Isnin, 22 Februari 2016

Syurga & Neraka

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar? "

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya:

✅ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✅ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✅ Bukankah nak merokok kena bayar?
✅ Bukankah masuk pub kena bayar?
✅ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.
✅ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✅ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✅ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✅ Jika berzikir, kita tak perlu bayar
Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma.

Wahai saudaraku! Menyebarkan mesej ini juga percuma.... 

Tetapi jika ada yang mengamalkannya, kita pasti diganjari pahala berganda... 

Insyaallah.

Renungan

Wahai anakku,
Sehebat-hebat matamu, ia terlepas pandang hidung dan mulutmu ketika engkau memandang. Banyak komplikasi dan alasan di sebalik sesuatu yang sulit sering disalah erti kerana matamu.
Oleh itu wahai anakku, janganlah kamu hanya melihat di luar dan terusmu menjadi hakim sedangkan kamu belum mengetahui apa yang sebenarnya…
Wahai anakku,
Jangan kamu berprasangka buruk pada mereka yang sering membayar untuk orang lain. Ia mungkin bukan bererti mereka kaya, tapi hanya kerana mereka lebih menghargai hubungan daripada wang duit.
Wahai anakku,
Janganlah kamu panggil mereka yang bekerja tanpa ada yang menyuruh itu bodoh, kerana mungkin mereka lebih mengerti dan menghargai konsep tanggungjawab.
Wahai anakku,
Janganlah kamu pandang serong mereka yang mendului minta maaf duluan setelah bertengkar. Ini tidak bererti mereka bersalah, tapi kerana mereka lebih menghargai orang lain.
Wahai anakku,
Jangan pula kamu timbul syak pada mereka yang mengulurkan tangan untuk menolongmu. Mereka membantu mungkin bukan kerana mereka merasa berhutang, tapi kerana ikhlas menganggap kamu adalah sahabat.
Wahai anak kesayanganku,
Janganlah pula kamu terasa tersinggung pada mereka yang sering menghubungimu, ia mungkin bukan kerana mereka tidak punya kesibukan, tapi kerana engkau ada di dalam hati mereka.
Berbaik-sangkalah selalu, wahai anakku, sebagaimana Rasulullah pun mengingatkan kita, "Janganlah seseorang diantara kamu meninggal dunia kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah" (HR. Muslim)
Senyum

Kisah Hasan al-Basri

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan. Di sisi mereka terletak sebotol arak.

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas karena karam.

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya, "Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".

Hasan al-Basri terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan".

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan".
Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat, janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.
···
Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah, daripada diri kita. Ilmu Allah sangat amatlah luas...

Jangan pernah ujub & sombong pada amalanmu.

Yang singkat itu - "waktu"
Yang menipu itu - "dunia"
Yang dekat itu - "kematian"
Yang besar itu - "hawa nafsu"
Yang berat itu - "amanah"
Yang sulit itu - "ikhlas"
Yang mudah itu - "berbuat dosa"
Yang susah itu - "sabar"
Yang lupa itu - "bersyukur"
Yang membakar amal itu - "megumpat"
Yang ke neraka itu - "lidah"
Yang berharga itu - "iman"
Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"
Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"
(Imam Al Ghazali)

Kisah Seorang Lelaki

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda. 
Dia korbankan coklatnya untuk adik beradiknya.
Dia korbankan impian hanya untuk melihat orang tuanya tersenyum.
Dia membelanjakan kesemua duit untuk beli hadiah untuk yang dia cinta, hanya untuk melihat dia tersenyum 
Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2 dengan bekerja lewat malam tanpa sebarang keluhan.
Dia bina masa depan mereka sekeluarga dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.
Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu, isteri dan boss.
Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain
Kalau dia keluar rumah, org kata dia berpoya.
Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas.
Kalau dia marah anak2, org kata dia zalim.
Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab.
Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong.
Kalau dia benarkan isteri bekerja, org kata dia makan hasil isteri.
Kalau dia dengar cakap emak, org kata dia anak emak.
Kalau dia dengar cakap isteri, org kata dia kena Queen Control.
Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. 
Anda tidak akan pernah tahu apa pengorbanan yang sudah dilakukan buat anda.
Berbaloi dihantar ke semua lelaki supaya mereka tersenyum & kepada semua wanita supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga.

Alkisah Sebuah Rumah

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi. Dia terus berleter.
“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “
Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. 
Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. 
Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba jadi orang lain. 
Senyum.

Bersangka Baik

Ada satu pasangan muda yang baru berkahwin tinggal di sebuah kawasan perumahan. Suatu pagi, sewaktu sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang menjemur pakaian. "Cuciannya kurang bersih ya bang," kata si isteri. "Dia ni tentu tak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia perlu sabun yang lebih elok."
Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan tidak memberi komen apa-apa. Sejak hari itu setiap kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaian.
Seminggu berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya kelihatan betul-betul bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya, "abang, tengok jiran kita ni dah basuh bersih pakaiannya, tak macam sebelum ni, siapa agaknya yang ajar dia cara yang betul untuk membasuh pakaian?"
Sang suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini dan membersihkan jendela kaca kita." Isterinya terkesima.
Dan begitulah kehidupan. Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada kejernihan fikiran apabila kita memandangnya, jika HATI kita bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka bersihlah pula PERKATAAN kita. Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka bersihlah (baik) pula PERBUATAN kita.
Hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita hidup kita. Jika ingin hidup kita berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik), maka kita harus menjaga hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita agar tetap baik. Kerana itulah segalanya.
HATI menentukan FIKIRAN.
FIKIRAN menentukan
PERKATAAN & PERBUATAN.
2 hal paling baik di atas kebaikan :
■ Bersangka baik terhadap
Allah.
■ Bersangka baik terhadap
hamba Allah.

Kisah Seorang Profesor

Seorang profesor yang atheis berbicara dalam sebuah kelas.
Profesor: "Apakah Allah menciptakan segala yang ada?"
Para mahasiswa: "Betul! Dia pencipta segalanya."
Profesor: "Jika Allah menciptakan segalanya, berarti Allah juga menciptakan kejahatan."
(Semua terdiam. Agak kesulitan menjawab hipotesis profesor itu).
Tiba-tiba suara seorang mahasiswa memecah kesunyian.
Mahasiswa: "Prof! Saya ingin bertanya. Apakah dingin itu ada?"
Profesor: "Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja, dingin itu ada."
Mahasiswa: "Prof! Dingin itu tidak ada. Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin sebenarnya adalah ketiadaan panas.
Suhu -460 degree Fahrenheit adalah ketiadaan panas sama sekali. Semua partikel menjadi diam. Tidak boleh bertindak pada suhu tersebut.
Kita menciptakan kata 'dingin' untuk mengungkapkan ketiadaan panas ya.
Selanjutnya! Apakah gelap itu ada?"
Profesor: "Tentu saja ada!"
Mahasiswa: "Anda salah lagi Prof! Gelap juga tidak ada.
Gelap adalah keadaan di mana tiada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari. Sedangkan gelap tidak boleh.
Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk mengurai cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari panjang gelombang setiap warna.
Tapi! Anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur melalui berapa besar intensiti cahaya di ruangan itu.
Kata 'gelap' dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan cahaya.
Jadi! Apakah kejahatan, kemaksiatan itu ada?"
Profesor mulai bimbang tapi menjawab juga: "Tentu saja ada."
Mahasiswa: "Sekali lagi anda salah Prof! Kejahatan itu tidak ada. Allah tidak menciptakan kejahatan atau kemaksiatan. Seperti dingin dan gelap juga.
Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk menggambarkan ketiadaan Allah dalam dirinya.
Kejahatan adalah hasil dari tidak hadirnya Allah dalam hati manusia."
Profesor terpaku dan terdiam!
Dosa terjadi kerana manusia lupa hadirkan Allah dalam hatinya..
Hadirkan Allah dalam hati pada setiap saat, maka akan selamatlah diri kita..
Itulah IMAN..
SESUNGGUHNYA DOSA ITU LAHIR SAAT IMAN TIDAK HADIR DALAM HATI KITA..
Wallahu A'allam....

Terima Kasih Sahabat

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu
berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH SAHABAT

Kisah Sebiji Tembikai

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina). Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.
Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"
Isteri: "Saya tau"
Suami: " pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"
Isteri: " Tentulah yang manis"
Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"
Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti yang manis"
Si suami diam sejenak...
Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"
Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."
Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"
Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.
Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:
"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!" Isteri orang soleh itu terdiam.
Marahkan siapa?
'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"
Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.
Pengajarannya: kita faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.
Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.
Semoga bermanfaat.
Wallahu'alam..

Renungan

Siang malam bagi makan kucing,
Kucing tak mengamuk hati pun senang,

Apa yang lebih baik dan terpenting,
Pemimpin gemuk rakyat tinggal tulang.
Sifat orang yang beriman, dia mesti suka mendengar tazkirah. Kerana tazkirah tersebut pastinya memberi manfaat kepada orang yang mengaku beriman. Tazkirah (peringatan) itu tidak perlu panjang-panjang, adakalanya satu nasihat yang pendek atau dengan sedikit kata-kata hikmah yang mengusik atau menyentuh hatinya sudahpun memadai.
CERAH-CERAHKAN :
1. Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga, belum tentu bagus.
2. Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan dan keselamatan. Dapatkan kombinasi ini.
3. Semakin banyak anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk anda berbohong dan semakin nampak kebodohan diri.
4. Jika anda tidak boleh menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Kerana itu lebih baik dari jadi orang yang jahat yang pandai.
5. Perbezaan antara mereka yang berjaya dengan yang lain bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.
6. Seorang teman sejati akan membuat anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingati anda dalam doa-doanya.
7. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
8. Carilah kesempatan dalam apa jua perkara demi keharmonian dan kesejahteraan hidup kita, yang entah bila berakhirnya. Tiada siapa tahu..
9. Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup.
10. Nasihat yang baik tidak pernah ada istilah terlambat.
11. Iri hati yang ditunjukan kepada seseorang akan melukai diri sendiri.
12. Anda cuma boleh hidup sekali saja di dunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah mencukupi.
13. Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani.
14. Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya...
15. Persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
16. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
17. Berkenalanlah dengan Allah pada waktu senang, nescaya Allah akan kenal kepada engkau pada waktu susah.
18. Bemuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan.
19. Orang yang berakal tetapi tidak mempunyai adab, seumpama pahlawan yang tiada senjata.
20. Kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan.
21. Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah.
22. Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
23. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya
24. Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda yang lebih dekat daripada maut.
25. Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik. Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
26. Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
27. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yg lgsung tiada.

Sentiasalah Bersyukur

Kita hidup digunung, merindukan pantai. Kita hidup dipantai, merindukan gunung.
Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?
Diam di rumah, keinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.
Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.
Ketika bujang mengeluh keinginan untuk menikah. Sudah berkeluarga mengeluh belum punya anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.
Ternyata, sesuatu tampak indah kerana belum kita miliki..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan tampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..
Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..
Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..
Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..
Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..
Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..
Jauhilah sifat riyak dan sombong dgn apa yg kita miliki .. Ianya bukan milik kita, ianya milik Allah yg Maha Esa...
Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur.. Alhamdulillah..

Jangan Pernah Bosan Berbuat Baik

Ketika kita menanam padi, rumput ikut tumbuh.
Tapi saat kita menanam rumput,tidak pernah tumbuh padi.
Dalam melakukan kebaikan terkadang hal yang buruk turut menyertai.
Namun saat melakukan keburukan, tidak ada kebaikan bersamanya.
Jangan pernah bosan untuk berbuat baik meskipun tidak sempurna di mata manusia, asalkan dilakukan dengan ikhlas keranaNYA, sungguh itu akan terlihat lebih sempurna pada pandangan Allah...
Doa untuk kawan kawan ku.
1. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang sakit, sembuhkan lah dia.
2. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang bermasalah, beri lah jalan keluar untuk dia.
3. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya.
4. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang bermasam muka diantara satu sama lain, damaikan lah mereka.
5. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.
6. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia.
7. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku yang bersedih hati, kembalikan lah kecerian diwajahnya.
8. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yang berada dipersimpangan jalan yang berliku, tunjukkan lah jalan yang diredhai oleh Mu.
9. Jadikan kami ikhwan di akhir zaman yang selamat juga menyelamatkan.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Ahad, 21 Februari 2016

Kisah Si Tukang Besi

Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang Ustaz..
"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya Ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?"
Ustaz pun menjawab :
"Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."
"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana Ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..
Ustaz menjelaskan :
"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.
Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tak kelihatan.
Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.
Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.
Lalu Allah swt mau cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan bagitau..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"
Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.
Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatliah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

Bapa Tidak Perasan, Sehingga Ditegur Anak

Pulang ke rumah petang itu memang sangat memenatkan. Benarlah, penat mental lebih melemahkan daripada penat fizikal. Seluruh tubuh rasa hampir ‘frozen’. Seronok jika dapat 'let it go'.
"Kenapa abah nampak sedih je?" Zulfa menyambut di muka pintu sambil memegang lengan.
"Eh taklah, abah penat je." Sambil meletakkan beg laptop ke atas sofa.
Duduk sebentar melepaskan lelah. Muka didongak ke langit memudahkan pernafasan yang semakin perlahan.
“Kenapa Zulfa cakap abah sedih?”
"Biasa, abah akan balik rumah dengan bagi salam penuh ceria, muka senyum, gurau-gurau geletek Zulfa. Hari ini abah tak buat semua tu," bersungguh-sungguh menerangkan.
"Allah.. yeke, ok, abah senyum eh.." sambil menggeletek perut. Tanda ‘angin’ kembali baik.
>>>
Menurut pakar psikologi, 55% daripada komunikasi sesama manusia (pengaruh terbesar) ditafsir daripada 'bahasa badan'.
Apa yang terpamer dari tingkah laku dan wajah si pelaku akan ‘ditafsir’ maksudnya oleh orang yang melihat. Walaupun tafsiran mungkin hanya sekadar persepsi.
Sebagai contoh, jika kita memuji seseorang, tetapi selepas itu kita membuat gerakan tangan seperti Afdlin Shauki, dua tangan ke dada, dan dua mata ke atas, itu menyebabkan orang faham, ini bukan pujian, tetapi sindiran.
Lihat bagaimana bahasa badan menidakkan ‘makna’ apa yang disebut.
Sebagai ibu bapa, kadangkala, tanpa disedari, itulah yang berlaku. Apabila pulang dari kerja, riak yang terpamer di raut wajah adalah riak keletihan dan muram.
Terus duduk di sofa, menguak dada dan diam. Anak-anak terasa seolah-olah pertemuan semula dengan mereka selepas seharian di sekolah tidak memberi makna apa-apa kepada ibu bapa.
Ibu bapa ‘dilihat’ tidak seronok bertemu mereka. Ibu bapa memang tidak berniat, tetapi itu yang terlihat dan kekal tersemat di ingatan anak-anak.
Cuba letak cermin di hadapan pintu rumah (bayangkan cermin ‘Bila Hati Telah Hitam’), kita mungkin akan dapat melihat, bagaimana wajah kita semasa pulang dari kerja.
Jika kelihatan masam dan muram, cepat-cepatlah mengukir senyum. Lakukan aksi gembira ala-ala 'Tora Datang Lagi' (cuba tiru keceriaan Mat Sentul).
Apabila anak membuka pintu, melihat kita tersenyum, itu telah menyampaikan maksud, kita gembira bertemu mereka.
Seharian anak di sekolah, tanpa melihat wajah kita. Manfaatkan pandangan pertama semasa pulang kerja dengan menambat hati mereka.
Sedar dan bersedia dengan 'bahasa badan' kita, kerana itulah yang anak-anak akan ‘baca’.
Apa yang kita sebut, kurang penting bagi mereka, tetapi apa yang kita tunjukkan, akan menjadi kenangan yang kekal lama.

Kisah Pesakit

Ada satu doktor cuba buka klinik/rumah rawatan di madinah/mekah.
Selama 6 bulan dia buka takde satu pesakit pun yg dtg nak berubat dengan nya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakit kah?
Akhirnya dia jumpa jawapan nya.
Bila mana saje kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari allah. Insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang allah.
Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.Yaitu baca al fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.
Tapi kalau kami tidak sihat jugak.Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Yaitu bersedekah.

Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.
Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat Yaitu solat taubat dan istighfar.Sebab nabi bgtau sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.jadi kena banyak istighfar dan taubat.
Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima..
Yaitu madu dan habbatussauda.
Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih,zaitun,halia etc.
Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu jumpa tabib/doktor/ubat

Renungan

Kita datang ke dunia dalam keadaan menangis. Dalam keadaan mata bergenang air mata dan ketawa, kita meninggalkan dunia ini. Di antara keduanya, ialah pengembaraan yang dikenali sebagai kehidupan.
Allah menciptakan sesuatu dengan penuh bermakna. Kucing sukakan ikan, tapi mereka tidak boleh ke air. Ikan sukakan cacing, tapi mereka tidak boleh ke darat.
Kehidupan ini berkait dengan apa yang didapati, apa yang hilang, pilihan yang perlu dibuat dan juga keputusan untuk berputus asa.
Kehidupan tidak semestinya lancar. Bukan semua akan berlaku mengikut kehendak kita.
Oleh itu, usahlah berkira sangat dengan orang lain. Ia tidak berbaloi.
Jangan berkira dengan diri kita kerana ia sukar ditahan.
Jangan berkira dengan apa yang sudah lepas kerana ia sudah tidak bermakna.
Jangan pula berkira dengan hari ini, kerana kita perlu terus mara ke depan.
Semalam adalah sejarah yang perlu di muhasabah. Esok adalah belum tentu. Maka harimu adalah hari ini yang perlu tabah menghadapinya. Ingatlah bersama kesusahan itu akan ada kesenangan.
Sebagaimana Allah menciptakan sesuatu dengan bermakna, mari kita teruskan hidup dengan bermakna.
Jika kita meminta air, nescaya ia datang dengan bekasnya. Kalau kita bekerja untuk akhirat, nescaya dunia akan datang bersama. Setiap orang ada membuat kesilapan, oleh itu kita perlu saling bermaafan untuk meneruskan perjalanan.

Apa itu bahagia?

Apa itu bahagia?
Bagi orang miskin, ada duit itu dikira bahagia.
Bagi orang cacat, boleh jalan itu dikira bahagia.
Bagi orang buta, boleh lihat itu dikira bahagia.
Bagi pengemis, ada makanan itu dikira bahagia.
Bagi orang sakit, asalkan boleh teruskan hidup itu dikira bahagia.
Bagi orang beriman, ada Allah di hati itu dikira bahagia. Bahagia apabila sentiasa dalam keredhaan Allah di dunia dan terlepas dari kemurkaan dan azab Allah di akhirat.
Bagi kamu pula, apa lagi yang diperlukan baru dikira bahagia? Senyum

Untuk Renungan Para Ayah

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...
12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Kisah Telur Yang Pecah

Suami Isteri Sanggup Beli Telur Pecah, Hukum Tukar Barang Yang Kita Rosakkan Sendiri Di Kedai Adalah Haram
Sepasang suami isteri sedang membeli belah bersama seorang anak mereka. Mereka membeli satu tray telur. 
Si suami mengambil telur dan meletakkan ke dalam troli. Anak mereka yang baru berumur 2 tahun telah memecahkan sebiji telur ayam tanpa sengaja. 
"Yang, letak balik lah tray telur ini, ambil yang lain. Yang tak pecah. Kalau ambil yang ini, rugilah. Lagipun bukannya orang nampak," beritahu si suami kepada isterinya.
"Harga satu tray telur ni RM9.00. Ada 30 biji. Maknanya satu biji harganya RM0.30. Kalau sebiji pecah maka cuma rugi RM0.30 je," si isteri menjawab. 
"RM0.30 pun duit juga yang," si suami pantas menjawab. 
Si isteri kemudian bercerita kepada suaminya. Saya pernah dengar ustaz ada cerita mengenai hisab. 
Kesalahan paling kecil akan di adili selama 40 tahun. Itu 40 tahun akhirat. Satu hari di akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia. 
Bayangkan berapa lamanya hisab jika kesalahan lebih besar. Teringat juga kisah seorang alim. 
Pada suatu hari ada seorang tua yang memikul seikat kayu api. 
Orang tua ini menyerahkan kayu apinya kepada si alim untuk di jaga sekejap kerana beliau ada hal lain. 
Orang alim itu menjaga kayu api tersebut. Kemudian beliau merasa ada sisa makanan melekat di giginya. 
Orang alim itu mengambil serpihan kayu api yang dijaganya untuk mencungkil giginya. 
Setelah orang alim ini mati. Kawan beliau bermimpi yang beliau diseksa di alam barzakh. 
Kawannya bermimpi mengenai perkara tersebut beberapa hari. Kawannya bertanya "kenapa kau di seksa, sedangkan kau seorang yang alim". 
Orang alim itu menjawab "aku telah mengambil serpihan kayu api dari seorang tua, tetapi aku terlupa untuk minta halal. 
Kau tolong jumpa orang tua ini dan minta halal kayu apinya bagi pihak aku". Kawan orang alim ini berjumpa orang tua yang dimaksudkan dan meminta halal bagi pihak si alim. 
Sejak hari itu beliau tidak lagi bermimpi yang si alim ini diseksa. 
"Jika kita meletakkan telur yang pecah ini dan ambil yang baru, sedangkan anak kita yang memecahkannya berapa pula nilai yang kita perlu bayar di akhirat kelak. 
Sedangkan harganya di dunia cuma tiga puluh sen," si isteri menasihati suaminya. 
"Betul kata awak tu, apa sangatlah RM0.30 di dunia ini. Kalau kita tukar telur lain, tak pasal-pasal kena seksa di akhirat." 
Pasangan suami-isteri itu pulang ke rumah dengan membeli satu tray telur. Sebiji telur dari tray itu sudah pecah. 
Mereka akur dengan nilai sebiji telur. Sila share jika bermanfaat.

Kisah Seorang Ayah

SEDIH...! SEDIH..! SEDIH..!
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya,
“Salam. Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali.
Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami.
Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak… Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. 
Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. 
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan. Maafkan abah atas segalanya.”
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
~~~Hargai orang tua kita selama dia masih hidup...kadang kala kita terlalu sibuk dengan kerja...sampaikan kita lupa akan dia yg membesarkan kita...memberi pendidikan utk kita bekerja..mengajar kita berjalan utk bekerja.. JANGAN NANTI ANAK KITA AKAN MELUPAKAN KITA SEPERTIMANA KITA MELUPAKAN IBUBAPA KITA

Suamiku Milik Ibunya

Aku milik suami ku dan suami ku milik ibunya. Seperti apa pun seorang mertua, aku selalu ingat bahawa..Dia adalah wanita yang mengandung suami ku dalam kepayahan selama 9 bulan...
Dia adalah wanita yang air susunya menjadi makanan pertama bagi suami ku. Dia, ialah wanita yang mendidik dan membesarkan suami ku, yang mengajarkan kepada suami ku akhlak sehingga aku rasa selamat di sisi suami ku...
Aku tidak pernah keluarkan wang seposen pun untuk menyekolahkan suami ku sehingga dia berupaya mencari nafkah, untuk menafkahi aku! Aku tidak sedikit pun mendidik suami ku hingga kini, ia jadi lelaki yang bertanggungjawab, dan aku merasakan SANGAT BAHAGIA MENJADI ISTERINYA setelah pengorbanan ibu mertua ku yang membesarkannya dengan kepayahan, anak lelaki nya menikah dengan ku, dia bagi kasih sayang anaknya dengan ku...
Cemburu? Pasti dia cemburu.. Aku wanita asing, yang kini selalu disayang2 oleh anak lelakinya. Harta anak lelakinya tercurah untuk ku nikmati. Padahal ia yang melahirkan, membesarkan dan mendidik...
Teringat nasihat ibu ku tercinta, "Nak.. sokonglah suami mu untuk berbakti pada ibunya. Jangan suruh ia memilih antara kau dan ibunya. Kerana, kelak kau akan merasakan bagaimana sakitnya diperlakukan seperti itu oleh anak lelaki mu nanti. Apa yang kau lakukan pada mertua mu, akan dilakukan pula oleh menantu mu.. segala sesuatu pasti ada timbal baliknya". Dan tangis ku makin deras..
Oh suami ku.. bahagiakanlah ibu dan bapa semampu mu. Semoga kelak anak2 kita pun membahagiakan kita, sebagai balasan bakti mu pada ibu bapa mu...
Seorang suami yg berbuat baik kpd ibubapanya... akan berbuat baik kpd isteri dan anak2nya...

33 Tahun Belajar "HANYA" Dapat 8 Hal

Suatu hari, Imam Syaqiq Al Balkhi bertanya kepada muridnya yg bernama Hatim Al Ashom :
Imam Syaqiq : "Sudah berapa lama engkau menuntut ilmu dariku?".
"Sudah 33 tahun", jawab Hatim.
"Apa yg telah kau pelajari, selama 33 th ini?", tanya Imam Syaqiq.
"Hanya 8 hal ", jawab Hatim.
"Inna lillahi wa inna ilaihi roji'uun! Kuhabiskan umurku untuk mendidikmu, namun kau hanya mempelajari 8 hal dariku?", Ucap Imam Syaqiq hairan.
"Benar Ya Syeikh, aku hanya mempelajari 8 hal saja, aku tidak mau mendustai kamu", jawab Hatim.
"Cuba sebutkan 8 hal yg telah kau pelajari itu ! ", pinta Imam Syaqiq.
Hatim Al Ashom pun berkata :
Pertama :
"Kulihat setiap manusia memiliki seorg kekasih.
Ketika dia mati, kekasihnya ikut mengantarkannya hingga ke kuburan, lalu meninggalkannya sendirian di sana.
Maka,
Aku lebih memilih amal kebajikan sebagai kekasihku, sehingga ketika nanti aku masuk liang kubur, amalku akan ikut bersamaku".
Kedua :
"Aku merenungkan Wahyu Allah SWT :
"Dan Adapun org2 yg takut kpd kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka syurga lah yg akan menjadi tempat tinggalnya".
(QS. An Naazi'aat, 79 : 40-41).
Aku sedar,
Bahwa firman Allah pasti lah benar,
Maka aku pun berjuang utk melawan keinginan nafsuku, hingga nafsuku tunduk kpd Allah SWT ".
Ketiga :
"Ku perhatikan manusia selalu memuliakan dan menyimpan harta benda berharga yg mereka miliki, lalu kupelajari firman Allah SWT :
"Apa yg ada disisimu akan lenyap, dan apa yg ada disisi Allah akan kekal".
(QS. An Nahl,16:96).
Maka setiap kali aku memperoleh sesuatu yg berharga, aku pun menyedekahkannya dijalan Allah SWT, agar hartaku selalu tetap terjaga di sisi-Nya".
Keempat :
"Aku melihat setiap manusia mengejar harta, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan nasab.
Namun setelah aku mempelajarinya, ternyata semua itu tidak ada apa2nya, saat aku membaca wahyu Allah SWT :
"Sesungguhnya, org yg paling mulia disisi Allah, adalah org yg paling bertaqwa (kepada Allah) di antara kalian".
(QS. Al Hujuroot,49:13).
Kerana itulah,
Aku pun beramal utk mewujudkan taqwa, agar aku memperoleh kedudukan yg Mulia di sisi Allah SWT.
Kelima :
"Aku melihat manusia saling mencela dan melaknat, dan sumber semua itu adalah hasad (kedengkian). Lalu aku mempelajari Wahyu ALlah SWT :
"Kami telah membagikan utk penghidupan mereka di alam dunia".
(QS. Az Zukhruf,43:32).
Akupun sedar,
Bahwa semuanya telah dibagi oleh ALlah SWT,
Maka aku tinggalkan sifat hasad (dengki), kujauhi manusia, dan aku tidak bermusuhan dgn seorang pun".
Keenam :
"Kulihat manusia saling menganiaya dan saling membunuh, padahal Allah SWT berfirman :
"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh(mu)".
(QS. Al Fathir,35:6).
Oleh sebab itu,
Kutinggalkan permusuhan dgn manusia dan kujadikan syaitan sebagai satu2nya musuhku.
Aku selalu mewaspadainya dgn sekuat tenaga, sebab Allah SWT sendiri yg telah menjadikan syaitan sebagai musuhku".
Ketujuh :
"Aku melihat setiap org, hanya demi sepotong roti (harta), mereka rela menghinakan diri mereka sendiri dgn melakukan hal2 yg diharamkan oleh Allah SWT. Lalu kuperhatikan firman Allah SWT :
"Dan tiada satupun binatang melata dibumi, melainkan Allah telah menanggung rezeki nya".
(QS. Hud,11:6).
Aku sedar,
Bahwa diriku adalah salah satu dari yg melata itu, dan Allah SWT telah menjamin rezeki ku.
Oleh kerana itu, kusibukkan diriku utk menunaikan kewajiban yg telah di berikan oleh Allah swt dan aku tidak pernah merisaukan sesuatu yg telah dijamin oleh Allah SWT untukku".
Kelapan:
"Aku melihat semua org bergantung kpd makhluk Allah SWT.
Ada yg bergantung kpd ladangnya, bergantung kpd perniagaannya, bergantung kpd pekerjaannya, dan bergantung kpd kesihatan jasmaninya.
Akupun kembali kepada firman Allah :
"Dan barang siapa yg bertawakkal kpd Allah, maka Allah akan mencukupkan (segala keperluan) nya".
(QS. At Tholaaq,65:3).
Oleh kerana itulah,
Aku pun bertawakkal (bergantung) kpd Allah SWT yg Maha Perkasa dan Maha Agung, dan Allah SWT pun mencukupi semua keperluanku".
Mendengar jawapan dari Hatim Al Ashom,
Imam Syaqiq Al Balkhi berkata :
"Wahai Hatim, semoga Allah memberimu Taufiq. Aku telah mempelajari Zabur, Taurot, Injil dan Al Qur'an. Dan kutemukan bahwa semua jenis kebaikan dan ajaran Agama, berkisar pd 8 hal yg tadi telah kau sampaikan.
Brg siapa mengamalkan 8 hal tersebut.
Maka bererti, dia telah mengamalkan isi dari 4 kitab suci".
LALU........
Berapa lama kita menuntut ilmu?
Apa yg kita dapatkan?
Adakah pelajaran penting yg meresap kedalam hati kita dan selalu kita amalkan?
Atau semua itu hanya sekedar penghibur telinga kita?
Semoga ALlah SWT, memberi kita Taufiq dan Hidayah,
Sehingga kita dpt mengamalkan apa yg kita dgr, kita lihat dan kita baca...

Anak Perempuan Bahagia Didokongi Ayah

Pagi itu, saya memandu perlahan melewati seorang ayah dan anak yang sedang berjoging di atas jalan kampung yang kecil. Si ayah berjoging perlahan di hadapan, melambai dan memanggil anak yang tertinggal sedikit ke belakang.
Saya kira umur si kecil sekitar 4 atau 5 tahun. Perempuan bertudung pink, berstokin belang, berbadan kecil dan sangat comel. Terkedek-kedek berlari mengejar si ayah.
Hati berbisik, ‘larat ke budak tu nak ikut ayahnya joging. Silap-silap sampai hujung simpang dah penat.’
Kereta menyusur keluar ke jalan utama, baru perasan saya tertinggal kunci rumah. “Aduh, kena patah balik pula.”
Dalam perjalanan berpatah balik mengikut jalan yang sama, dari jauh saya melihat kelibat si ayah dan anak yang sedang berjoging tadi. Saya tersenyum sendirian.
‘Dah agak dah, mesti ayah akan jadi mangsa.’ Si ayah gigih berjoging sambil mendukung si kecil di pundak. Si kecil hanya terkekek-kekek ketawa bahagia digoncang-digoncang seperti menaiki unta lagaknya.
Entah kenapa, saya yang beremosi gembira campur bahagia melihatnya. Sengaja diperlahankan kenderaan dan mengambil gambar mereka dalam rahsia.
‘Tahniah ayah! Anda telah membuat si anak bahagia. Bukan ketika itu sahaja, insya-Allah sampai bila-bila’
>>>
Kasih seorang ayah. Sukar untuk diungkapkan. Kebanyakan masa, mereka bisu seribu bahasa. Entah sayang, entah tidak. Tidak seperti ibu yang mudah mengungkap kata, ayah tidak begitu. Kata-katanya pada tingkahlaku.
Tegasnya itu kegusaran. Marahnya itu perlindungan. Usapnya itu pengharapan. Entah mengapa tidak saja mereka ungkap kegusaran, perlindungan, dan pengharapan dengan perkataan. Tapi, itulah ayah, lelaki misteri yang ada dalam setiap keluarga.
Jika ayah rapat dengan anak lelaki, itu biasa. Ketegasan, kepimpinan, prinsip hidup, harga diri biasanya dipelajari oleh anak lelaki dari karakter seorang ayah.
Melihat ayah yang mendukung anak perempuan membuat hati terpesona dan berfikir lama. Perbuatan mendukung sudah pasti membawa maksud yang dalam. Sepanjang berjalan, saya tidak melihat dia berkata-kata. Tetapi dari senyuman dan kegigihan memikul anak di pundak itu sangat memberi makna. Kebahagiaan si anak jelas terasa.
Ayah seolah ingin memberitahu, “Anak, ayah takkan tinggalkan kamu di belakang. Ayah akan ‘angkat’ kamu walau apapun berlaku. Kamu adalah ‘tinggi’ bagi ayah, seperti tingginya kamu di atas bahu ayah sekarang. Sebagai perempuan, satu hari nanti kamu akan diambil dan dibawa pergi oleh seseorang. Ingatlah saat-saat ini, semoga kamu juga ‘mengangkat’ ayah satu hari nanti. Jangan pernah tinggalkan ayah.”
______________
“Bagaimana seorang ayah mendepani hidup akan menjadi contoh kepada anak perempuan membina kehidupannya sendiri,” ulas Michael Austin, Profesor Madya Falsafah dari Universiti Eastern Kentucky.
Ayah yang tidak kekok menukar lampin anak, memandikan anak, menidurkan anak, menenangkan anak bila menangis adalah permulaan kepada hubungan yang mengukuhkan keberadaan mereka dalam keluarga.
Menurut Austin, Ini adalah masa berkualiti paling penting yang akan menentukan kehidupan anak perempuan dalam peringkat-peringkat hidup seterusnya. Ayah digalakkan meluangkan masa dengan anak perempuan, mengambil berat keperluan mereka dan menyokong ibunya. Apabila anak mula merangkak, ayah juga perlu ‘merangkak’ untuk bermain dengannya.
Penglibatan ayah dalam hidup seorang anak perempuan adalah resepi penting dalam pembangunan harga diri anak. Dorongan lisan, sentiasa ada dalam setiap detik penting hidupnya, sedar dan sensitif dengan perasaannya, mengambil masa untuk mendengar ceritanya, dan menyokong hobinya adalah keperluan si anak. Penglibatan terus dan sokongan berterusan si ayah dapat melenyapkan perasaan tidak selamat anak perempuan dan meningkatkan keyakinan pada keupayaan sendiri.
Hubungan anak perempuan dan ayah turut mempengaruhi hubungan mereka dengan lelaki lain. Seorang ayah yang melayan isteri dengan penuh penghormatan dan kasih sayang, menyanjung tinggi nilai wanita bukan mempergunakan wanita, akan mempengaruhi kepercayaan anak kepada insan yang bernama lelaki.
Anak yang berasa selamat, disokong dan sering berkomunikasi dengan ayah tidak mudah terdedah kepada percintaan awal kerana mereka tidak memerlukan kasih sayang lelaki lain dan disibukkan dengan akademik dan fokus mengejar cita-cita yang dirancang bersama keluarga.
Ayah mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada kehidupan anak perempuan, sama ada positif atau negatif. Walapun kebanyakan masa, anak lebih selesa berkongsi hal peribadi dengan mak, tetapi banyak kerugian sekiranya hubungan dengan ayah tidak sama dikuatkan.
Ayah pula, perlu berusaha menjalin hubungan dengan anak perempuan kerana ada sisi hidup mereka yang memerlukan kita. Kipidap ayah!

Kisah Perubahan Anak

Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.
"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.
Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.
Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!
Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.
Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.
Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya"
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara
"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?"
bisik ustaz ke telinganya
"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!"
Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.
"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?"
Tanya ustaz mengakhir bicara.
Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.
Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.
Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya. Benarlah, hidayah itu milik Allah.

Kisah Orang Yang Merendah Diri

Seorang perempuan yang bekerja di kilang daging. Suatu hari, semasa dia hendak menyelesaikan tugasan harian, dia masuk ke bilik daging sejuk beku, akan tetapi nasib nya tidak baik, pintu bilik sejuk itu tertutup dan dia terkunci dari dalam tanpa apa-apa alat untuk membantunya.
Walaupun dia menjerit dan mengetuk pintu sekuat hati, tiada seorang pun yang dapat mendengarnya. Kebanyakan pekerja sudah lama pulang, dan adalah mustahil untuk mendengar apa-apa di dalam bilik sejuk pada kawasan di luar bilik sejuk.
5 jam kemudian, sedang dia dalam helaan nafas kematian, seorang security guard di kilang tersebut membuka pintu bilik sejuk itu. Nasib nya baik kerana dia terselamat dari kematian pada hari itu. Setelah itu, perempuan itu bertanya pak guard itu bagaimana dia boleh buka pintu bilik sejuk itu walaupun ia bukan rutin pekerjaan hariannya.
Pakcik itu menjawab : "Saya telah bekerja di kilang ini selama 35 tahun, dan terdapat ratusan pekerja keluar dan masuk setiap hari, tetapi awak adalah segelintir yang akan menyapa saya pada sebelah pagi dan akan menyapa selamat tinggal kepada saya pada sebelah malam setiap hari anda meninggalkan kerja. Kebanyakan dari mereka melayan saya seperti saya tidak pernah wujud.
Hari ini, sebagaimana anda bila masuk ke kerja dan juga hari-hari sebelumnya menyapa saya dengan sapaan ringkas "Hello". Tetapi malam ini selepas waktu kerja, saya berasa pelik kerana saya tidak mendengar sapaan "Bye. Jumpa lagi esok". Jadi, saya merasakan saya perlu check di sekitar kilang.
Setiap hari saya akan mengharap sapaan "hi" dan "bye" dari anda kerana anda mengingatkan bahawa saya masih seorang insan. Dengan tidak mendengar ucapan selamat tinggal hari ini, saya dapat mengagak mungkin ada sesuatu yang terjadi. Sebab itu, pakcik mencari awak di merata tempat.
Pengajaran untuk diri:
Jadilah seorang yang merendah diri, penyayang dan hormat pada setiap individu di sekeliling. Cubalah untuk memberi kesan kepada setiap orang yang melalui perjalanan hidup dgn anda, kerana anda tidak tahu apa akan terjadi di masa depan. Biarlah cerita ini menjadi satu inspirasi.

Jumlah Huruf Dalam Al-Quran

Imam Syafi’e dalam kitab Majmu al Ulum wa Mathli ’u an Nujum dan dikutip oleh Imam Ibn ‘Arabi dalam mukaddimah al-Futuhuat al Ilahiyah menyatakan jumlah huruf-huruf dalam Al Qur ’an diurut sesuai dengan banyaknya:
o Alif : 48740 huruf,
o Lam : 33922 huruf,
o Mim : 28922 huruf,
o Ha ’ : 26925 huruf,
o Ya’ : 25717 huruf,
o Wawu : 25506 huruf,
o Nun : 17000 huruf,
o Lam alif : 14707 huruf,
o Ba ’ : 11420 huruf,
o Tsa’ : 10480 huruf,
o Fa’ : 9813 huruf,
o ‘Ain : 9470 huruf,
o Qaf : 8099 huruf,
o Kaf : 8022 huruf,
o Dal : 5998 huruf,
o Sin : 5799 huruf,
o Dzal : 4934 huruf,
o Ha : 4138 huruf,
o Jim : 3322 huruf,
o Shad : 2780 huruf,
o Ra ’ : 2206 huruf,
o Syin : 2115 huruf,
o Dhadl : 1822 huruf,
o Zai : 1680 huruf,
o Kha ’ : 1503 huruf,
o Ta’ : 1404 huruf,
o Ghain : 1229 huruf,
o Tha’ : 1204 huruf dan terakhir
o Dza’ : 842 huruf.
Jumlah total semua huruf dalam Al- Qur ’an sebanyak 1.027.000 (satu juta dua puluh tujuh ribu) Jumlah ini sudah termasuk jumlah Huruf Ayat yang di-nasakh.
Setiap kali kita khatam, kita membaca 1 juta lebih huruf.
1 huruf = 1 kebaikan.
1 kebaikan = 10 pahala.
Kira-kira 10 juta pahala kita dapat jika khatam Quran. Mudah2an ini menjadi motivasi kita untuk terus membaca Qurān dan semoga salah satu pintu Syurga untuk pembaca Qurān memanggil kita untuk masuk Syurga melaluinya.
Aameen ALLAHumma Aameen ~

Terima Kasih Adik Beradik

Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......
Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......
Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......
Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....
Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......
Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........
Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..
TERIMA KASIH ADIK BERADIK

Kisah Si Tukang Sapu

Tazkirah : Kisah si Tukang sapu sampah by Ustaz Hanafiah Abdul Malek.
Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Badaraya Kuala Lumpur.
-mlm yg lepas kami bertemu.
-dia dtg ke rumah saya.
-dia seorang penyapu sampah tinggal dirumah Flat.
-rumah Flat di Sentul tuan²...Subhnaallah..
-apa kisah hidup dia ni?
-Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tp masih kayuh basikal.
-kawan² dia yg kerja tempat yg sama ada kereta tp dia tak nak . Dia tetap naik basikal.
-tuan² apa yg berlaku?
-kawan dia ni sentiasa Hina dia.
-Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².
-tp tuan² pd hari ini, anak 2 org Doktor & 2 org lg Arkitek.
-anak yg kerja doktor ni bg kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
-dan anak yg kerja Arkitek pula seorang bg RM 1 ribu, 2 org RM 2 ribu.
-jumlah RM 6 ribu sebulan.
-Tuan² tau tak org yg sapu sampah kdg² hati dia lebih Mulia drpd kita semua.
-lebih mulia dari saya.
-dia hanya sapu sampah...Allahuakhabar...
-tapi hati dia Mulia.
-tuan² dgn RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
-agak² lah apa yg dia buat?
-dia SEDEKAHKAN pd kawan² yg kerja sama tempat yg budak² baru ni yg ada masalah bayar sewa ruma, dia tolong sewakan.
-tolong bayar duit deposit rumah.
-cuma dia pesan, Jangan Tinggal Solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.
-tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
-satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
-org yg bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz."
-anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.
-tp dia kata : " ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz."

"Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."
-apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
-anak dia tak pernah sakit tuan².
-kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
-zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
-bab kata org cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.