Selasa, 27 September 2011

Ku Berfikir...

Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri

Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Ke berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui

Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana

Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih barat

Ibadah dan amal terasa amat berat

Ku berfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui

Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat

Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat

Ku berfikir...
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah SAW cuba dipahat dan diukir

Namun ku tetap berfikir...
Pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang ku fikir....

Kisah Sultan Muhammad al-Fateh

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis riwayat Ahmad).

Hanya selepas 800 tahun, ia menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan dan membuka kota itu daripada kerajaan Rom.

Pengkaji sejarah mendapati antara faktor terpenting yang membawa kepada kejayaan pembukaan kota itu ialah kebaikan akhlak dan perilaku bukan setakat pemimpin saja, malah rakyat secara keseluruhannya.

Bayangkan dalam puluhan ribu tentera itu, tidak seorang pun yang pernah meninggalkan solat fardu sejak usia baligh, sebahagian saja yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan daripada kalangan yang ramai itu, hanya Sultan Muhammad saja yang tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh.


Fenomena ini seharusnya membuka mata kita bahawa kebaikan itu mesti menjadi syarat utama membebaskan diri manusia daripada kezaliman dan kejahatan yang melingkungi persekitaran hidup manusia kini.

Bagaimana mahu memastikan harta benda sentiasa terjaga jika kejadian pecah rumah dan samun bermaharajalela setiap hari.


Harus bagaimana memastikan anak muda remaja menjaga maruahnya sedang kerosakan nilai budaya masyarakat dipaparkan dalam media cetak dan elektronik sehari-hari?

Persoalan inilah yang harus dicari jawapan supaya manusia tidak hanyut berada dalam lingkungan tidak sihat, berbudaya negatif, berakhlak tidak sopan dan hidup dalam acuan tidak Islam.


Pelaksanaan kepada kebaikan datangnya dari hati dan dorongan dalaman yang kuat. Niat saja tidak cukup, malah mesti digerakkan melalui tindakan. Namun niat itu sendiri sudah mendatangkan pahala kepada pelakunya.

Wallahualam

Jumaat, 23 September 2011

Iktibar Dari Sebatang Pensel...


Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis.

“Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”

“Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini.”

“Apa yang istimewa tentang pensel ini?” tanya si anak.

“Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?”

“Iya, ibu.”

Pertama,

pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah SWT. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua,

ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berheti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga,

pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitu yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat,

tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.

Kelima,

pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat, pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu harap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.

Inilah antara kata-kata yang baik untuk si anak membawa prinsip yang positif. Wahai ibu bapa, jangan berputus asa.


Apa sahaja kata-kata semangat yang kita ulang-ulangkan kepada anak-anak (walau nampak seperti mereka tidak mengendahkan) pasti akan membawa bekas dalam jiwa mereka, insya Allah...


Wallahualam





Khamis, 22 September 2011

Sepuluh Saat Yang Bodoh


Bila seorang MeiMei membunuh diri kerana seorang lelaki, ceritanya tamat di situ. Tapi penceritaannya bermusim panjangnya.

Bersusah payah ibu dan ayahnya menjaga dari kecil hingga dewasa. Bangga dengan kecomelan dan keputusan peperiksaan yang cemerlang, hanya untuk ditamatkan riwayat sepuluh saat.

Terjun dari tingkap apartmentnya. Dengan satu keputusan bodoh yang dilakukannya, memenatkan dan membazir masa dan emosi yang masih hidup.

Apabila Sugumaran, seorang akauntan melakukan pecah amanah dan dipenjara, maka seakan sia2 pendidikan yang diberi oleh ibubapanya…


Enam tahun di sekolah rendah, lima tahun di sekolah menengah, lagi enam tahun ketika mengambil ijazah. Satu kesalahan cukup untuk memberitahu kepada umum bahawa segalanya sia2.

Sepuluh saat antara hukuman dibacakan hakim hingga saat gavel dihentak. Siapa membaca kisahnya di akhbar, mencemuhnya.

Dan apabila Johan, seorang pemandu bas tertidur untuk sepuluh saat sewaktu memandu dan menyebabkan kematian berpuluh nyawa, habislah riwayat kerjayanya.


Kecuaian yang mengorbankan nyawa dan juga ikhtiar hidupnya. Putusnya nafkah untuk isteri dan anaknya. Hilang tempat bergantung. Kehidupan perlu diteruskan juga. Dengan hinaan, cacian dan umpatan di sel yang dikhususkan.

Kadangkala kita ini tidak berfikir panjang. Selalunya tidak berfikir. Tiada manusia yang motivasinya positif setiap saat. Akan ada sepuluh saat yang hitam dalam hidup. Adakah kita bersedia untuk masa yang akan tiba itu???

Yang penting, selalu ingat bahawa kita ada pencipta. Kita tidak dicipta untuk membunuh diri.

Jangan buat keputusan bodoh. Sayangi diri anda. Paling kurang, sayangilah ibubapa yang membesarkan anda. Sebelum membuat keputusan yang bodoh, bayangkan apa kata ibubapa anda jika terkantoi melakukannya.

Rugi hidup ini jika tidak pandai membeza halal haram, betul salah. Dalam masa yang sama jangan cuai dalam bekerja.

Sepuluh saat . Hidup ini lebih besar maknanya dari “sepuluh saat yang bodoh” itu….


Selasa, 20 September 2011

Ikhlaskah Kita Mendidik Anak?

Mungkin jarang orang bertanya kepada para ibubapa sebagaimana pertanyaan di atas kerana kita mungkin sudah terpatri bahawa ibubapa sememangnya ikhlas dalam membesarkan anak-anak.

Kita sendiri mungkin tidak pernah bertanyakan hal ini sendiri kerana kita sudah mengandaikan keikhlasan terhadap anak-anak kita.

Jika kita bualkan perihal keikhlasan mungkin kita akan tidak menemui orang yang benar-benar ikhlas dalam ertikata sebenar hatta seorang ibu juga masih mahukan pembalasan atas budinya dalam membesarkan anaknya.

Ini bukan suatu perkara yang baru kerana ianya sememangnya berlaku dalam semua masyarakat samada kita sedar atau tidak.

Kita juga sering berharap dengan memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak maka apabila mereka dewasa nanti mereka bukan sahaja dapat memperbaiki diri mereka dari sudut ekonomi tetapi dapat juga membantu diri kita yang sudah tidak berdaya.

Mungkin ada yang berkata bahawa itu adalah tanggungjawab seorang anak.

Benar, tiada penafian tetapi kita kini berbicara bukan dari sudut si anak, kita kini melihat dari sudut ibubapa.

Bagi si anak, memelihara ibubapa adalah satu tanggungjawab yang semestinya berlaku namun marilah kita bermula untuk melakukan introspeksi terhadap diri kita sebagai ibubapa.

Bukan pertama kali bahkan banyak kali kita menemui hal-hal di mana si ibu atau si bapa tidak membenarkan si anak berkahwin selagi mereka belum cukup merasai wang titik peluh membesarkan anak mereka.


Kita juga mungkin pernah menyatakan, “belajarlah rajin-rajin nanti dah besar senang, kau senang, mak dan ayah pun senang.”

Tanpa kita sedari, kita sudah cuba menjangka sesuatu pulangan dari anak yang kita besarkan maka persoalannya, ikhlaskah kita?

Saya melihat hal keibubapaan dari satu sudut yang berlainan kerana sistem keibubapaan amat penting dalam membentuk generasi hebat yang bakal membentuk negara kita.


Kita mungkin tidak sedar atau mungkin tidak pernah tahu bahawa kita hanyalah pemegang amanah walaupun kita sering berkata bahawa anak itu adalah amanah Allah SWT.

Jika kita mampu memperhalusi maksud kata-kata ini maka jelas bahawa kita hanya pemegang amanah yang diamanah satu ‘barangan’ untuk dijaga dengan baik.

‘Barangan’ itu adalah anak-anak kita. Jika kita tahu yang kita hanya pemegang amanah mengapa harus kita meminta balasan dari barang yang diamanahkan kepada kita kerana dia sendiri tidak mampu untuk memberinya.

Tekanan untuk mendapatkan balasan biarpun hanya bermain di dalam minda nescaya akan membawa kerosakan. Akhirnya banyak berlaku keburukan.


Lain halnya jika kita melihat bahawa anak itu satu amanah Allah SWT untuk kita.

Jika kita menganggap bahawa kehadiran anak itu sebagai ujian untuk melihat tahap keimanan kita dalam menjaga amanah maka saya percaya kita akan melihat tanggungjawab membesarkan anak dari satu sudut yang cukup berbeza dan kita seharusnya berasa bangga kerana kita dipercayai untuk menjaga amanah Allah SWT.

Jika kita hanyalah pemegang amanah, maka seharusnya kita tahu dari mana kita boleh mendapatkan balasan.


Pastinya dari Allah SWT yang memberi amanah kepada kita. Hal yang sama kita harapkan apabila kita mengamanahkan sesuatu barang untuk dijaga oleh seorang rakan.

Apabila dia menjaganya dengan baik, kita akan berterima kasih dan seandainya kita mempunyai kelebihan wang ringgit saya yakin kita akan memberi sekadar yang termampu atau seandainya kita pulang dari rantau, kita akan memberi buah tangan yang terbaik atas jasanya.

Justeru itu, marilah kita menukar persepsi mendidik anak yang mungkin selama ini kita khilafkan.


Marilah kita mendidik anak-anak kita kerana ianya amanah Allah SWT dan apabila kita mencintai Allah SWT sepenuh hati maka kita akan menjaga ‘barang’ titipan-Nya dengan sempurna.

Kita tidak perlu memikirkan apa yang bakal kita perolehi dari si anak apabila mereka dewasa nanti biar ramai yang berkata anak itu satu pelaburan.


Pastilah ianya pelaburan baik jika kita faham bahawa kita adalah pemegang amanah tetapi jika kita beranggapan bahawa kita adalah empunya anak tersebut dan mahukan pulangan darinya, maka itu adalah satu kesilapan yang mengundang padah.

Kita mungkin berdepan dengan banyak karenah si anak dan kita juga mungkin kecewa melihat dia membesar dengan tidak mengikut acuan kita.

Bagi ibubapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapatkan balasan baik dari si anak hingga sanggup menyihir atau sebagainya, percayalah bahawa jika amanah orang kita rosakkan pasti orang akan marah apatah lagi amanah Allah SWT namun kita beruntung kerana jika berurusan sesama manusia kita mungkin didendami kerana kerosakan itu tetapi apabila berurusan dengan Allah SWT, Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani… kembalilah kepada-Nya.


Kembalilah kepadanya biar setebal mana lumpur yang ada kerana Allah SWT amat menyukai orang yang bersalah kemudian dia bertaubat.

Kita tidak perlu menunggu hingga lumpur itu bersih kerana kita ini manusia masakan boleh bersih dari lumpur.


Marilah kita mencuba membetulkan posisi kita dari menganggap bahawa kita adalah empunya anak-anak kita kepada kita adalah orang yang dipercayai Allah SWT untuk menjaga amanah-Nya dan cuba kita sematkan hal ini selama dua minggu mendatang dan insya Allah kita akan lihat perubahan kepada diri kita dan anak-anak kita.

Kita akan mendengar suara-suara indah dari anak-anak kita dan akhirnya kebahagiaan sebuah ikatan keluarga akan mula dikecapi.

Apabila sesuatu hal yang baik itu dilakukan kerana Allah SWT maka ianya adalah satu ibadah dan Allah SWT jua sebaik-baik pemberi balasan atas segala perbuatan kita.

Didiklah anak untuk mengaharapkan rahmat Allah SWT dan bukan balasan duniawi dari si anak.



Renung-renungkan….

Isnin, 5 September 2011

Dahsyatnya Murka Allah


ALLAH SWT menyebut tentang api neraka yang menyala-nyala disediakan khas untuk orang kafir dengan menyifatkan neraka itu dengan gambaran yang terlalu takut kepadanya, sehinggakan kanak-kanak menjadi beruban.

Seterusnya Allah meneruskan khabar-Nya dengan menakut-nakutkan dan mengancam mereka bahawa mereka tidak akan selamat daripada seksaan yang menimpa mereka di dunia sebagaimana yang telah menimpa orang yang mendustakan para rasul sebelum mereka.

Contoh seksaan: Bumi yang bergoncang kuat, ribut taufan yang membinasakan tanaman dan ternakan, sehinggakan tidak ada lagi orang yang tertinggal dan menyalakan api.


Kemudian, Allah SWT memberikan pelbagai contoh ujian dan cubaan yang telah menimpa umat sebelum mereka kepada mereka.

Kaum Thamud dibinasakan dengan panahan petir yang memusnahkan mereka.


Kaum Ad dibinasakan dengan angin yang amat sejuk dan kencang yang dikenakan kepada mereka selama tujuh malam dan lapan hari secara terus menerus.

Firaun dan kaumnya pula dibinasakan dengan cara ditenggelamkan ke Laut Merah. Seterusnya Allah SWT menarik perhatian mereka ke arah kudrat-Nya yang memaksa dan kurniaan-Nya yang besar terhadap sekelian hamba-Nya.

Mereka diminta melihat burung yang kadang-kadang mengembangkan sayapnya di udara dan kadang-kadang mengatupkannya kerana dimudah dan diajarkan oleh Allah SWT apa yang diperlukannya.

Firman Allah SWT: Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?

Ibn Abbas berkata: "Adakah kamu merasa aman azab Allah yang menguasai seluruh langit."

Muqatil berkata: "Ia memberi maksud bagaimana bumi yang di bawah akan dinaikkan ke atas untuk mengikut kamu."
Ibn Kathir berkata: "Allah bersifat Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya. Dan Dia mampu untuk menyeksa mereka dengan sebab kekufuran mereka dan juga maksiat yang telah dilakukan oleh mereka. Akan tetapi kerana sifat rahmat dan kasih sayang-Nya terhadap makhluk maka Dia memaafkannya atau menangguhkan seksaan agar mereka bertaubat."

Al-Sabuni berkata: "Adakah kamu merasa aman dan selamat hai masyarakat yang ingkar perintah Tuhan-Mu yang bersifat Maha Tinggi lagi Agung daripada hukumannya yang boleh meranapkan kamu di dunia ini sehingga ke dalam bumi selepas ia menjadikan kamu menguasai penjuru bumi untuk berjalan, berkelana dan mencari rezeki."

Firman Allah SWT: Atau apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu. Maka kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku?

Al-Sabuni berkata: "Apakah kamu merasa aman daripada hukuman Allah Yang Maha Tinggi lagi perkasa dimana Dia boleh menghantar batu, merejam kamu daripada langit sebagaimana dilakukannya kepada kaum Luth dan tentera bergajah."

Maka ketika itu kamu pasti mengetahui secara nyata dan jelasnya azab Allah SWT bagaimana peringatan yang Aku memberi ancaman kepada kamu dan telah menghukum golongan pendusta. Ini merupakan satu ancaman dan amaran yang amat keras.

Ibn Kathir menyebut: "Allah berkuasa mengutuskan ribut taufan dan angin yang kencang berserta dengannya batu-batu kerikil yang akan memusnahkan kamu."

Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasul-Nya). Maka alangkah hebatnya kemurkaan-Ku.

Ibn Kathir berkata: "Di mana terdapatnya mereka yang telah ingkar di kalangan umat-umat yang terdahulu sedangkan hukuman-Ku amat dahsyat."

Al-Sabuni berpendapat: "Orang-orang kafir pada zaman dahulu telah mengingkari rasul-rasul mereka.


Ini seperti kaum Nuh, kaum 'Ad, Kaum Samud dan seumpamanya.

Mereka semua mengingkari kepada utusan Allah. Ini merupakan satu bentuk menghiburkan Rasulullah SAW dengan apa yang dilakukan oleh kaum musyrikin."

Ingatlah apa yang diberi amaran terhadap mereka, pasti akan terkena ke atas mereka jika mereka tidak mengambil iktibar dan peringatan yang dibawa oleh Rasulullah SAW.



Cantik Dengan Berpuasa


Berpuasa merupakan ibadah yang sangat banyak manfaatnya. Meskipun umat Islam diwajibkan berpuasa sebagai melaksanakan salah satu Rukun Islam namun puasa juga boleh meningkatkan kecantikan dan kesihatan seseorang.

Apabila seseorang berpuasa perutnya rehat dari sebarang beban. Perut mula mengempis dan fungsi perut menjadi lebih baik lagi.

Obesiti morbid merujuk kepada mereka yang mempunyai ukur lilit pinggang melebihi 35 inci bagi wanita dan 40 inci bagi lelaki.

Kumpulan ini mempunyai risiko tiga kali ganda mengidap masalah kolestrol tinggi dan empat kali ganda risiko kencing manis.


Bagi pengidap obesiti morbid banyak halangan dilalui bagi menurunkan berat badan. Ini kerana kerosakan hormon dan enzim yang teruk. Namun sepanjang bulan puasa mereka akan mendapat penurunan berat badan.

Bagi memastikan penurunan berat badan yang ketara dan berkesan sewaktu berpuasa beberapa perkara perlu diambil berat.

1) Jangan minum minuman manis sewaktu berbuka.
Oleh kerana sewaktu berbuka kita dihidangkan dengan sajian kuih muih yang pelbagai maka minuman manis harus dielakkan.


Terdapat banyak gula dalam kuih muih tersebut. Kurma baik dimakan kerana mempunyai gula semula jadi yang banyak di dalamnya. Pengambilan kurma sudah tentu lebih baik daripada air manis.


2) Kurangkan kuih manis
Pengambilan kuih manis perlulah sekadar sahaja dan tidak berlebihan. Kalori tinggi disebabkan kandungan gula yang tinggi membuatkan tubuh tidak mampu melepaskan lemak yang dikandung.


Mereka yang gemar makan banyak kuih sewaktu berbuka sukar kurus.


3) Makan nasi nasi sedikit sahaja
Nasi haruslah diambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Pengambilan nasi yang banyak akan membuatkan seseorang menjadi semakin lapar dan sukar menyekat nafsu makan.


Ini kerana nasi menyebabkan insulin dirembes dengan banyak dari kelenjar pankreas. Peningkatan insulin ini membuatkan kandungan gula turun dengan cepat dan kita kembali lapar.

Insulin juga meningkatkan lemak berkumpul pada perut kita.


4) Banyakkan pengambilan sayur-sayuran
Mengambil banyak sayur-sayuran boleh meningkatkan serat dalam perut kita. Serat yang tinggi membantu membuang lemak melalui najis.


Serat juga merupakan karbohidrat yang baik dan merangsang penurunan insulin sekali gus mengurangkan lemak daripada berkumpul di perut.


5) Tingkatkan pengambilan buah-buahan
Pengambilan buah-buahan yang banyak boleh meningkatkan vitamin dalam tubuh kita dan mencantikkan kitaran tenaga dalam tubuh kita. Ini menjadikan kita segar dan bertenaga semasa puasa.


6) Bersenam setengah jam setiap hari
Meskipun berpuasa, amalan bersenam haruslah diteruskan. Berpuasa dan bersenam setengah jam setiap hari merupakan amalan menurunkan berat badan yang paling berkesan.


Apabila kita berpuasa kadar metabolik semula jadi tubuh akan menurun. Ini membuatkan pembakaran lemak menjadi perlahan. Bersenam pda bulan puasa menigkatkan metabolik, menjadikan kita cepat membakar lemak.


7) Pengambilan protein yang tinggi
Mengambil makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging merah dan telur membantu menaikkan metabolik tubuh kita.


Protein akan merangsang pembakaran lemak dengan meningkatkan glukargon iaitu hormon pembakar lemak dalam darah kita.


8) Suplemen
Suplemen yang sangat perlu sewaktu puasa ialah kalsium, potasium dan zink. Pengambilan makanan suplemen ini akan menjadikan kita lebih bertenaga. Ia juga membantu fungsi hormon dan enzim yang lebih baik lagi.


Meskipun berpuasa kecantikan kulit dan keceriaan wajah haruslah dititikberatkan. Seseorang boleh meningkatkan kecantikan wajah sewaktu berpuasa dengan mengamalkan tip di bawah.


1) Pelembap wajah
Amalkan memakai pelembap wajah bagi memastikan kulit wajah tidak kusam dan kering sewaktu puasa


2) Solekan sederhana
Bersolek dengan sederhana akan menyerlah kecantikan seorang wanita dalam bulan puasa. Memakai gincu, pelembab bibir dan celak sudah mencukupi.


3) Jangan banyak tidur
Banyak tidur di bulan puasa menjadikan wajah tampak sembap dan lesu. Oleh itu lakukan aktiviti bagi mengelakkan banyak tidur.


Rahsia Menghindari Sel Kanser


Berbicara mengenai penyakit kanser atau barah, ia sudah cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa gentar dan takut. Tiada manusia yang waras mahu penyakit ini menghampirinya.

Namun siapa mampu menolak jika ditakdirkan menghidapinya. Hanya tuhan yang mengetahui mengapa seseorang diuji dengan penyakit yang biasanya dikaitkan dengan kematian.

Perubatan moden merupakan pilihan utama rawatan bagi kebanyakan orang yang menghidap kanser walaupun ada sesetengah pesakit memilih untuk berubat secara tradisional.

Pembedahan, kemoterapi dan radioterapi merupakan antara rawatan yang diterima oleh pesakit kanser.

Walaupun ketiga-tiga jenis rawatan itu kedengaran menakutkan, namun kesemuanya perlu dilalui dengan harapan sel kanser yang berada di dalam tubuh akan mati.

Dr. R. Subramaniam dari Hospital Pavitra Nature and Yoga di Coimbatore, di Tamil Nadu, selatan India berkata, masalah utama dalam kehidupan manusia ialah apabila mereka menghidapi sesuatu penyakit yang sudah tentunya mencetuskan ketidakselesaan.

Namun beliau percaya, ia bukan sesuatu yang perlu sentiasa dibimbangi kerana setiap penyakit ada ubatnya.
''Sebenarnya alam semula jadi dapat memberikan kita apa sahaja yang kita kehendaki.


Jika kita berbalik kepada alam, kita tidak memerlukan ubat kerana semuanya terdapat di sekeliling kita," katanya yang terkenal dengan kaedah rawatan penyakit kronik melalui pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berasal dari daerah Coimbatore, Dr. Subramanian telah 30 tahun mengamalkan kaedah rawatan tersebut bagi merawat pesakit-pesakit kanser di hospitalnya.

Beliau berada di Kuala Lumpur bagi menyampaikan ceramah untuk pesakit dan bekas pesakit kanser bertajuk Kesihatan Optimal Cara Semulajadi Dengan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Menurut beliau, setiap hari, sebanyak 0.8 peratus sel baru tumbuh dalam tubuh manusia.
Jumlah tersebut lebih tinggi bagi kanak-kanak kerana faktor usia yang muda dan akan berkurangan apabila usia semakin meningkat.

''Jika difikirkan, kehidupan kita sentiasa dalam keadaan tergesa-gesa sehinggakan apabila makan pun kita tidak mengunyah dengan betul.

"Makanan seharusnya dikunyah perlahan-lahan seperti kanak-kanak yang sedang makan dan nikmati rasa makanan yang kita makan.

"Makanan yang dikunyah dengan betul dan bercampur dengan air liur akan dicerna baik dan diproses menjadi darah yang elok dalam tubuh kita,'' ujarnya.

Beliau menyarankan agar makan apabila perlu dan apabila lapar.

"Jika tidak lapar, jangan makan. Ikut tabiat kanak-kanak. Mereka tidak akan makan jika tidak lapar walaupun ibu bapa memaksa. Itu adalah cara yang betul. Jika hendak makan, ambil sedikit sahaja," katanya.

Dr. Subramaniam menjelaskan, kanser merupakan sel mati yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia.
Setiap hari tubuh kita mengeluarkan sel-sel mati melalui pembuangan air besar dan peluh.

Bagaimanapun jika tidak dibuang dengan cara yang betul, sel mati yang tidak diperlukan ini akan berkumpul dalam badan dan menjadi sel kanser.


Ya Rabbi, Aku Berzina!


Ya Rabb,
Inilah pengakuanku. Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatan-MU….

Rabb….
Dadaku dag-dig-dug. Tangan dan tubuhku gemetar. Menantikan peradilan di hadapan-NYA.
Akhirnya malaikat itu datang. MEmbawa catatan amalanku di dunia.
Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktivitas duniaku. Apa yang terlihat, sungguh membuatku menyesal….


Ya Rabb, kenapa mulutku tidak bisa bicara?

“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Kudengar mata berbicara lantang.
Lalu terlihat di layar, aku sedang melototi wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.
Malunya aku, Rabb…

“Aku dulu selalu mendengarkan kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!”
Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bertelepon ria dengan pacarku.
Dia memanggilku ‘sayang’, akupun demikian…
Dia bilang “I love you”…

Rabb…
Kenapa semua aktivitiku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berpacaran?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih menampilkan rekaman kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah kutemui. Bahkan sampai ajalku menjemput, aku sedang menelepon dia dan sayang-sayangan dengannya.

Lelaki itu..wajahnya sungguh menarik hatiku. Dialah salah satu teman facebook, situs jejaring sosial yang pada waktu ajal akan menjemputku, situs itu yang paling terkenal dan marak digunakan…


Komunikasi di facebook, berlanjut ke sms, lalu telepon. Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan siang. Setelah itu, semakin intens hubungan kami.


Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami. “Sayang, aku mencintaimu…”


Ya Rabb..
Sia-siakah hariku? Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia. Tiap minit aku hanya memikirkannya.


Bahkan pada waktu menghadap-MU…aku tak tersentuh oleh ayat-ayat-MU….

Apalah lagi qiyamullail, Rabb. Untuk sekadar bangun subuh saja aku sulit.

Rabbi…
Malam itu dia meneleponku. Malam kematianku. Seperti biasa, dia menanyakan kabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.

Dan hal yang selalu kami lakukan…ia memanggilku ‘sayang’ dan akupun demikian….

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.


Rabbi…
Aku mengaku salah.
Aku pacaran dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.

Aku berzina!
Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku.

Mataku berzina melihat foto-fotonya.
Hatiku berzina karena selalu merindukannya.


Rabbi…
Aku sudah menghadap-MU, dalam su’ul khatimah. Kumohon, sadarkan lelaki itu ya Allah. Jangan biarkan ia mati dalam keadaan seperti itu. Sadarkan ia ya Rabb…

Facebook, semuanya bermula.


Rabb, aku berzina.
Seberapapun kecilnya, aku sudah berzina.
Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..

Menetes air mata ini.
Andai aku bisa kembali ke dunia lagi…