sama :

(1) kalau diisi air mineral, harganya RM1
(2) kalau diisi jus, harganya RM10
(3) kalau diisi madu, harganya RM100
(4) kalau diisi minyak wangi, harganya RM 1,000
(5) kalau diisi air longkang, ianya akan dibuang kerana langsung tiada harga dan tidak berguna

Botol yang sama tetapi harganya berbeza disebabkan oleh isi dalamnya yang berharga.

Manusia semua adalah sama. Yang membezakannya adalah iman dan amal dalam dirinya yang menyebabkan die berharga disisi manusia dan Allah atau dipandang hina oleh Allah lalu dibuang ke dalam neraka.

Fikir-fikirkanlah sebelum kita dipanggil dan disoal apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini.

Wallahualam

Pahala Percuma

Ada satu kisah tentang seorang Muslim.

Pada satu hari yang indah, dia telah berkata; ALLAHU AKBAR
 

Kemudian dia menyambung lagi; LAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH 
Setelah itu dia berkata; LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZALIMIN 
Dia menambah sedikit lagi; SUBHANALLAH WA BIHAMDIHH SUBHANALLAHIL ADZIM 
※ Dengan mengucapkan semua itu; Dia telah diberi ganjaran pahala yang sangat besar dari ALLAH SWT.

Tahukah anda siapakah orang yang beruntung itu?


Orang itu adalah ANDA... Insya Allah.

Kisah Nabi Idris Dengan Malaikat Izrail

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari.
 
Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.
 
Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar diperkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia.
 
Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, ya Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail,

"Wa'alaikum salam wa rahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail.
 
Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail.
 
Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.
 
Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"Subhanallah, (Maha Suci Alloh)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s.
 
Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangannya? pikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s.

"Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.

"Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s

"Apa itu? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.
 
"Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s.
 
Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Berdoalah

Berdoalah..walaupun doamu belum dimakbulkan, anda masih mendapat pahala ibadah.
Sabda Rasulullah (Saw): "Doa adalah ibadah." (HR Abu Daud, dan Tirmizi)

Alkisah Cermin Mata

Ketika musim banjir, pakcik Ismail membuat baju dan mendermakan baju untuk didermakan pada mangsa banjir.
 
Satu hari ketika pulang daripada membungkus baju kepada mangsa banjir di masjid, pakcik Ismail mendapati cermin mata beliau telah hilang.

Pakcik Ismail memikirkan balik ke mana hilangnya cermin mata baru beliau. Rupa-rupanya ia terjatuh ke dalam salah satu bakul baju untuk didermak
an pada mangsa banjir.

Pakcik Ismail merasa sedih kerana cermin mata baru itu adalah hadiah pertama daripada anak sulungnya yang baru bekerja.
 
Beliau merasa kecewa kerana menghilangkan hadiah itu dan terpaksa membuat cermin mata yang baru.

"Mengapa layan saya begitu, Ya Allah? Saya dah bantu-membantu, mengapa hilangkan benda terpenting saya?" rungut Pakcik Ismail di hati.

Setelah enam bulan daripada peristiwa tersebut, pakcik Ismail kebetulan melawat masjid-masjid yang menerima bantuan banjir.

Seorang pakcik tua sedang memberikan ucapan penghargaaan kepada mereka yang mendermakan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Ketika itu saya cuba membawa cucu ke atas bot, terdapat satu ombak melanggar saya dan cermin mata saya terjatuh ke dalam air.
 
Saya tidak dapat mencari kerana air deras. Ketika itu, saya cemas memikirkan bagaimana saya hendak melalui saat-saat derita ini, kerana tanpa cermin mata saya, saya cepat sakit kepala.
 
Di kawasan kita, kedai cermin mata pun kena banjir.

Setibanya di masjid ini, saya dan anak saya membuka kotak baju derma. Tergamam saya melihat ada sepasang cermin mata di dalamnya.
 
Power ia sama dengan power cermin mata saya. Saya cukup bersyukur pada mereka yang mendermakan cermin mata itu, dan pada Allah yang menjawab doa saya,” kata atuk itu.

Ahli-ahli masjid yang mendengar terkejut dengan kata-kata atuk kerana ketika menyediakan bantuan, cermin mata bukanlah antara barangan yang diterima untuk dijadikan derma. Dari mana datang cermin mata atuk itu?

Tapi di tepi, mereka melihat ada seorang pakcik mengalirkan air mata.

Itu adalah pakcik Ismail.

“Ya Allah, maafkan saya. Rupa-rupanya kaca mata saya tidak hilang, ia cuma diberikan kepada mereka yang lebih memerlukannya. Maafkan saya kerana bersangka buruk pada-Mu, ya Allah,” bisik di hati pakcik Ismail.

Wahai anakku,
Percayalah ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Kebanyakan masa kita tidak akan mengetahui mengapa ia berlaku, tapi percayalah pada Allah, dan bersangka baiklah pada-Nya dan yakinlah ada hikmahnya yang baik untuk kita semua.

Senyum.

Alkisah Kerja

Seorang pemuda tergesa-gesa masuk ke sebuah kedai runcit di sebuah pekan kecil.
 
Setelah dia membayar satu tin minuman dan mendapatkan baki duit syiling, dia terus mendapatkan set telefon berbayar yang terletak dihujung kaunter tadi.
 
Sungguh berhati-hati dia mendail dan mula berbual. Tuan punya kedai runcit turut memasang telinga mendengar perbualan pemuda berkenaan.

Pemuda: "Puan, bolehkah saya m
endapat pekerjaan memotong rumput di halaman rumah puan?"

Puan: "Saya sudah ada pekerja..".

Pemuda: "Puan boleh membayar saya separuh upah dari orang itu".

Puan: "Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja pekerja saya itu".

Pemuda (merayu): "Saya akan menyapu dan membersihkan halaman rumah puan dan saya jamin di hari minggu halaman rumah puan akan jadi yang tercantik di antara rumah-rumah yang berada di situ".

Puan: "Tidak, terima kasih".

Pemuda tadi terus meletak kembali gagang telefon. Tuan punya kedai runcit turut bersimpati, dan mendekati pemuda tadi.

Pemilik Kedai: "Anak muda, aku suka sikapmu, semangat positifmu, dan aku ingin menawarkanmu pekerjaan".

Pemuda: "Tidak. Terima kasih sajalah Pak Cik!".

Pemilik Kedai: "Tapi tadi kedengarannya kamu sangat memerlukan pekerjaan".

Pemuda: "Oh, itu. Sebenarnya Pak Cik, Saya mahu memastikan apakah kerja yang selama ini saya lakukan memuas hati majikan saya atau tidak. Sayalah tukang kebun yang bekerja untuk puan dalam telefon tadi!"

Hebat Pemuda tadi! Kita juga patut menilai prestasi kerja yang kita lakukan di tahun ini untuk memastikan kualiti yang lebih baik lagi di tahun akan datang.

Ingatlah...... "WAKTU seperti sungai, kita tidak boleh menyentuh air yang sama untuk kedua kalinya, kerana air yang telah mengalir akan terus berlalu dan tidak akan pernah KEMBALI".

Alkisah Roti Terbakar

Ketika Safwan masih ialah seorang budak, ibunya selalu menyediakan sarapan baginya dan bapa sebelum Safwan ke sekolah dan mereka pergi bekerja.

Satu hari mak terbangun lewat, dan ketika tergesa-gesa menyediakan roti bakar, roti terlebih hangus.

Safwan melihat roti yang hitam itu terus kehilangan selera. Akan tetapi, bapanya terus mengambil roti tersebut lalu menyapunya den...
gan jem dan mentega dan terus makan.

Bapanya senyum pada ibu Safwan ketika makan roti tersebut. Roti yang Safwan tidak makan juga dihabiskan oleh bapanya.

“Maaf bang. Roti terbakar hari ini,” kata ibu Safwan pada bapanya.

“Yang, abang suka roti terbakar itu. Senyum,” jawab bapanya.

Ketika bapa menghantar Safwan ke sekolah, Safwan bertanya: “Betulke abon suka makan roti yang hitam bakar yang mak buat tadi?”

Bapa meletakkan tangan di bahu Safwan sambil menepuk: “Mak dah buat yang terbaik. Malam semalam mak tak tidur dengan baik kerana sakit kepala. Lagipun, roti yang terbakar itu tak menyakitkan sesiapa kalau dimakan.”

Wahai anakku,
Hidup ini penuh dengan ketidak sempurnaan termasuklah juga manusia. Kamu bukanlah manusia terbaik. Aku juga sama.

Aku juga kadang-kala tidak mengingati harijadi mahupun ulangtahun seperti orang lain. Aku juga akan tersilap berkata-kata. Tapi aku telah belajar menerima kelemahan orang lain – dan meraikan persamaan yang ada.

Dan inilah kunci untuk membina hubungan keluarga dan sahabat secara sihat dan berpanjangan.

Wahai anakku,
Terima kasih dan maaf atas segalanya. Semoga hubungan berkekalan.

Terjaga Di Waktu Malam

Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam, ia sebenarnya anugerah dari Allah.

Allah mengirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah.

Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan ketiga begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.

Sabtu, 11 Januari 2014

Pengorbanan Ibu Bapa

Sekarang cuba bayangkan,

Ketika kita berusia 1 tahun, orang tua memandikan dan menyiapkan kita, sebagai balasannya, kita menangis di tengah malam.

Ketika kita berusia 2 tahun, orang tua mengajar kita nama kita dan panggilan ayah dan ibu, sebagai balasan, kita buat2 tidak dengar ketika mereka memanggil kita.

Ketika kita berusia 3 tahun, orang tua memasakkan makanan kegemaran kita, sebagai balasa...
n, kita menumpahkannya di merata tempat.

Ketika kita berusia 4 tahun, orang tua membelikan kita pensil warna, sebagai balasan, kita menconteng dinding rumah dengan pensil warna tersebut.

Ketika kita berusia 5 tahun, orang tua membelikan kita baju yang cantik2, sebagai balasan, kita mengotorkannya dengan bermain-main di taman permainan.

Ketika kita berusia 7 tahun, orang tua membayar kos yang mahal untuk mensekolahkan kita, sebagai balasan, kita belajar dengan malas2.

Ketika kita berusia 23 tahun, orang tua menunggu-nunggu panggilan telefon daripada kita, namun kita sibuk menelefon rakan2 kita.

Ketika kita berusia 30-40 tahun, orang tua selalu sakit-sakit dan memerlukan perhatian daripada kita terutama perbelanjaan kesihatan dan makanan yang berkhasiat, kita sudah memberi alasan kita sudah ada tanggungjawab terhadap anak isteri yang perlu diselesaikan.

Mungkin itulah yang menyebabkan rezeki kita tersekat dan selalu merasa tidak cukup. Kadang-kadang duit sudah cukup, tetapi keluarga kita selalu didatangi masalah, jiwa kita tidak tenang, kerana kita melupakan jasa ibu bapa kita yang sangat besar.

Dan kita abaikan saja umur mereka yang masih ada tanpa berusaha untuk berbakti kepada mereka. Sama-sama kita fikirkan hal ini.

Alkisah LRT

Di satu pagi LRT yang sesak selepas cuti panjang, Ali berdiri di tengah-tengah. Ada yang mengantuk, ada yang tertidur dan semua penumpang LRT kelihatan tidak bermaya.

Tetiba ada seorang budak kecil menolak mencari jalan di antara kaki-kaki dalam kesesakan LRT. Ramai merungut melihat karenah budak tersebut.


Dahlah sesak, masih nak ke hulu-hilir. Namun, semua memberikan laluan mungk...in kerana malas nak layan.

Kelihatan bapa budak itu berdiri di tepi pintu tidak mengendahkannya. Budak itu berani pergi jauh daripada bapanya dalam kesesakan di dalam LRT itu.

“Bapa apa macam ini? Langsung tak didik anak. Menyusahkan orang lain,” bisik Ali di hatinya.

Selepas merungut, Ali tidak mengendahkan karenah budak tersebut lagi.

Tetiba, Ali terasa ada orang menyentuh lututnya. Rupa-rupanya budak nakal tadi.

Ali memberikan laluan kerana merasakan budak itu nak pulang ke sisi bapanya.

Tapi tidak. Budak itu seolah meminta sesuatu dari Ali.

Ali pun membengkokkan badannya. Ketika muka Ali menghampiri budak tersebut, budak tersebut terus mencium pipi Ali lalu beredar.

“Memang kurang ajar budak ini,” bisik Ali lagi.

“Mengapa budak itu cium aku?” fikir Ali.

Ketika termenung memikirkan persoalan itu dalam keadaan murung, Ali melihat budak itu melakukan perkara yang sama pada orang lain di LRT.

Melihat bapanya tersenyum, ada seorang penumpang LRT bertanya pada bapanya mengapa anaknya bersifat demikian?

“Maaf ya. Biarkan dia. Dia terlalu gembira kerana masih hidup. Dia baru sembuh dari koma. Ini pertama kali sejak sekian lama kami menaiki LRT,” kata bapanya.

LRT berhenti dan bapa dan budak tersebut pun beredar.

Di pipi Ali masih terasa ciuman budak kecil tadi. Di hati Ali terasa malu dengan sangkaan buruk pada bapa dan budak tadi.

“Budak tadi rasa syukur kerana masih hidup dan ingin menyebarkan rasa sayangnya. Aku pula sedang buat apa? Mereka yang murung di LRT ini sedang buat apa? Mengapa tak rasa riang kerana Allah masih memberikan hari ini untuk meneroka dunia ini? Berapa antara kita yang sayangkan kehidupan yang diberi Allah?” bisik Ali lagi.

Wahai anakku,
Senyumlah kerana kamu masih hidup. Asalkan kamu masih hidup, kamu masih mempunyai peluang untuk menebus kesilapanmu, bertaubat dan memohon maaf daripada Allah dan bangkit dan mencuba semula.

Selagi matahari masih terbit, dan erti terbenam dan bulan masih mengambang tiba waktunya, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kamu masih boleh melakukan sesuatu.

Senyum.