Kuda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…
Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur ji...ka Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…”
Pencipta membalas, “Saya sedia memjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”
Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…”
Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat….
30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…
Kuda terkejut… siapa unta itu?
Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”
Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”
Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”
Pencipta itu menjawab:
“Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.
Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”
Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.
Wahai anakku,
Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya. Jika kamu membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…
Senyum.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan