Jadikan Pengalaman Sebagai Pengajaran.
Suatu ketika Ibnu Mas'ud memberikan wasiat kepada sahabat-sahabatnya yang berbunyi:
"Sesungguhnya kalian berada di tengah perjalanan malam dan siang, dalam usia yang selalu berkurang, dengan amal yang senantiasa diawasi, sedangkan maut senantiasa datang dengan tiba-tiba.
Barangsiapa menanam kebaikkan, nescaya ia akan menuai kebahagiaan,
Barangsiapa menanam keburukkan, maka ia akan menuai penyesalan.
Setiap orang yang menanam pasti akan menuai hasil sebagaimana yang ia tanam."
Sahabat..!
Kita adalah manusia,
Seorang pengembara,
Ajal kita tidak sepanjang angan-angan yang kita impikan.
Kita adalah manusia,
Seorang pengembara,
Ajal kita tidak sepanjang angan-angan yang kita impikan.
Perjalanan kita di dunia terlalu pendek, walaupun kadang-kadang kita rasa ia begitu selesa dan panjang.
Sebenarnya itu hanya perasaan sahaja, kerana Kematian yang menjemput kita itu merupakan Waktu yang sudah ditetapkan oleh Allah.
Allah sudah beri peluang kita hidup hingga saat ini, namun cuma kita yang sering leka.
Sahabat..!
Tanamlah kebaikkan sebelum kematian, tanamlah iman sebelum terlambat dan tuailah kebaikkan atas kebaikkan.
Perjalanan hidup ini.....!
Kalau tak menuai bahagia pasti menumpahkan luka.
Tapi tak mengapa diam saja biar saja..!
Terus menanti hingga penantian menjadi sepi.
Andai esok engkau tersungkur menyembah bumi...!
Rabalah kaki untuk terus berdiri.
Rabalah kaki untuk terus berdiri.
Lalu kau kutip ibrah-ibrah semalam untuk kau jadikan teladan..!
Lalu berdialoglah dengan-Nya
Moga-moga dibenamkan hati pada cinta dunia.
Moga-moga dibenamkan hati pada cinta dunia.
Dikisahkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
" Binasalah hamba kepada dinar dan dirham, dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan); sekiranya diberikan kepadanya ia meredhai, sekiranya tidak diberikan ia tidak meredhai."
Hadis riwayat al-Bukhari.
Ingatlah...!
Bahawa dalam alam ceritera hidup ini, akan ada satu detik.....!
Seorang demi seorang akan pergi meninggalkanmu.
Sama ada untuk sementara waktu atau buat selamanya.
TERUSKAN berjalan....!
Kerana ada satu yang akan selalu ada dengan kita tak kira susah mahupun senang.
Dialah ALLAH Azza Wa Jalla.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan