Selasa, 10 Mac 2015

Usah Bersedih


1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
 
3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.
 
4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.
 
5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dgn sempurna.
 
6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...
 
7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.
 
8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.
 
9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat...
 
SubhanAllah... MasyaAllah.. Allahuakbar!,
 
Cantiknya 'ibrah (pengajaran/pedoman) al-Quran yg dikisahkan oleh Allah sendiri sebagai satu tarbiyah buat kita manusia khalifahNya (pemegang amanah yg bertangungjawab menjaga agama dan bumi Allah)

 

Tiada ulasan: