Khamis, 22 September 2011
Sepuluh Saat Yang Bodoh
Bila seorang MeiMei membunuh diri kerana seorang lelaki, ceritanya tamat di situ. Tapi penceritaannya bermusim panjangnya.
Bersusah payah ibu dan ayahnya menjaga dari kecil hingga dewasa. Bangga dengan kecomelan dan keputusan peperiksaan yang cemerlang, hanya untuk ditamatkan riwayat sepuluh saat.
Terjun dari tingkap apartmentnya. Dengan satu keputusan bodoh yang dilakukannya, memenatkan dan membazir masa dan emosi yang masih hidup.
Apabila Sugumaran, seorang akauntan melakukan pecah amanah dan dipenjara, maka seakan sia2 pendidikan yang diberi oleh ibubapanya…
Enam tahun di sekolah rendah, lima tahun di sekolah menengah, lagi enam tahun ketika mengambil ijazah. Satu kesalahan cukup untuk memberitahu kepada umum bahawa segalanya sia2.
Sepuluh saat antara hukuman dibacakan hakim hingga saat gavel dihentak. Siapa membaca kisahnya di akhbar, mencemuhnya.
Dan apabila Johan, seorang pemandu bas tertidur untuk sepuluh saat sewaktu memandu dan menyebabkan kematian berpuluh nyawa, habislah riwayat kerjayanya.
Kecuaian yang mengorbankan nyawa dan juga ikhtiar hidupnya. Putusnya nafkah untuk isteri dan anaknya. Hilang tempat bergantung. Kehidupan perlu diteruskan juga. Dengan hinaan, cacian dan umpatan di sel yang dikhususkan.
Kadangkala kita ini tidak berfikir panjang. Selalunya tidak berfikir. Tiada manusia yang motivasinya positif setiap saat. Akan ada sepuluh saat yang hitam dalam hidup. Adakah kita bersedia untuk masa yang akan tiba itu???
Yang penting, selalu ingat bahawa kita ada pencipta. Kita tidak dicipta untuk membunuh diri.
Jangan buat keputusan bodoh. Sayangi diri anda. Paling kurang, sayangilah ibubapa yang membesarkan anda. Sebelum membuat keputusan yang bodoh, bayangkan apa kata ibubapa anda jika terkantoi melakukannya.
Rugi hidup ini jika tidak pandai membeza halal haram, betul salah. Dalam masa yang sama jangan cuai dalam bekerja.
Sepuluh saat . Hidup ini lebih besar maknanya dari “sepuluh saat yang bodoh” itu….
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan