Jumaat, 26 September 2008

Perkare ajaib ttg minda kite!


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar.

Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa.

Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring.

Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja.

Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu.

Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda.

Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba.

Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur.

Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.


3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda.

Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu.

Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif.

Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah.

Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya.

Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih.

Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya.

Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri.

Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon.

Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda.

Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya.

Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia.

Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya.

Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat.

Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


Isnin, 22 September 2008

Jumaat penghulu segala hari

JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam' iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat.

Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku.

Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.

Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.

”Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah.

Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.

”Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi terlebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).

Cara bina keharmonian rumah tangga

  • Jadikan pasangan kita sebagai tempat belajar bagi menjadi baik.
  • Sentiasa bersemangat menuntut ilmu.
  • Persiapkan mental dengan kekurangan yang dimiliki pasangan kita.
  • Bersyukur atas kelebihan pasangan kita sehingga menjadi pencetus semangat untuk beribadat.
  • Bersabar atas kekurangan pasangan kita sehingga menjadi penggerak kepada amal soleh dan kekhusyukan doa.
  • Sentiasa berbincang menyelesaikan masalah.
  • Membahagikan tugas dan bekerjasama dalam urusan rumah tangga.
  • Jangan meninggalkan rumah sebelum memberitahu pasangan kita.

Tujuh golongan dapat perlindungan Allah

RASULULLAH s.a.w pernah bersabda; terdapat tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah s.w.t pada hari akhirat, apabila semua manusia dan makhluk dibangkitkan, iaitu :
  • pemerintah yang adil,
  • pemuda membesar dalam keadaan sentiasa beribadat kepada Allah.
  • Lelaki yang hatinya sentiasa ingat kemuliaan masjid,
  • dua orang lelaki yang berkasih-kasihan semata-mata kerana Allah,
  • lelaki digoda perempuan cantik lagi berkedudukan bagi melakukan kemungkaran sedangkan lelaki berkenaan menolak pujukan dan rayuan wanita berkenaan, semata-mata kerana takut azab Allah kerana melakukan perbuatan terkutuk itu.
  • Lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah dengan tangan kanannya, sedangkan tangan kiri tidak mengetahuinya dan
  • lelaki yang basah mulutnya kerana berzikir pada malam hari ditemani kesunyian, sambil memohon ampun ke hadrat Ilahi akan dosa lampau serta memohon keampunan menerusi pelbagai ibadat, termasuk zikir, munajat, tahmid, tasbih, solat dan membaca al-Quran.

"Kita semua adalah pemimpin. Seorang bapa pemimpin kepada isteri dan anak-anaknya di rumah.

Guru pemimpin kepada generasi pelajar yang bakal mewarisi kepemimpinan negara masa depan.

Pemerintah pemimpin kepada seluruh rakyat jelata.“

Setiap pemimpin dipertanggungjawabkan amanah untuk dilaksanakan bagi memastikan orang di bawah pimpinannya memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa memastikan anggota masyarakat setempat terhindar daripada ancaman moden, termasuk masalah dadah, pergaulan muda-mudi melampaui batasan, Internet dan hiburan melalaikan.

Qiyam Ramadan

RASULULLAH s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa melakukan qiyam Ramadan, sedangkan dia beriman serta mengharapkan rahmat Allah Taala, maka dia akan diampunkan dosanya yang telah lalu." (Hadis Sahih Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)

Qiyam Ramadan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah menghayati setiap malam pada bulan Ramadan dengan ibadat sunat, terutama solat sunat Tarawih.

Solat sunat Tarawih adalah solat sunat yang dikhususkan hanya pada Ramadan sebagai buah tangan yang sangat bermakna kepada umat Islam untuk merebut pahala berganda kerana ia tidak boleh dilakukan pada bulan lain, selain Ramadhan.

Perkataan 'tarawih' ialah kata jamak daripada perkataan 'tarwihah' yang bermakna berhenti rehat kerana orang yang mengerjakan solat Tarawih akan berhenti sebentar pada setiap kali mereka selesai mengerjakan empat rakaat dengan dua salam.

Solat Tarawih sunat hukumnya untuk ditunaikan lelaki dan perempuan dan ia boleh dilakukan di rumah dengan seorang diri atau berjemaah, tetapi lebih afdal dikerjakan berjemaah di masjid atau di surau.

Mengenai solat Tarawih ada hadis daripada Aisyah r.a., katanya: "Bahawa Rasulullah s.a.w, pada suatu malam (dalam bulan Ramadhan) ketika jauh malam keluar lalu solat di masjid, diikuti beberapa orang lelaki sebagai makmum.

Pada keesokan harinya terhebahlah peristiwa itu diperkatakan orang, lalu mereka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua) serta mereka bersolat bersama Baginda.

Keesokannya terhebah peristiwa itu diperkatakan orang lalu bertambah ramai orang hadir di masjid pada malam ketiga.

Rasulullah s.a.w keluar ke masjid lalu solat, diikuti oleh jemaah. Sampai malam keempat, penuh sesak masjid dengan jemaah (tetapi Baginda tidak datang) sehinggalah Baginda keluar ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh.

Selesai solat, Baginda menghadap orang ramai lalu (memulakan ucapannya dengan memuji Allah Taala dan) mengucap syahadah, kemudian Baginda (menerangkan sebabnya Baginda tidak datang ke masjid untuk mengerjakan solat Tarawih bersama), sabdanya:

"Amma ba'du, sebenarnya tidak terlindung kepada aku mengenai kedudukan kamu (sebagai orang-orang yang taat dan suka berbuat kebajikan), tetapi aku bimbang (solat Tarawih) itu akan difardukan atas kamu, maka dengan itu kamu tidak terdaya mengerjakannya."

Imam al-Zuhri, seorang perawi hadis ini berkata: "Maka wafatlah Rasulullah s.a.w sedang perkara (solat Tarawih) itu berkeadaan demikian" (tidak dikerjakan dengan berjemaah). (Hadis Sahih, Riwayat Bukhari)

Sejak itu solat Tarawih tidak dikerjakan berjemaah di masjid tetapi masing-masing mengerjakannya bersendirian, di rumah atau di masjid.

Keadaan ini berterusan sehingga zaman Saidina Umar r.a, baru solat Tarawih dikerjakan berjemaah di masjid menurut seorang imam yang dilantik Umar sendiri seperti yang diterangkan dalam hadis berikut (maksudnya):

Daripada Abdul Rahman bin Abd al-Qari, katanya: "Pada suatu malam dalam bulan Ramadan, saya mengiringi Umar bin al-Khattab ke masjid, tiba-tiba (kami) dapati orang ramai (di situ) berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan yang berasingan, ada orang yang solat seorang diri, ada pula yang solat lalu diikuti beberapa orang.

(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: "Aku fikir, kalau aku kumpulkan mereka ini semuanya berimamkan seorang imam, tentulah amalan itu amat baik."

Kemudian beliau mengambil keputusan lalu mengumpulkan mereka semuanya berimamkan Ubai bin Kaab. Selepas itu, saya mengiringi Saidina Umar pada suatu malam yang lain (pergi ke masjid), (pada ketika itu) orang ramai sedang solat berimamkan imam mereka (yang tersebut).

(Melihatkan yang demikian) Saidina Umar berkata: "Amalan ini satu perbuatan bidaah yang baik ..." (Hadis Sahih, Riwayat Bukhari)

Menurut huraian ulama, kalimah 'bidaah yang baik' disebutkan Saidina Umar ialah arahannya mengenai solat Tarawih dengan berjemaah selepas beliau menjadi khalifah.

Ini kerana ia dapat menyatupadukan umat Islam dan kerana itulah ia diterima dengan ijmak oleh sahabat Nabi s.a.w yang ada pada zamannya serta diwarisi umat Islam turun-temurun.

Mengenai bilangan rakaat solat Tarawih banyak keterangan berlainan, tetapi menurut yang dipilih dan diamalkan jumhur ulama daripada kalangan mazhab Syafie, Hanafi dan Hanbali ialah 20 rakaat berdasarkan amalan sahabat Nabi dalam zaman Saidina Umar r.a, seperti yang diterangkan dalam hadis berikut, maksudnya:

"Daripada Al-Sa'ib bin Yazid r.a, katanya: Mereka (sahabat Nabi) biasanya mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadhan - pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab, sebanyak 20 rakaat..." (Hadis riwayat Baihaqi)

Imam Baihaqi r.a, menyebutkan sebuah hadis lagi diriwayatkan Imam Malik dan Yazid bin Ruman katanya: "Biasanya orang ramai mengerjakan solat Tarawih dalam bulan Ramadhan - pada zaman Saidina Umar r.a., sebanyak 23 rakaat ..." (Hadis Mursal).

Dalam ulasannya, Imam Baihaqi berkata: Kedua-dua hadis yang tersebut (tidak bercanggah), malah boleh disatukan kerana mereka mengerjakan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat (seperti disebut dalam hadis pertama), kemudian mereka mengerjakan solat Witir tiga rakaat (seperti disebut dalam hadis kedua).

Solat Tarawih sebanyak 20 rakaat ialah pilihan mazhab Syafi'i, Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis terbabit.

Dalam mazhab Maliki, pada mulanya solat Tarawih dikerjakan sebanyak 20 rakaat juga, kemudian ditambah 16 rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat witir - yang menjadikan jumlahnya: 39 rakaat.

Tetapi menurut sesetengah ulama, solat Tarawih boleh dikerjakan sebanyak lapan dan 20 rakaat, kerana ada hadis mengenai perkara itu.

Rasulullah s.a.w mengerjakan solat Tarawih sebanyak lapan rakaat disertakan dengan tiga rakaat solat witir, manakala sahabat nabi mengerjakannya sebanyak 20 rakaat pada zaman Saidina Umar r.a.

Ada pula segolongan kecil yang terdorong membidaahkan amalan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat yang termaklum, kerana dakwa mereka, hadis yang menjadi dalilnya bukan hadis sahih.

Bagaimanapun, solat Tarawih yang sempurna dan mendapat pahala ialah solat yang dilakukan dengan tenang dan khusyuk, sempurna bacaannya dan sempurna segala-galanya sesuai dengan dasar 'ihsan' iaitu segala amal bakti hendaklah dikerjakan sebaik-baiknya.

Fadilat ayat terakhir surah al-Hasyr

AMMAR bin Yasar berkata dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ‘auzubillahis samiul alim minas syaitanirajim’ tiga kali diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”.

Alangkah bertuah apabila seseorang itu beramal dengan doa berkenaan pagi dan petang, jika dia mati pada hari itu, Allah kurniakan mati syahid pula.

Justeru, adalah lebih baik jika bangun saja daripada tidur terus berdoa atau selepas menunaikan solat Subuh ketika masih bersih daripada sebarang kekotoran dan hadas.

Selepas berdoa akan diikuti pula dengan bacaan tiga ayat terakhir dari surah al-Hasyr.Lebih afdal jika dilakukan ketika bangun mendirikan solat tahajud dan witir pada akhir malam.

Berkata Yazid bin Raqas dari Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca akhir surah al-Hasyr hingga akhirnya, apabila mati pada malam itu maka dia mati syahid”.

Jika badan terlalu letih dan amat mengantuk, bacalah doa yang ringkas seperti doa:“Ya Allah, dengan nama-Mu, aku letakkan tubuhku di tempat pembaringan dan dengan nama-Mu akan aku angkat kembali tubuhku apabila aku bangun esok.”

Makna mengingati Allah

PADA suatu Subuh, Saidina Bilal melihat Rasulullah s.a.w menangis teresak-esak. Apabila Bilal bertanya mengapakah baginda menangis, lalu Rasulullah s.a.w menjawab baginda baru saja menerima wahyu (ayat 191 hingga 195 surah Ali-Imran).

Apakah kandungan ayat berkenaan yang menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis? Dalam ayat pertama, Allah menerangkan mengenai sifat orang yang mengingati-Nya pada waktu berdiri, duduk dan berbaring.

Menurut Abdullah Yusuf Ali dalam tafsirnya, semua keadaan itu (berdiri, duduk dan berbaring) adalah simbolik untuk semua keadaan termasuk peribadi, kemasyarakatan, ekonomi dan lain-lain.

Maknanya dalam seluruh hidup kita sama ada belajar, bekerja, bergaul, berumahtangga malah apa saja, adalah dalam keadaan sentiasa mengingati Allah.

Apakah yang dimaksudkan dengan sentiasa mengingati Allah? Adakah ini bermakna kita menyebut perkataan Allah, Allah, Allah, pada setiap masa?
Sebenarnya apa yang dituntut Allah ialah supaya kita menentukan setiap perkara yang kita lakukan mestilah:
  • Untuk mencari matlamat Allah;
  • Dilaksanakan mengikut syariat Allah; dan
  • Meletakkan pengharapan kepada Allah, bukan kepada usaha kita semata-mata.

Ini bermakna kita perlu sentiasa memikirkan adakah kehidupan kita seluruhnya berada dalam keadaan seperti di atas. Adakah kita telah menjadikan seluruh hidup kita sebagai perhambaan kepada Allah dalam pengertian di atas?

Dalam ayat seterusnya Allah menyebutkan sifat mereka yang berfikir mengenai keajaiban kejadian langit dan bumi. Mereka berfikir sehingga dapat membuat kesimpulan bahawa semuanya dijadikan Allah bukan sia-sia.

Kemudian mereka berdoa supaya ‘selamatkanlah’ diri mereka daripada api neraka. Abdullah Yusuf Ali menafsirkan api adalah simbolik kepada hukuman yang pedih. Apa yang penting di sini ialah hubungan antara berfikir dengan selamat daripada api neraka.

Marilah kita bertanya diri sendiri adakah kita sudah berfikir dengan bersungguh-sungguh sehingga kita merasai akan kehebatan ciptaan Allah?

Banyak perkara yang boleh kita fikirkan, misalnya penciptaan manusia sendiri dan penciptaan unsur utama alam iaitu udara, air, tumbuhan dan haiwan. Kehebatan ciptaan Allah sepatutnya menjadikan hati kita tunduk pada kebesaran Allah.

Apabila kita tunduk pada kebesaran Allah, kita akan mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan-Nya. Kita sedar kejayaan yang sebenar ialah apabila kita selamat daripada api neraka.

Allah menyebutkan dalam ayat di atas, sesiapa yang dimasukkan ke dalam api neraka sebenarnya mendapat kehinaan. Cuba kita fikirkan mengenai kegagalan yang dialami di dunia ini.

Sekiranya kita gagal peperiksaan pun kita berasa malu dan terhina. Begitu juga dengan orang yang gagal dalam temuduga pekerjaan, berasa malu dan hina.

Apa lagi orang yang didapati bersalah dan dihukum masuk penjara, mereka akan berasa kehinaan yang lebih besar lagi. Jadi satu ciri azab akhirat ialah kehinaan.

Kita terhina di hadapan seluruh manusia, di hadapan Allah dan para malaikat-Nya. Bukankah ini merupakan sumber motivasi yang terbesar untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah dalam pengertian sebenarnya?

Dalam ayat di atas juga disebutkan, mereka berdoa sekali lagi supaya Allah tidak menghinakan mereka di akhirat. Ini menunjukkan betapa beratnya seksaan menanggung kehinaan di akhirat nanti.

Lebih berat daripada segala bentuk kehinaan di dunia. Akhirnya Allah memperkenankan permohonan mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya.

Sekali lagi, Abdullah Yusuf Ali mengatakan sungai-sungai yang mengalir di bawahnya ialah simbol kebahagiaan dan kemewahan yang tidak terhingga yang sesuai dengan keadaan masyarakat Arab pada masa itu (ketika wahyu diturunkan).

Ini kerana sungai satu nikmat yang tidak terhingga bagi masyarakat yang hidup di tengah padang pasir yang kering kontang. Oleh itu, sudah tentu kita boleh membayangkan bentuk kemewahan dan kenikmatan yang tidak terhingga itu.

Malah Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa nikmat di syurga Allah adalah sesuatu yang tidak pernah dipandang, tidak pernah didengar dan tidak pernah terlintas di hati manusia.

Itulah nikmat dan kejayaan sebenar. Apakah yang perlu kita fikirkan? Sebenarnya perkara yang disebutkan di dalam ayat di atas itulah perkara pertama yang perlu kita fikirkan. Selain itu, ada perkara lain lagi yang perlu kita fikirkan.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w pernah menceritakan mengikut apa yang tersebut di dalam kitab Nabi Ibrahim a.s yang bermaksud:

“Sewajarnya setiap yang berakal, selagi akal fikirannya tidak hilang, membahagikan masanya kepada empat waktu iaitu:

  • Waktu untuk dia bermunajat (berzikir dan berdoa) kepada Allah.
  • Waktu untuk dia bermuhasabah terhadap dirinya.
  • Waktu untuk dia berfikir mengenai ciptaan Allah.
  • Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya seperti mencari makanan dan minuman.

Adakah kita sudah memikirkan mengenai empat perkara di atas ataupun kita menumpukan pemikiran kepada aspek tertentu sahaja?

Dunia di sekeliling kita hanya memikirkan mengenai perkara yang keempat. Sekiranya kita tidak berhati-hati, suasana yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi kita sama ada kita sedar atau tidak.

Mungkin secara tidak disedari kita hanya memikirkan persoalan yang keempat sahaja. Rugilah dan malanglah kita.

Kehebatan al-Quran

FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185)

Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam.

Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan.

Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya.

Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi.

Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hari kiamat dan ia kitab yang sangat sempurna diturunkan sebagai manual kehidupan manusia di dunia, dengan tiada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal darinya.

“Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat seperti kamu.

Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Kitab al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka.” (al-An’am: 38)

Istilah penurunan ini dipanggil sebagai nuzul al-Quran yang membawa maksud amat mendalam, kerana al-Quran diturunkan dari tempat yang tinggi dan mulia iaitu Luh Mahfuz, kemudian diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara berperingkat mengikut keadaan dan keperluan semasa.

Perantara bagi penurunan al-Quran kepada Nabi s.a.w ialah Jibril. Jangka masa penurunan itu selama 23 tahun, iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

“Dan sesungguhnya al-Quran (yang di antara isinya kisah tersebut) diturunkan Allah Tuhan sekalian alam. “Ia dibawa turun malaikat Jibril yang amanah.

Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang daripada pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.” (asy-Syuarak:192-195)

Ayat al-Quran yang mula diturunkan Allah kepada baginda melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah al-‘Alaq.

Nabi s.a.w sentiasa dikunjungi Jibril pada Ramadhan, seperti dijelaskan dalam hadis di bawah: “Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi Jibril a.s.

Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada baginda. Sesungguhnya baginda bersifat pemurah dengan segera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Quran sebenar-benar wahyu yang diturunkan Allah dan ia bukan suatu rekaan Nabi Muhammad s.a.w seperti didakwa musuh yang sentiasa mencemburui Islam dan umatnya dari dulu hingga kini.

Dakwaan itu nyata tidak benar sama sekali kerana gaya dan seni keindahan al-Quran tidak mampu direka atau ditandingi daya intelektual manusia.

Allah ada mencabar manusia, malah jin menandingi kehebatan al-Quran, sekiranya mereka mampu berbuat demikian, tetapi mereka tidak mampu.

“Katakanlah: Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu.” (al-Isra:88)

Al-Quran bukan hanya sebuah kitab, tetapi menjadi petunjuk (hidayah) kepada manusia, memberikan rahmat, syifa (penyembuh kepada penyakit), nur (cahaya yang menerangi), furqan (pembeza di antara hak dan batil), az-zikr (memberi peringatan) dan memberi penjelasan bagi manusia.

Ia wajar dibaca dan ditatap lebih kerap, malah diperhalusi dan dikaji bagi mendapatkan sari pati kandungannya untuk manfaat seisi alam.

Pada Ramadhan, umat Islam sangat digalakkan membaca al-Quran kerana ganjaran pahala yang berganda. Nabi s.a.w sendiri gemar membaca al-Quran pada Ramadhan.

Daripada Aisyah r.a katanya: “Rasulullah (saw) memperbanyakkan amalan apabila sampai hari ke-10 terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (solat sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya).

Baginda menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kitab suci ini amat penting bagi memandu kehidupan manusia.

Walaupun manusia dilengkapi akal dan pancaindera yang lima, tetapi manusia tidak dapat memikirkan kebenaran tauhid, perkara ghaib dan hakikat di luar daerah kemampuannya.

Imam al-Ghazali menegaskan, sesungguhnya akal itu tidak dapat memberi hukum ke atas sesuatu perkara melainkan perkara itu mempunyai dua sifat, masa dan tempat.

Akal akan bertanya ‘bila’ dan ‘di mana’. Selagi dua soalan itu tidak terjawab, akal tidak mengakui kewujudannya.

Oleh itu, akal semata-mata dengan capaian yang cukup terbatas tidak dapat menerima kewujudan Allah, tidak mempercayai sifat Allah serta tidak mengakui qada dan qadar kerana akal itu terhad sifatnya dan kewujudan Allah itu tidak bersifat tempat dan masa.

Justeru, ada manusia mengambil jalan falsafah mencari tuhan, sehingga mencipta teori sendiri dalam soal ketuhanan, namun pegangan ini tidak sama antara satu sama lain.

Di sini sudah nampak manusia memerlukan satu petunjuk yang boleh menunjukkan jalan kepada manusia mengenai hakikat ketuhanan sebenarnya.

Petunjuk itu ialah agama Islam sebagai agama benar lagi lurus. Agama Kristian dan Yahudi tidak boleh menjadi petunjuk kepada manusia kerana kedua-duanya diselewengkan penganutnya.

Dalam persoalan ketuhanan, Islam yang unggul dan ajaran Islam datangnya dari al-Quran. Al-Quran yang memberi petunjuk kepada manusia untuk menunjuk jalan kebenaran.

“Kitab al-Quran ini, tiada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (Ini sebagaimana ditegaskan pada ayat 2, surah al-Baqarah.

Al-Quran tenangkan jiwa, hilang tekanan

ORANG cemerlang ialah orang yang berjaya menguruskan kehidupannya dengan baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi tekanan dengan tabah.

Malah, bagi golongan ini kesilapan dijadikan iktibar, manakala kegagalan dipandang positif sebagai pendorong mencapai kejayaan.

Tetapi bagi sesetengah pihak, rintangan dan tekanan hidup dianggap masalah yang tidak berkesudahan, menyebabkan semakin difikirkan bertambah kusut fikirannya.

Bahkan, sekiranya tekanan dan masalah itu tidak ditangani dengan baik akan memberikan kesan lebih buruk.

Bagi orang Islam, sejauh mana seseorang itu mampu bertahan dengan tekanan, selagi itulah ganjaran pahala yang diperolehnya. Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati.

Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.

Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.

Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan, iaitu:

  • Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.
  • Banyak bertaubat dan istighfar. Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.
  • Mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Contohnya tidak meninggalkan solat wajib, malah turut melakukan solat sunat dan selalu mengingati Allah dalam setiap ketika.
  • Bersedekah. Harta menyebabkan jiwa tertekan dan memberi sedekah itu kerana Allah dapat memberikan ketenangan. Sedekah lebih bermakna ketika seseorang itu berasa sangat sayang (bakhil) terhadap hartanya. Orang yang bakhil sentiasa disempitkan hati dan akhlaknya oleh Allah kerna mereka berkira dengan kurniaan Allah.
  • Bijak mengurus. Seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada. Bahkan Allah mengingatkan kita mengenai beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita, Kita diajar supaya berdoa daripada kerja berlebihan yang tidak mampu ditanggung.
  • Bersangka baik kepada Allah. Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.
  • Tawakal, iaitu berserah diri kepada Allah. Menyerah sesuatu perkara itu kepada Allah selepas berusaha sedaya upaya adalah sikap yang sangat baik. Seseorang itu harus menyedari Allah yang mengurniakan rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang sihat bagi hamba-Nya berusaha meneruskan hidup di dunia ini.

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W

ERTI Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam waktu yang singkat.

Erti Mikraj ialah perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan selanjutnya sampai ke Sidratul Muntaha, yakni dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan yang bertingkat, terus menuju Baitul Makmur dan ke Sidratul Muntaha, ke Arasy untuk menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum nabi hijrah. Ketika itu nabi sedang tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah yang diapit oleh dua orang saudaranya bernama Jaafar bin Abi Talib dan Hamzah bin Abu Talib.

Dengan tiba-tiba, datanglah malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya dan dibasuh dengan air zam-zam, lalu diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali.
  • Pada langit pertama, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Adam a.s.
  • Pada langit kedua, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Isa a.s.
  • Pada langit ketiga, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s.
  • Pada langit keempat, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s.
  • Pada langit kelima, Nabi s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s.
  • Pada langit keenam, Nabi bertemu dengan Nabi Musa a.s.
  • Pada langit ketujuh, Nabi bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s.

Di langit ketujuh ini Nabi juga diperlihatkan alam ghaib malaikat yang setiap harinya tidak kurang daripada 70,000 malaikat keluar masuk.

Ada keterangan lain menerangkan, Baitul Makmur itu adalah sebuah masjid di langit, yang letaknya setentang searah dengan Kaabah.

Sampai di langit ketujuh ini Nabi terus dibawa ke langit yang lebih atas lagi dengan nama Sidratul Muntaha dan terus ke Mustawa.

Di sini Nabi diperlihatkan Sidrah dan gerak geri qalam dalam menulis. Juga Nabi diperlihatkan bentuk malaikat Jibril dalam bentuk yang sebenarnya.

Selepas Nabi melalui pengalaman mengelilingi planet di ruang angkasa dibukalah hijab atau tabir yang menutupi penglihatan baginda untuk memperkukuhkan iman.

Baginda kemudian berhadapan dan menerima wahyu solat lima waktu yang sebelumnya melalui proses perjuangan pergi balik atas usul Nabi Musa a.s.

Selepas berjaya Rasulullah s.a.w kembali lagi ke Masjidil Haram Makkah dengan selamat dan bersyukur kepada Allah.

Dalam perjalanan Israk dan Mikraj, Nabi s.a.w diperlihatkan dengan bermacam-macam gambaran sebagai ibadat yang mungkin bermanfaat bagi umat atau generasi berikutnya.

Perjalanan agung Israk dan Mikraj

“MAHA Suci Allah yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (al-Isra’:1)

Peristiwa Israk dan Mikraj biarpun di luar pencapaian pancaindera manusia biasa, tetap diabadikan dalam al-Quran, dengan hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

Justeru, umat Islam berkewajipan mempercayai, malah mengimani peristiwa itu. Ulama mencapai kata sepakat orang Islam yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa itu dihukum kafir.

Daripada riwayat, menceritakan beberapa liku kejadian dialami Rasulullah s.a.w, tidak kurang dengan kejadian aneh yang bermula dari awal.Nabi s.a.w mengalami pembedahan dada, hati baginda dicuci dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam (‘alaqah), kemudian dadanya dijahit kembali dan dimeterikan dengan ‘khatimin nubuwwah’.

Selesai pembedahan, didatangkan haiwan iaitu buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan ‘israk’ dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.

Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan ruang cahaya, iaitu perdetik dapat menempuh jarak kira-kira 300,000 kilometer.

Oleh itu, kecepatan buraq sekejap mata di antara Makkah sampai ke Palestin. Tiba di tempat tertentu Rasulullah s.a.w diarah Jibril berhenti dan bersolat dua rakaat seperti di Thaibah (Madinah), tempat baginda akan melakukan hijrah, Bukit Tursina (tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu) dan Baitul Laham (tempat Nabi Isa a.s. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda mengalami beberapa kejadian seperti gangguan jin Ifrit dan menyaksikan golongan yang sedang bertanam, terus menuaikan hasil tanaman.

Baginda juga menyaksikan tempat yang berbau harum iaitu bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firaun) bersama suami dan anaknya yang dibunuh Firaun, segolongan sedang memecahkan kepala, golongan yang menutup kemaluan mereka dengan secebis kain serta lelaki dan perempuan makan daging mentah berbau busuk.

Ketika Mikraj (ke Hadhratul Qudus menemui Allah) baginda didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah dan Jibril naik ke tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda dinaikkan ke beberapa lapisan langit bertemu dengan kalangan nabi dan rasul termasuk Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi beberapa kaumnya.

Nabi s.a.w juga bermunajat dengan Allah dan dalam munajat itu baginda menerima perintah melakukan solat 50 waktu sehari semalam yang kemudian dipendekkan kepada lima waktu saja.

Kini selepas kewafatan Rasulullah s.a.w peristiwa Israk dan Mikraj dikenang umat Islam, malah pada penghujung Rejab sempena tarikh peristiwa terbabit diadakan acara memperingati melalui ceramah berkaitan peristiwa itu.

Di sesetengah negeri diadakan cuti umum Israk dan Mikraj sebagai penghormatan kepada peristiwa bersejarah yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Usaha itu memberi kebaikan kerana mengingatkan umat Islam, terutama generasi muda sejarah Islam seperti Israk dan Mikraj.

Sekurang-kurangnya ia membangkitkan roh dan syiar keislaman, apatah lagi manusia mudah alpa mutakhir ini.

Tetapi bagaimana, jika ada pihak yang tampil mendakwa meraikan peristiwa bersejarah seperti Israk dan Mikraj adalah suatu bentuk baru yang diada-adakan (bidaah) yang bertentangan seperti juga sambutan Maulid Nabi?

Pengumpulan al-Quran adalah satu benda baru, berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah, iaitu ketika ramai huffaz mati dalam peperangan Yamamah, lalu Saidina Umar mencadangkan kepada beliau menghimpunkan al-Quran kerana bimbang akan kehilangannya dengan sebab kematian huffaz dan qurra’.

Tetapi Saidina Abu Bakar pada mulanya ragu-ragu kerana Nabi s.a.w tidak pernah melakukannya dan takut seandainya berlaku perubahan ayat atau pertukaran ayat al-Quran.

Selepas dibincang dengan teliti, atas alasan maslahah dan menyedari ia adalah satu wasilah yang paling agung untuk memudahkan menghafaznya serta mengelakkan daripada hilang dan luput, Saidina AbuBakar bersetuju dengan usaha pengumpulan ayat al-Quran itu.

Dipanggil beberapa huffaz dan penulis wahyu zaman Nabi s.a.w yang masih hidup antaranya Zaid bin Thabit bagi meneruskan usaha penulisan al-Quran.

Al-Quran kemudian ditulis Zaid hasil pengumpulan daripada lembaran yang ada dan akhirnya diikat kemas, tersusun turutan ayatnya sebagaimana ditetapkan Rasulullah s.a.w.

Mashaf ini kemudian diserahkan kepada Saidina Abu Bakar. Selepas kewafatannya, diserahkan pula kepada Saidina Umar al-Khattab.

Selepas beliau wafat, mashaf itu dipindahkan ke rumah Hafsah, isteri Rasulullah s.a.w yang juga anak Saidina Umar sehingga ke saat pengumpulan dan penyusunan al-Quran pada zaman Khalifah Uthman.

Apabila berlaku pertentangan dari sudut bacaan ayat al-Quran, ia akhirnya memaksa kepada tindakan Khalifah Uthman untuk membukukan al-Quran.

Jadi dibentuk satu jawatankuasa penyelaras dalam usaha membukukannya, sehingga akhirnya terhasil apa yang dinamakan Mashaf Uthmani dan mashaf itu bertebaran ke seluruh dunia menjadi panduan umat Islam hingga hari ini.

Dr Sano menegaskan, Nabi s.a.w dilaporkan bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baik, dia akan diberikan ganjaran kerananya dan ganjarannya berdasarkan apa yang diadakannya.

Demikian juga kepada sesiapa yang mengadakan sesuatu yang buruk dia akan dibalas dengan dosa dan dosanya bergantung pada perkara terbabit.

Wuduk, solat hapuskan dosa

IBNU Abbas meriwayatkan, ketika Saidina Ali mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengenai hafalan al-Qurannya yang semakin hilang daripada dadanya, baginda mengarahkan Ali mengerjakan solat empat rakaat.

Seterusnya mengucapkan alhamdulillah serta memuji-Nya, berselawat ke atas baginda dan seluruh nabi, memohon keampunan untuk semua orang beriman lelaki dan wanita dan akhir sekali berdoa kepada Allah.

Uthman bin Hunaif menceritakan kisah seorang lelaki buta datang bertemu Rasulullah s.a.w, katanya: “Wahai Rasulullah! Tolonglah berdoa untukku agar dikembalikan penglihatan mataku ini.”

Jawab baginda: “Kalau engkau mahu, aku boleh doakan agar sembuh dan kalau kau mahu, engkau bersabar dan aku tidak perlu doakan, yang ini lebih baik bagimu (bersabar).”

Kata lelaki itu lagi: “Wahai Rasulullah! Doakanlah wahai Rasulullah.”

Sabda baginda: “Kalau begitu pergilah berwuduk, kemudian kerjakanlah solat dua rakaat. Seterusnya berdoalah, wahai Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan berkat Nabi-Mu Muhammad s.a.w, nabi pembawa rahmat. Wahai Muhammad! Aku menghadap kepada Tuhanku dengan harapan Dia akan menunaikan permintaanku.
Wahai Tuhanku, berilah syafaat kepadanya untuk diriku.”

Kemudian, beliau kembali ke rumahnya dalam keadaan penglihatannya sudah pulih seperti biasa. Sebenarnya, solat fardhu juga boleh menjadi penyebab kepada pengampunan dosa dan penerimaan doa.

Abu Umamah r.a meriwayatkan, seorang lelaki datang berjumpa Nabi s.a.w, lalu meminta baginda menjatuhkan hukuman ke atas dosa yang dilakukannya.

Nabi s.a.w hanya mendiamkan diri. Hamba Allah ini memberitahu Nabi s.a.w sebanyak tiga kali. Akhirnya Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Bukankah kamu sudah menyempurnakan wudukmu kemudian bersolat berjemaah bersama kami?

Sesungguhnya Allah sudah mengampunkan dosamu.”Hadis ini menunjukkan keampunan boleh berlaku dengan dua cara, iaitu berwuduk dan solat. Kelebihan berwuduk ialah menggugurkan dosa kecil yang dilakukan oleh anggota wuduk.

Justeru, selepas berwuduk, seseorang itu lebih hampir kepada Allah. Seterusnya wuduk itu pula diikuti dengan ibadat yang besar dalam Islam iaitu solat.

Solat mengandungi pelbagai unsur doa kerana solat itu sendiri bererti doa. Seorang yang mengerjakan solat, sedang bermunajat dengan Tuhannya.

Orang yang mengerjakan solat juga menyatakan ikrar yang agung seperti terkandung dalam surah al-Fatihah, bermaksud: “Hanya kepada Engkau kami abdikan diri dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.”

Selepas berwuduk dan mengerjakan solat, seseorang itu berada dalam keadaan amat hampir kepada Allah. Justeru, itulah waktu terbaik untuk memohon kepada Allah.

Tips

  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir dan berdo'a.

  • Untuk menghilangkan stress, cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana Engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR> Ahmad).

  • Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

  • Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

  • Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah

*16 Kategori Manusia Yang Tidak Dapat Menatap Wajah Allah*

SALAH SATU NIKMAT YANG PALING BESAR YANG DIKECAPI OLEH PENDUDUKSYURGA IALAH MEREKA DAPAT MELIHAT DAN MENATAP WAJAH ALLAH AZZAWAJALLA. ALLAH BERFIRMAN DALAM SURAH AL QIAMAH AYAT 22-25

*Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.*

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah.


Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :

1) ORANG YANG MENJUAL JANJI SETIANYA DENGAN ALLAH DENGAN HARGA YANG TIDAK SEBERAPA DARIPADA HABUAN DUNIAWI YANG FANAINI.(ORANG BERSUMPAH PALSU)

Allah berfirman : Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


2) PEMERINTAH YANG MENJAUHKAN DIRI DARI SUKA DUKA RAKYAT, TIDAK PEDULI KEPADA PENDERITAAN MEREKA DAN TIDAK KASIHAN TERHADAP KEMISKINAN DAN KEPERITAN HIDUP YANG DIHADAPI OLEH MEREKA

Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :"Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggungjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut."
- Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.


3) Orang Tua yang Berzina

Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:"Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda).

Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ):
(i) Orang tua yang berzina,
(ii) Pemerintah yang suka berdusta dan
(iii) Fakir miskin yang takabbur." - Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.


4) Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)

5) Orang miskin yang takabbur

6) Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.

Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: *..orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum).

Sehingga Allah bersabda :Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu,persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.


7) PEMBAI'AH DAN PENGUNDI PEMIMPIN KERANA KEBENDAAN

Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda - "Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak.

Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa). Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih.

Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum "Ibnu al Sabil" para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ).

Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.

Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya.

Ketiga; orang membai'ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan).

Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar)." (Hadith Muttafaqun 'alaihi)


8) PENDERHAKA IBU BAPA

Rasulullah bersabda: Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak:

(i) Penderhaka kepada dua ibu bapanya,
(ii) Wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan
(iii) Golongan orang Daiyuth. - Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii


9) WANITA YANG BERLAGAK SEPERTI LELAKI (TOMBOY)

10) ORANG LELAKI YANG DAYYUTH

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu danmarah.

Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.


11) PENGAMAL BUDAYA KAUM LUTH

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi


12) PENGAMAL SEKS ABNORMAL

Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang.


13) "Al-Mannan"

atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahu pun perempuan. Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih.

Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata AbuZar) aku pun menambah, malang, kecewa dan rugilah mereka; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?

Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah(palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya (kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan). - Hadith di takhrijkan oleh Muslim


14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh

"Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri."


15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong

Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat & penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.


16) ISTERI YANG TIDAK BERTERIMA KASIH TERHADAP SUAMI

Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: "Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu."

Jangan...!!

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
Nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa,
kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia,
kalau memang kita bersalah.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Otak dan Zikir

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.

Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.

Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.

Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.

Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.

Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Dua malaikat dan sayangnya Allah pada hambaNya..

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, 'Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.

Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan.

Katanya, 'Apakah yang harus aku catit?'

Kata malaikat di sebelah kanan, 'Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.

Malaikat yang di kiri bertanya lagi, 'Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?'

Jawab malaikat kanan, 'Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.

Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.'

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, 'Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.'

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Khamis, 18 September 2008

Rasullullah - Romantik

Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW bersama isterinya.

Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapan baginda lalu bertanya "siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi".

Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian." Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain.

Lalu suatu hari hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".

Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.

Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda kesyurga."Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman..." aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'Alamin

Selasa, 9 September 2008

Langkah Bestari Suami Mithali

Oleh Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok danbahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardhu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka. Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar, memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi pengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah, suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang,waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin dipejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok, bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Amin ...