Dalam ajaran Islam ada disebutkan berkat. Bila kita bercakap tentang berkat ini, ia adalah sangat tersirat. Padahal berkat ini orang kampung pun sebut, ‘Kita nak berkat’, ‘Itu tak berkat.’ Tapi untuk tahu apa itu berkat, atas dasar ilmu susah dijawab.
Firman Allah :" Tabarakallazi biyadihil mulku wa hua 'ala kulli syain qadir "(Al Mulk:1)
Ayat ini ada hubungan dengan berkat.
Huraiannya : “Maha berkat Tuhan pada tangannya ada kerajaan sedangkan Dia Tuhan yang atas segala sesuatu berkuasa”
Dalam ayat ini Tuhan menceritakan tentang diriNya. Maha berkat Tuhan pada tanganNya ada kerajaan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.Besar maksud ayat ini sedangkan kita sebut perkataan berkat mudah sahaja. Kalau kita fikir balik apa itu berkat, kita tak akan faham, susah nak jawab dengan tepat sebab perkataan itu sudah jadi lumrah. Berkat betul perniagaan awak. Kalau kita tanya balik mengapa awak kata ‘berkat’, dia tak boleh jawab.
“Maha berkat Tuhan yang pada tangannya ada kekuasaan.”
Tuhan sebut itu bukan suka-suka. Kalau Dia sebut itu bererti berkat itu benda penting. Dikaitkan dengan Kuasa Tuhan, dengan KerajaanNya. Kalau begitu, kita cuba hubungkan dengan ayat lain supaya kita dapat kaitkan dan huraikan apa itu berkat.
" Walau anna ahlal quro amanu wat taqau lafatahna 'alaihim barakatim minas sama iwal ardh (Al A'raf: 96)
Huraiannya : “Kalau satu penduduk atau satu kelompok manusia atau kampung mempunyai dua sifat iaitu beriman dan bertaqwa, niscaya kami (Tuhan) turunkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.”
Rupanya untuk dapat berkat, Tuhan tetapkan dua syarat iaitu beriman dan bertaqwa. Beriman saja tak cukup, kena ada beriman dan bertqwa. Bila ada dua perkara ini, berkat dari langit pun datang, berkat dari bumi pun datang.
Mengapa Tuhan sebut langit dan bumi? Berkat dari langit dan bumi ada beza. Berdasarkan ayat yang di baca tadi berkat ini adalah satu pentadbiran dari Tuhan yang sangat tersirat. Bila sebut berkat, Tuhan kata ini adalah satu pentadbiran dari Tuhan yang sangat tersirat.
Contoh-contoh berkat dari langit ialah mendapat hidayah, taufik, ilmu, kasih sayang dari Tuhan, rasa takut dan cintakan Tuhan, rasa bertuhan, rasa hebat dengan Tuhan dll. Berkat dari bumi ialah benda lahir seperti rezeki makan minum, pakaian, tempat tinggal, duit dll
Dalam pengalaman kita hidup di dunia, untuk dapat berkat dari bumi pun susah, dari langit lagilah susah. Untuk dapat duit, tenaga, bantuan dari Tuhan susah. Itu yang bertaraf bumi, untuk kehidupan manusia. Kalau yang bertaraf langit, untuk dapat taufik, hidayah, ilmu, untuk cintakan Tuhan, untuk dapatkan rasa takutkan Tuhan, rasa hebatnya Tuhan, rasa besarnya Tuhan, lagi susah. Kalau dapat berkat dari langit, ia adalah jaminan selamat dunia akhirat, tapi kalau hanya dapat berkat dari bumi belum tentu selamat.
Berkat secara bahasa maksudnya ‘bertambah’.
Berkat yang bersifat langit bererti bertambah iman, bertambah ilmu, hidayah, taufik, cinta Tuhan dll. Berkat yang bersifat bumi bererti bertambah duit, tenaga, kawan, harta, kekayaan, bantuan dll. Tambahan berkat bercorak bumi sangat bahaya, itu pun susah dapat tapi kalau berkat dari langit selamat dunia akhirat.
Buktinya waktu Sya’labah masih susah, sembahyang 5 waktu beres, dapat berjemaah dengan Rasulullah SAW. Tetapi setiap kali jumpa Rasulullah SAW dia mengadu susah, dia berkata pada Rasulullah , tolong doakan. Rasulullah jawab “Sabarlah Sya’labah.” Padahal susahnya Sya’labah tu, sampai berkongsi kain dengan isteri.
Lepas sembahyang dia cepat-cepat balik, lama-lama sahabat dapat kesan. Rasulullah bertanya :”Apahal tak sempat doa dah nak balik”, Apa jawab Sya’labah, Saya susah, kain sehelai, saya ada isteri, saya balik untuk kongsi kain dengan isteri, inilah juga yang isteri nak pakai sembahyang. Rasulullah berkata : “Sabarlah Sa’labah.”
Lepas sembahyang dia cepat-cepat balik, lama-lama sahabat dapat kesan. Rasulullah bertanya :”Apahal tak sempat doa dah nak balik”, Apa jawab Sya’labah, Saya susah, kain sehelai, saya ada isteri, saya balik untuk kongsi kain dengan isteri, inilah juga yang isteri nak pakai sembahyang. Rasulullah berkata : “Sabarlah Sa’labah.”
Kalau kita dengar cerita seperti itu tentulah kita terus doakan dia, susah sangat sampai kongsi kain untuk sembahyang. Begitulah setiap kali jumpa Rasulullah, dia minta Rasulullah doakan, tapi Rasulullah selalu minta dia bersabar. Kalau kita tak faham nampak macam Rasulullah tak simpati, tapi itulah simpati, kerana Rasulullah sudah tahu apa akan berlaku.
Tapi perasaan kita tak sama dengan Rasulullah. Sebenarnya simpati kita itulah yang tak simpati. Akhirnya Rasulullah doa dan doa Rasulullah berkat. Daripada dua ekor kambing, jadi dua ladang kambing. Akhirnya dia jadi fasik hingga Rasulullah dan sahabat pulaukan.
Jadi berkat yang berlaku di bumi, walaupun hasil doa Rasulullah, ia sangat bahaya. Tapi kalau berkat dari langit, tak kira apa bentuknya, itu selamat dunia akhirat. Berkat di bumi ini, boleh bersandar dengan berkat dan doa orang, boleh bersandar dengan tawasul guru kita, tawasul untuk ambil berkat guru untuk kaya, tapi itu bahaya boleh jadi tak selamat seperti Sya’labah.
Soal berkat ini sangat tersirat sebab itu Tuhan kaitkan dengan kuasaNya. Sebab itu bila kita sebut berkat dalam kehidupan, Rasulullah SAW pesan sangat, apa buat jangan tinggal berkat, sebab dia sangat memberi kesan pada kehidupan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan