Ahad, 21 Februari 2016

Konsep Rezeki


Pagi itu penjual akhabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat skali, seakan2 tidak membenarkan nya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.
Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti. Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhabar itu.
Hujan masih terus turun. Si penjual akhabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. 
Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya. Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.
+ "Assalamu 'alaikum"
- “Waalaikum salam"
+ “Bagaimana jualan akhabar tuan?"
- “Alhamdulillah, dah terjual satu.”
+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini"
- “Insya Allah adalah rezeki nya.”
+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”
- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhabar, tapi boleh banyak berdoa.”
+ “Doa?”
- “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"?
- “Bererti rezeki saya berpuasa"
+ “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhabar, walau pun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan" kata nya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan
Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk trus melakukan aktiviti jualannya. Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.
Aku termenung ... tanpa ku sedari crmin mataku menjadi gelap krana brcucuran tangis ku. Aku tersedar sendirian stlhku renungi setiap kalimat yang diucapkan oleh penjual akhabar jalanan tadi.
Ada penyesalan di dalam hati. Knapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam bnjir? Bimbang tak dpt hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?
Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT.
Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga.

Tiada ulasan: