Selasa, 19 Ogos 2008

Pengurusan masa


Suatu hari seorang pakar dalam bidang pengurusan masa bercakap dalam suatu kumpulan yang terdiri daripada ahli perniagaan yang berjaya. Beliau menggunakan satu analogi yang cukup mudah dan berkesan supaya mereka dapat ingat sampai bila2.

Beliau berdiri dan berkata, "OK, saya ada satu kuiz untuk tuan-tuan" dan beliau mengambil sebuah balang yang bermulut luas dan meletakkan di atas meja. Seterusnya beliau mengeluarkan sedozen batu sungai yang sebesar penumbuk (batu besar) dan mengisi balang tersebut dengan batu itu dengan begitu cermat sekali sehingga balang itu penuh.

Apabila balang itu sudah penuh dan tiada lagi batu yang boleh muat ke dalamnya, beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" Semua orang di dalam kelas itu menjerit serentak. "Ya". Pakar itu menjawab. "Betulkah?". Kemudian beliau mengeluarkan pula batu2 kecil dr bawah meja dan memasukkan ke dalam balang dan menggoyangkan balang itu agar batu2 kecil memasuki celah2 batu besar. Sekali lagi beliau bertanya kepada hadirin, "Adakah balang ini penuh?".

Kali ini mereka seperti was2. "Mungkin tidak" kata salah seorang daripada mereka. "Bagus!" kata beliau. Sekali lagi dia mengambil sesuatu daripada bawah meja dan mengeluarkan sepeket pasir dan memasukkan ke dalam balang itu. Pasir2 halus itu masuk ke celah2 ruang kosong antara batu besar dan batu kecil di dalam balang itu. Sekali lagi beliau bertanya, "Adakah balang ini penuh?" "Tidak!" jawab mereka hampir menjerit.

Sekali lagi beliau berkata, "Bagus!" .Kemudian beliau mengambil secawan kopi dan menuangnya ke dalam balang tersebut sehingga penuh dan bertanya kepada hadirin yang hadir, "Apakah maksud yang boleh diterangkan di sini?".

Salah seorang daripada mereka bangun dan berkata, "maksudnya ialah walau bagaimana sibuk dan penuh pun jadual kita jikalau kita bekerja keras kita sentiasa boleh memasukkan lagi perkara2 yang lain dalam kehidupan kita!". Pakar pengurusan masa itu berkata,

"Ada benar jugak apa yang kamu katakan itu, tetapi kebenaran di sini adalah lebih besar dan lebih berguna untuk kita fikirkan: "Jika kamu tidak memasukkan dahulu batu yang besar itu ke dalam balang sebelum batu2 kecil dan pasir, kamu tidak akan dapat masukkan batu2 besar itu sampai bila-bila pun".

Sekarang, kita kena memikirkan apakah batu besar dalam kehidupan kita? Sebagai contoh batu besar itu seperti tanggungjawab kita kepada Allah seperti sembahyang, menjaga syariat, akidah, akhlak, menjaga keluarga, mengejar cita-cita, dan meneruskan pencapaian matlamat hidup.

Batu2 kecil dan pasir itu pula ibarat perkara2 lain yang biasa kita lakukan dalan kehidupan kita bersama rakan-rakan dan keluarga. Sebagai contoh beriadah, keluar bersama rakan-rakan, pergi menonton wayang, main playstation dll.

Tiba-tiba seorang daripada mereka bangun dan bertanya"Apakah pulak maksud secawan kopi itu?". Pakar itu menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu, walau sepenuh mana pun jadual kerja kamu, luangkan sedikit masa untuk pergi minum kopi bersama2 dengan kawan-kawan kamu".

Tiada ulasan: