• Solat apabila ditunaikan dengan baik, sempurna dan tertib dapat mengusir sifat takabur, melenyapkan sifat ujub dan menghilangkan rasa ghurur atau terpedaya dengan perasaan hati sendiri.
• Solat yang ditunaikan dengan tertib dan sempurna juga dapat menghapuskan kemahuan dan keinginan untuk melakukan semua kemungkaran dan segala kekejian dan kejahatan.
• Solat yang sempurna dapat menimbulkan edaran (spiral growth) yang terbesar untuk mensucikan jiwa serta menumbuhkan akhlak yang luhur.
• Kekhusyukan itu adalah tanda2 orang2 yang berbahagia
• Hilangnya kekhusyukan bererti rosak dan hancurnya kesucian hati dan runtuhnya kemuliaan yang terdapat pada diri.
• Hilangnya kekhusyukan itu adalah alamat lenyapnya kehidupan dalam kalbu
• Apabila kamu telah meraih ilmu kekhusyukan maka jangan sekali ditinggalkan
• “Solat itu hanyalah yang ada padanya ketenangan hati dan kerendahan diri” – Hadis
• Maksud yang terpenting dalam solat ialah munajat kepada Allah atau bercakap2 secara langsung berhadap-hadapan denganNya.
• Kesempurnaan batin dalam menunaikan solat: Hadir hati, Memahami makna, Mengagungkan, Segan sebab takut, Mengharap dan ada perasaan malu.
• Hadir hati ialah mengosongkan hati dari segala sesuatu yang bukan sepatutnya atau berangan-angan yang tidak perlu.
• Hadir hati bermaksud jangan membiarkan fikiran berputar ke sana ke mari kecuali ke HadiratNya sahaja.
• Membawa fikiran kepada apa yang dijunjung tinggi tanpa terlupa dan dilalaikan oleh hal2 yang lain
• Raja’ ialah megharapkan keredaanNya serta pahala yang akan diperolehi di akhirat nanti.
• Haya’ ialah adanya perasaan kurang berhati-hati atau kurang perhatian dalam sst perkara kemudian mempunyai sangkaan kuat bahawa ia berdosa kerana melakukannya.
• Sifat hati ialah ia akan mengikut himmah/cita2 yang tinggi
• Kehadiran hati akan muncul dengan sendiri bila anda memiliki himmah yang keras
• Cara mendapatkan tafahum ialah dengan cara menerima semua pemikiran yang mengarah ke arah pemahaman tersebut.
• Ta’zim mengetahui dengan penuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Agung dan mengingat bahawa diri sendiri amat hina dan rendah darjatnya.
• Haibah yang disertai dengan takut timbul dari kemakrifatan mengenai qudrat dan kekuasaan Allah yang dapat memerintahkan apa sahaja yang dikehendaki olehNya.
• Raja’- mengharap ialah memakrifati kehalusan kehendak Allah serta kemuliaanNya dan mengingati bahawa Allah maha Benar dalam segala janjinya.
• Haya’-malu kerana adanya perasaan kurang berhati-hati dalam masalah ibadat. Ia dapat diperkuatkan dengan bermakrifat mengenai cela dan aibnya diri sendiri, kurang keikhlasan serta batin dirasakan amat kotor dan hatinya lebih condong untuk mendapatkan bahagian yang kosong yakni memperoleh harta dunia sebanyak2 dengan cara mencari yang tidak dibenarkan dan diredai oleh Allah.
• Setiap orang yang mengaku mukmin hendaklah memaha-agungkan Allah, takut kepadaNya, mengharap pahala besar daripadaNya, merasa malu sebab kurang hati-hati dalam melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya.
• Cara untuk menghadirkan hati ialah dengan menolak gangguan2 sebelum ianya datang dan memutuskan sebab2 timbulnya godaan.
• Pejamkan mata kamu dari segala macam hal yang berkeliaran di sekitarn, atau solat ditempat yang gelap, atau dekat dengan dinding, tempat yang sempit di rumah.
• Kamu hendaklah mengosongkan hati sanubari sebelum bertakbir.
• Apabila mendengar azan hadirkanlah hati kamu dan bayangkanlah bagaimana dahsyat dan sengsaranya seluruh umat manusia termasuk anda di dalamnya pada hari kiamat kemudian bergegas-gegas mendatangi tempat solat.
• Adab batiniah dalam menutup aurat ialah memerintahkan jiwa anda menutupi noda dan aib yang memalukan sejak di dunia sampai di akhirat.
• Penawar untuk mengubati aib dan noda yang memalukan itu ialah dengan rasa menyesali diri sendiri, merasa malu dan takut. Hendaklah merasakan diri kamu sangat hina dan rendah, sedang hati kamu berdiam dengan tenang di bawah naungan sikap yang memalukan tadi.
• Bayangkan kamu ibarat seorang hamba yang sedang bersalah serta mengakui kesalahannya akhirnya sedar dan kembali ke tempat tuannya sambil menundukkan kepala sebab malu dan ketakutan pada hukuman yang bakal diterima.
• Adab batiniah dalam menghadap kiblat ialah dengan menghadap hati kepada Allah dengan meninggalkan penglihatan kepada hal2 selainNya. Ini dapat terlaksana apabila hati sudah dikosongkan dari segala macam pemikiran dan angan2 yang tidak ada sangkut-paut dengan apa yang dilakukannya.
• Semasa i’tidal hendaklah kepala yang paling tinggi kedudukannya dari anggota badan yang lain itu direndahkan, kelihatan tunduk sebagai kiadan merendahkan diri. Peringatkan hati kamu supaya terus menrus merendah dan merasa hina.
• Apa yang perlu diingat pada masa itu ialah betapa besarnya penderitaan yang akan kamu hadapi semasa berhadapan dengan Allah nanti di hari akhirat.

Rukjukan : Bimbingan Mukmin Imam Ghazali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan