Rabu, 13 Ogos 2008

Iman dan Malu


Iman dan malu,
Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan,
Iaitu satu dalam dua, dua dalam satu,

Kalau rosak yang satu, rosaklah yang satu lagi,
Dengan kata-kata yang lain,
Satu sama lain perlu memerlukan,

Kalau tidak ada malu,
Iman pun hilang,
Kalau tidak ada iman, malu pun hilang,

Ini bermaksud:
Kalau seseorang itu pemalu,
Tanda ia ada iman,

Kalau seseorang itu ada iman ia jadi pemalu,
Jadi iman dan pemalu tidak dapat dipisahkan satu sama lain,

Kalau seseorang itu tidak pemalu,
Menunjukkan dia kehilangan iman,
Kalau dia tidak beriman, pemalu pun hilang,

Sekarang ini lumrah umat Islam kehilangan malu,
Menunjukkan kehilangan iman,
Malu itu berbagai-bagai bentuk,
Dia banyak berlaku kepada banyak orang,
Mengikut kedudukan, status dan jantina
Lelaki atau perempuan,

Lumrah berlaku di dalam pergaulan
Isteri memburukan suaminya kerana curang,
Dan suami menceritakan kepada orang,
Kerana buruk perangai isterinya,

Seperti di rumah dia garang dan pemberang,
Ada orang bercakap dengan siapa pun
Memuji-muji, mengangkat-angkat diri
Padahal itu memalukan,

Orang yang mendengar tentu tidak senang,
Setengah orang dia membuat maksiat dan kemungkaran
Bangga dicakapkan kepada orang,
Seperti dia berzina, dibual-bualkan,

Dia jatuh hati kepada perempuan sedangkan isteri orang
Kadang-kadang seorang itu perhubungan dengan suaminya
Diceritakan kepada orang
Bahkan dia bertanya pula suami awak macam mana pula?

Setengah orang kejahatan ibu bapa dicakapkan kepada orang dengan bangganya,
Seolah-olah dia bercerita hiburan
Kadang-kadang seseorang itu,
Buruk kawannya diceritakan kepada orang
Padahal kawannya baik,

Setiap hari berkawan
Setengah orang itu mendedahkan aurat di depan orang
Padahal sikap itu memalukan
Setengah orang itu bergaul bebas lelaki perempuan tanpa batas
Sedangkan itu dilarang Tuhan

Setengah orang berpegangan lelaki perempuan di khalayak ramai
Padahal itu memalukan dan mengaibkan
Setengah orang itu tanpa malu-malu dan segan
Bercumbu-cumbuan lelaki dan perempuan di khalayak ramai
Sedangkan itu perangai binatang

Kalau orang ada iman, malu nak melakukan
Bahkan berpegang-pegang tangan suami isteri
Di khalayak ramai pun tidak sopan

Orang yang malu lagi beriman tidak sanggup melakukan
Jadi kalau kita lihat masyarakat Islam
Rata-rata malu sudah hilang

Menunjukkan orang-orang Islam sudah kehilangan iman
Islam tanpa iman
Kerana itulah umat Islam sudah tidak ada kekuatan
Kerana iman itu teras kepada umat Islam
Yang kata-kata lain
Imanlah yang menjadi kekuatan

Tiada ulasan: