Khamis, 14 Ogos 2008

Tazkira - Wanita


Wanita dan Rumahtangga Sebelum Islam


1. Zaman Fir'aun.

Wanita di zaman Fir'aun berbeza masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman ini mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima melebih lelaki.

Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna dari kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut - memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja dan pembesar pula, mereka mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada isteri2. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita.


2. Zaman Yunani.

Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang perhiasan yang boleh dijualbeli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan yang jahat dan kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya keatas isteri.


3. Zaman Romawi.

Zaman ini lebih teruk sari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu undang-undang menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan di hari akhirat.

Selain dari itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa malah kadangkala dilarang berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman mereka melebihi batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh isteri. Undang2 ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan menyerahkan isteri kepada orang lain.


4. Negeri China.

Pada zaman dahulu hingga abad ke 15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan bersama suami yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh bangsa Skandinavia pada abad-abad pertengahan.


5. Negeri India.

Pada pertengahan abad ke 20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir setelah suami meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita.


6. Farsi.

Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai pangkal kejahatan dan kemurkaan dewa.

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa dua abad sebelum Islam, di Perancis sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah wanita itu haiwan atau syaitan?

Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan kaum wanita dari kezaliman.


Rumahtangga Mithali


Rasulullah SAW telah bersabda,

"Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya. Perasaan sayang adalah sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya" (diriwayatkan oleh Ibnu Abbas)

Perasan saling mencintai akan menjadikan pasangan suami/isteri seolah-oleh satu jiwa. Ia merupakan penawar segala-galanya. Perasaan ini akan mengalirkan rasa kebahagiaan hingga ujudlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah "Baiti Jannati" (Rumahku Syurgaku).


Perhatian Suami Teladan Terhadap Isteri Tercinta

Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat manusia ke darjat yang tinggi. Cinta merupakan motivasi dalam diri bagi diri manusia yang akan mendorong manusia untuk melakukan kebajian. Ianya juaga boleh diujudkan dengan cara:

1. Menghargai pendapat isteri
2. Sentiasa mendidik isteri


Bimbingan Untuk Kebahagian Hidup

Bimbingan ini mestilah berlandaskan Islam dan cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.


Kasih Sayang Suami Mithali

Rasulullah merupakan seorang hamba Allah yang pengasih dan penyayang dimana baginda mengamalkan:

1. Kasih sayang terhadap kaum muslimin
2. Kasih sayang terhadap orang-orang musyrik
3. Kasih sayang terhadap kanak-kanak
4. Kasih sayang terhadap hamba
5. Kasih sayang terhadap haiwan


Tiada ulasan: