Khamis, 14 Ogos 2008
Solat Akhir Waktu
Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea. Jika berpuasa amalan kita direct terus padaNya. Tapi Jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya
Kisahnya..
Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi untuk sampaikan amalan kita. Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit di mana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga jika sembahyang di awal waktu tolnya "free"Sekatan tol tiada tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk dinilaikan
Tapi...
Jika sembahyang di akhir waktu, tol free juga.
Tapi sekatannya MasyaAllah.
Di langit pertama, penjaga tol marahkan posmen kita. Kenapa lewat poskan amalan kita. Merayu-rayu posmen malaikat kita minta diberi laluan
Tetapi ..
Penjaga langit pertama tidak heran. Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi Maka...Jatuh berderai....
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita satu persatu dikutip sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua langit kedua, Samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan.
Merayu lagi kawan kita tak dipedulinya. Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita.
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan Dilangit ketiga,
La....Kena basuh lagi malaikat posmen kita...
Kenapa lewat hantar amalan tersebut...Tiada kompromi. Terus dibaling amalan kita. Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai ........
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka ............ Bersedialah kita menerima pembalasannya tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa Ish....
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai. Dahlah tu, tak de nilai, kena azab lagi nanti
Ya Allah ...
Ampunkan kami
Kerana lalai kepada suruhan MU
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami suka sembahyang di awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat lagi di hari akhirat kelak.
Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan