Khamis, 5 September 2013

Alkisah Seorang Pencuri

Ada seorang pencuri yang kerjanya mencuri dan menjual bernama Idin – beliau pakar mencuri sehinggakan enjin kapal terbang pun boleh dicuri dan dijual.

Tiba-tiba satu hari, Idin ingin bertaubat dan berjumpa dengan Ustaz Yusof yang beliau hormati sejak kecil.

“Ustaz, ana ingin bertaubat dan kembali ke Islam. Ada caranya tak? Ana masih gian untuk mencuri, berzina dan sebag
ainya,” kata Idin.

“Enta tak perlu susah, enta cuma buat satu sahaja. Jangan cakap bohong pada Ustaz. Dan selepas solat, berbicara dengan Allah. Kena jujur dan cakap benar,” kata Ustaz Yusof.

“Ya ke, ustaz. Simple sangat lah,” kata Idin.

Idin pergi berjalan-jalan….

Setibanya di satu supermarket, Idin timbul gian ingin mencuri semula.

“Besok, Ustaz Yusof akan bertanya samada saya ada lakukan kesalahan. Dan saya dah janji dengan dia tak boleh tipu,” bisik Idin di dalam hatinya.

Kerana ketakutan dan janji tak boleh berkata bohong, Idin tidak melakukannya.

Pada sebelah malam, ada seorang pelacur lalu di depan rumah Idin. Seperti biasa, Idin cuba memanggilnya.

“Teringat janji mesti bercakap benar, besok pagi solat subuh dah kena jawab diri sendiri pada Allah, nanti Ustaz Yusof bertanya kena bagitahu… kalau bagitahu yang betul, Ustaz Yusof akan berleter panjang…” bisiknya di hati.

Akhirnya Idin menjatuhkan hasratnya untuk berzina.

Setelah 3 bulan tidak berkata bohong, Idin bertukar menjadi seorang pencuri kepada seorang Muslim yang soleh membuka restoran sendiri.

“Ustaz, terima kasih banyak atas segalanya untuk menukar ana menjadi baik. Rupa-rupanya Islam ini cukup mudah, kita cuma perlu jujur dan sentiasa berkata benar kepada diri dan Allah,” jawab Idin.

Ustaz Yusof dan Idin berpelukan dan Ustaz membisikkan sesuatu ke telinga Idin, “Cara ustaz didik anak macam inilah – ustaz cuma bagi syarat satu aje – Jangan bercakap bohong pada diri sendiri, ayah dan maknya dan juga Allah… Alhamdulilah mereka semua dekat dengan Allah.”

Wahai anakku,
Janganlah kamu cuba berbohong pada aku dan bondaku. Apabila kamu menjadi ayah satu hari nanti, kamu akan tahu betapa kecewanya hati aku apabila mengetahui anak kesayanganku sanggup menipu aku. Aku lebih rela berasa marah seketika mendengar kamu mengakui kesilapanmu daripada mendengar kata-kata bohongmu. Ingatlah itu, meskipun kulit kamu terasa sakit dirotan, tapi ia tidak boleh dibandingkan dengan kata-kata bohongmu yang umpama menyakitkan hatiku dengan beribu jarum.
Senyum.

Muhasabah Diri

Bila kereta nak berjalan, kita kena isi minyak.

Cukup 5000km kena tukar minyak hitam, cukup 20, 000km kena tukar minyak auto gear, beberapa minggu sekali kereta kena cuci.

Ini adalah benda fizikal senang nak explained dan senang nak nampak.

Kalau nak meniaga kena juga isi minyak.


Minyak hari2 adalah dhuha, nak bg turbo tahajud.

Tambah booster, sedekah hari2, major overhaul, solat tasbih 4 rakaat dgn tasbih 300 kali.

Ianya tak nampak logik sebab makanan rohani tp kesannya boleh nampak secara fizikal

Alkisah Seekor Kuda

Kuda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…

Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur ji...
ka Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…”

Pencipta membalas, “Saya sedia memjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”

Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…”

Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat….

30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…

Kuda terkejut… siapa unta itu?

Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”

Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”

Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”

Pencipta itu menjawab:

“Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.

Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”

Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.

Wahai anakku,
Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya. Jika kamu membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…

Senyum.

Alkisah Seorang Pemotong Batu

Najib seorang pemotong batu yang amat tidak berpuas hati dengan dirinya dan kehidupannya. Najib sentiasa merungut.

Satu hari, Najib disuruh oleh seorang kaya raya untuk memotong batu di belakang rumahnya. Rumah orang kaya raya tersebut penuh dengan harta dan semua pelawat-pelawat VVVIP.

“Orang kaya raya ini mesti power!” fikir Najib. Dia menjadi dengki dan menutu...
p mata berdoa agar satu hari beliau menjadi sekaya orang kaya raya tersebut.

Najib terkejut, apabila ia membuka matanya, doanya termakbul, dia seorang yang kaya raya kini, penuh dengan harta dan kuasa yang tidak pernah dirasainya.

Setelah beberapa ketika, Najib berasa jengkel kepada mereka yang tidak sekayanya.

Tiba-tiba satu hari, satu satu kereta pegawai besar datang melalui jalan di depan rumahnya. Pegawai tersebut duduk dalam kereta yang sangat mewah dan eksklusif dengan pelbagai bodyguard, dan apabila berjalan akan diiringi oleh barisan askar.

Orang kaya raya macam mana pun kena tabik pada pegawai tersebut.

“Powernya pegawai itu. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi pegawai VVVVVVIP itu,” doa Najib sambil menutup mata.

Doa Najib termakbul, kini dia telah menjadi Pegawai tersebut, yang disanjungi, ditakuti dan dibenci oleh orang-orang kelilingnya….

Semasa berada dalam kereta, Najib terasa amat panas. Najib keluar melihat teriknya matahari tersebut yang bersinar megah di langit.

“Powernya matahari tersebut. Alangkah baiknya kalau saya boleh menjadi matahari,” doa Najib sambil menutup mata…

Bila Najib membuka mata, betul dia dah jadi matahari – dia menggunakan kuasanya untuk memancar segala cahaya dan haba ke bumi sehingga kemarau berlaku untuk menunjukkan bahawa dia paling berkasa.

Tiba-tiba ada awan besar datang menghalang dia, cahaya dia tidak sampai ke bumi.

“Powernya awan ini. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi awan besar itu…” doa Najib sambil menutup mata lagi.

Apabila membuka mata, doa Najib termakbul lagi, beliau kini menjadi awam besar. Dia menunjukkan kekuasaan dengan hujan lebat sehingga flyover ciptaan manusia boleh terbanjir.

Semasa Najib sedang menurunkan hujan, tiba-tiba datang angin kuat menolak dia ke laut besar.

“Powernya angin. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi angin pula…” doa Najib sambil menutup mata.

Bila membuka mata, Najib betul menjadi angin seperti yang didoakan – ditiupkanya semua bumbung dan menumbang berderet pokok sehingga ia menjadi dahsyat dan dibenci semua orang di bawah.

Tapi ada satu yang tidak berjaya ditiup Najib – sebuah batu besar. Tak kira sekuat mana tiupan Najib batu besar itu tetap tidak bergerak.

“Powernya batu. Alangkah baiknya kalau saya dapat menjadi batu…” doa Najib sambil menutup mata.

Kemudian, Najib betul menjadi batu besar, berkuasa daripada segalanya di muka bumi ini.

Tapi ketika Najib berdiri di sana, dia terdengar suara tukul menghentam satu permukaan yang keras dan merasakan dirinya sedang diubah bentuk.

Najib melihat sekeliling – dan terlihat seorang pemotong batu merupai dirinya sendiri sedang memecahkan dirinya.

“Oi, bangun!”

Najib tersedar daripada tidur petang… “Kamu nak jadi apa? Tengah makan pun boleh tertidur,” sindir orang kaya raya tersebut.

“Seorang pemotong batu dah ok,” kata Najib.

Wahai anakku,
Sudahkah kamu habis termenung? Perkara paling membazir dalam hidup ini ialah me-tongsampah-kan masa kurniaan Allah dalam keadaan termenung, ingatlah wahai anak kesayanganku.

Senyum

Alkisah Seorang Perungut

Sahar suka memperbesar-besarkan masalahnya – yang kecil menjadi besar, yang besar menjadi tragedi. Sahar sentiasa merasakan tiada orang yang lebih sengsara daripada dia – bahawa semua masalah orang lain tidak serumit apa yang dia hadapi.

Ustaz Ismail adalah seorang yang selalu mendengar rungutan daripada Sahar – apabila Sahar ada perkara yang perlu diadukan, Saha
r akan berjumpa dengan Ustaz Ismail.

Ustaz Ismail selalu berpesan pada Sahar usah rumitkan perkara – masalah Sahar juga dialami orang lain, akan tetapi, mereka menghadapinya sebagai ujian Allah.

Sahar kata beliau terasa pahit dengan masalah beliau, dan pasti orang lain tidak merasa kesusahan beliau walaupun masalah sama – dan menyoal mengapa Allah mengujinya lebih berat daripada orang lain.

Apabila keadaan Sahar bertambah kronik, Ustaz Ismail menyuruh Sahar membawa garam ke masjid untuk berjumpanya…

“Ambil segangam garam dan masukkan dalam cawan ini dan minum,” kata Ustaz Ismail kepada Sahar.

Sahar tidak faham mengapa lalu bertanya, “Mengapa?”

“Buat dulu, enta akan faham nanti… ia bakal selesaikan masalah kepada semua masalah enta,” kata Ustaz Ismail.

Sahar pun melarut segangam garam ke dalam cawan kecil dan minum…

“Bagaimana rasa air itu?” tanya Ustaz Ismail.

“Masin sampai pahit,” jawab Sahar… “Apa ini ustaz? Air ini lebih teruk daripada air laut…”

“Sabar… sekarang ambil segangam garam macam tadi dan masukkan dalam tong ini,” kata Ustaz Ismail…

Sahar pun menurut arahan dan melarutkan segengam garam ke dalam tong besar itu.

“Sekarang ambil air dari tong dan minum,” arah Ustaz Ismail.

Sahar pun melakukan seperti yang diarahkan.

“Bagaimana rasanya?”

“Tawar seperti air biasa…” kata Sahar.

“Rasa tak garam itu…?” tanya Ustaz Ismail…

“Tak,” jawab Sahar. Ustaz Ismail mengambil tangan dan meletakkan di belakang bahu Sahar dan bercerita…

“Kesusahan hidup di dunia ini adalah seperti segangam garam – sama banyak, sama kurang. Kesusahan hidup di dunia sentiasa sama. Tapi kepahitan hidup bergantung pada acuan yang kita letak kesusahan hidup kita di dalam.

Apabila Sahar merasa susah dan payah, apa yang Sahar boleh buat ialah meluaskan minda pemikiran seperti melarutkan garam di dalam tong tadi. Jika minda Sahar kekal saiznya seperti cawan, akan terasa pahit – jika minda Sahar menjadi tong, air bersama garam yang banyak tadi akan jadi air yang menyegarkan pula.

Jangan jadi cawan, jadilah tong besar – kalau boleh larutkan garam itu dalam kolam besar, lagi tak rasa kesusahan itu.”

Sahar mengalirkan air mata. “Ustaz, ana sayang ustaz. Terima kasih Allah kerana mengutuskan ustaz untuk membantu ana. Ana tahu apa nak buat,” Sahar memeluk Ustaz Ismail sebelum beredar…
 
Sejak itu, Sahar bertukar menjadi seorang yang ceria dan setiap masalah bukanlah masalah lagi kepadanya, cuma tugas yang buat sementara waktu ini tiada penyelesaian.

Wahai anakku,
Ketahuilah wahai anakku, perumpamaan dunia hanyalah sekadar mana air lautan yang melekat di jari yang dicelup dalam lautan, sedangkan akhirat ialah sebanyak mana air laut itu.

Jangan jadi cawan, jadilah kolam besar, barulah kamu dapat berasa tawarnya dunia berbanding masinnya di akhirat.

Senyum.

Kerana 20 Sen

Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu.
 
Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pagi,sebelum sampai opis, akan saya berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rum
ah sewa.
 
Pelanggan tetap pakcik tu kononnye dan saya pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg.
 
Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akan membeli nasi lemak di gerai yang sama dengan lengkap berpakaian sekolah.
 
Setiap kali kami membeli diwaktu yang sama, akan saya byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan.
 
Pada saya,apalah sangat harga RM1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.
 
Mungkin inilah peluang yang Allah berikan untuk saya bersedekah. Pernah saya bertanya padanya, bersekolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye.
 
Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sebab tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)

Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dalam mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah saya tak membeli nasi lemak pakcik dan tak berjumpa dengan Asyraf.
 
Hinggalah pagi ni, saya memulakankan kembali rutin membeli nasi lemak pakcik. Tapi, saya pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik macam selalu...
 
Lalu saya belikan sebungkus dan saya berhentikan kereta saya disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tunggu ashraf tadi. kenape x beli nasi lemak? dah boring nasi lemak pakcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
 
Ashraf: eh, kak jiha..lama tak nmpak. terima kasih banyak2 kak. Ashraf ingat kak jiha dah pindah. bukan dah boring.Tapi.....(muka sayu)
 
Jiha: ehh..kenape macam sedih je tiba2 ni..jom akak hantar pergi sekolah nak?? (setelah 2-3 kali saya bertanya, barulah adik ini bersuara)
 
Ashraf: Ashraf tak ada duit nak beli. Sebelum ni mak bagi RM1.50 sehari untuk sekolah pagi dan petang, bolehlah Ashraf beli. Tapi, minggu lepas mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Malam tadi mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha. Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nanti. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang orang. Jangan susahkan orang. Nanti mak marah. (sayu dan jujur anak kecil ni bercerita. ku tahan air mata dari meleleh mendengar ceritanye )

Puasku pujuk untuk hantar ke sekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..
 
Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar.
 
Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..
 
Ya Allah.. Dan isu minyak, bukan kita sahaja yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tapi juga anak2 kecil yang tak tahu apa2 ni..
 
Kerana mereka bkn dari keluarga yang senang (orang senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj).
 
Tapi bagi orang2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi untuk membeli barang2 asas dan mknan seperti biasa.
 
Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...
 
 

Berusahalah

Pada suatu hari seorang lelaki Ansar datang kepada Nabi Muhammad saw meminta bantuan.

Baginda saw pun bertanya, "Apakah kamu mempunyai sesuatu di rumah?"

Lelaki Ansar menjawab, "Ya ada. iaitu pakaian kasar yang dapat mengalas punggung unta. Sehelai kami guna dan ada yang sehelai hamparkan. Dan juga bekas minum."

Rasulullah saw pun terus berkata, "Bawa kedua-duanya kepada aku."

Maka lelaki Ans...
ar itu tadi pun membawa kedua-duanya kepada Rasulullah saw lantas Baginda mengambilnya lantas berkata kepada orang ramai, "Siapa yang mahu membeli dua barang ini?"

Seorang lelaki menjawab, "Aku akan membelinya dengan 1 dirham,"

Rasulullah saw pun berkata & mengulanginya 2, 3 kali, "Siapa yang mahu menawarkan 2 dirham?"

Seseorang pun menjawab, "Saya mahu membelinya dengan 2 dirham,"

Rasulullah saw pun mengambil 2 dirham tersebut dan diberikan kepada lelaki Ansar tadi lalu berkata, "Belilah makanan 1 dirham untuk keluargamu dan 1 dirham lagi gunakan untuk membeli (mata) kapak dan bawa kepadaku."

Lelaki Ansar tadi pun melaksanakan arahan Rasulullah saw dan memberikan (mata) kapak tersebut kepada Baginda. Rasulullah saw memasangkannya dengan kayu lalu berkata, "Nah (kapak) dan sila pergi mencari kayu. Aku tak mahu melihat kamu di sini selama 15 hari ini."

Lelaki Ansar itu pun beredar, mencari kayu dan menjualnya. Selepas 15 hari lelaki Ansar itu datang kepada Rasulullah saw bersama 15 dirham.
 
Rasulullah saw pun berkata, "Beli makanan dan bakinya beli pakaian. Sesungguhnya ini adalah lebih baik dari dari kamu datang meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta itu akan merosakkan wajah kamu pada hari Akhirat.
 
Sesungguhnya meminta-minta itu hanya untuk yang sangat miskin, orang yang kerugian teruk atau darah yang menyakitkan."

Keyakinan


Seorang peniaga buntu kerana hutang melampau melihat masa depannya dengan malap.

Para pemungut hutang sedang memburunya. Pembekal mengejarnya. Keluarganya memerlukannnya.

Beliau duduk menyendiri di satu taman termenung apakah nasib dia dan bisnesnya. Beliau berdoa agar diberikan satu jalan keluar dari mimpi ngeri ini.

Tetiba ada seorang tua lalu di depannya dan menegur b...
eliau: “Muka kamu nampak suram walau Allah masih memberikan cahaya matahari ke bumi. Apakah masalah kamu?”

Melihat orang tua itu yang keseorangan seperti dia, peniaga pun mengambil peluang untuk meluahkan segala yang terpendam di hati.

Setelah mendengar rintihan peniaga, orang tua itu berkata: “Saya boleh membantu kamu. Apa nama kamu?”

Setelah peniaga menjawab, orang tua itu terus menulis sekeping cek dan memberikannya kepada peniaga.

“Ambil duit ini dulu. Jumpa saya di sini tahun depan dan bayar balik,” kata orang tua itu lalu beredar dengan cepat.

Peniaga masih terkejut dengan apa yang berlaku. Setelah orang tua itu beredar, peniaga membuka cek itu dan melihat ianya tertera RM1 juta, ditandatangani oleh seorang bertaraf Tan Sri.

“Saya boleh membayar habis hutang dan selamatkan bisnes saya,” bisik peniaga tersebut. Namun, peniaga itu mengambil keputusan untuk menyimpan dahulu cek tersebut dan hanya digunakan apabila jalan dah betul-betul buntu.

Dengan bersenjatakan keyakinan yang baru kerana ada cek bernilai RM1 juta di tangan, peniaga itu menggunakan akalnya sendiri untuk menyelesaikan hutangnya.

Dia berjaya memujuk agar para pengejar hutang memberikan masa dan peluang untuk dia membuat ansuran. Pada pembekal pula, dia berjaya menyakinkan bahawa bisnes dia akan pulih semula dan hutang akan dibayar nanti.

Akhirnya, tanpa menggunakan cek tersebut, peniaga secara tidak sedar telah berjaya menyelamatkan bisnesnya dan juga melangsaikan hutangnya dalam masa beberapa bulan.

Tepat setahun kemudian, peniaga itu pulang ke taman itu untuk memulangkan cek bernilai RM1 juta kepada orang tua itu.

Seperti yang dijanjikan, orang tua itu muncul. Peniaga sangat gembira. Ketika peniaga ingin menyerahkan cek tersebut dan bercerita mengenai kejayaannya kepada orang tua itu, tetiba ada seorang jururawat lari datang menjerit, “Tan Sri Tan Sri jangan lari.”

Orang tua itu cuba lari tapi akhirnya dapat ditangkap oleh jururawat tersebut.

“Maafkan saya tuan. Harap tadi pakcik ini tidak mengganggu tuan. Dia ini pesakit mental yang selalu curi keluar daripada rumah orang tua di belakang taman ini dan menggelar dia seorang Tan Sri.”

Jururawat itu membawa orang tua itu beredar. Peniaga itu terkejut lagi di taman yang sama.

Setahun ini, dia berusaha dengan penuh yakin berunding dengan pengutip hutang dan pembekal kerana ada cek RM1 juta di tangan.

Rupa-rupanya, bukan duit RM1 juta, samada betul atau palsu, yang menyelamatkannya. Yang menyelamatkannya ialah keyakinan barunya selepas menerima cek RM1 juta yang menyebabkan dia bersemangat untuk berusaha mencapai segala yang dihajatnya.

Wahai anakku,
Kisah di atas dinukilkan supaya engkau faham, segalanya bermula dengan mindamu. Jika kamu fikirkan kamu boleh, kamu boleh melakukannnya.

Senyum.