Apabila pertama kali kita keluar dari galeri pameran dengan memandu kereta baru, kita benar-benar berazam untuk memeliharanya. Kita tidak mahu ia calar, kitaakan basuh setiap kotoran, kita akan lindungi ia dari panas dan hujan seboleh mungkin.
Walaupun perjalanan jauh dan sesak, kita tidak akan berasa letih. Jika letih pun kita masih sanggup untuk memegang stereng. Kita seperti tidak percaya dengan sesiapa pun untuk memandukan kereta itu buat kita. Pertama kali kita memandu kereta ini, kita menekan pedal minyak dengan lembut, perlahan dan sayang. Menekan pedal brek dengan berhati-hati, menghidu aroma baru di dalam kereta dalam-dalam.
Kita tersenyum lebar, megah dan bangga. Kita mahu kereta itu kekal dalam keadaannya seperti itu selama-lamanya. Apabila sampai di rumah, kita gilap walau pun tiada habuk yang melekat. Kita duduk di luar membelek, memerhati dan menggosok-gosok sana sini. Kita tidak segan silu bergambar di samping kereta baru ini walaupun diperhatikan jiran-jiran.
Kita rasa kita berhak dan patut berkelakuan begitu, sebab inilah hasil jerit-perih kita. Ketika ini jika ada budak-budak bermain berhampiran, kita akan halau mereka. Jika kanak-kanak itu anak kita sendiri kita akan buat peraturan baru, jika kanak-kanak itu anak jiran, kita digelut bimbang dan gelisah, khuatir kanak-kanak itu akan mencederakan kereta kita.
Kita merasakan kereta adalah kita dan kita adalah kereta. Begitu intim, begitu mesra, begiturapat, begitu nostalgic, begitu sayang, cinta dan kasih. Namun, suatu hari tatkala kita sedang mencuci kesan hentaman batu, melecet catnya, luka dan cedera. Kita cuba gilap, gosok dan tenyeh namun lukanya dalam dan kekal. Kita mula berasa tak sedap. Impian kita untuk mengekalkan imej barunya seperti telah dicemar.
Suatu hari yang lain tatkala sedang memandu dengan berhati-hati, tiba-tiba kita terlanggar bonggol yang agak tinggi, hingga tersagat bawah kereta. Alamak, kita rasa sakit sekali. Habislah kereta aku…Apabila kita membeli kereta baru samalah macam kita bergelar pengantin baru. Kita mahu menjaga kereta itu amat-amat, tetapi ia tetap bergaris dan bergores sesetengahnya atas perbuatan kita sesetengahnya oleh pihak lain. Kita mahu menjaga pasangan kita amat-amattetapi kadang-kadang kita tergores atau kitamenggores, kadang-kadang kita tidak bermaksud begitutetapi disalah tafsir.Perkahwinan adalah perjalanan dan pemilikan. Sepertikereta yang digunakan untuk menempuh perjalanan, iajuga satu pemilikan. Dalam perjalanan jangan aspectsegala-galanya okey, ada kalanya terpaksa berhentikerana jalan raya sesak, ada kalanya terpaksamelanggar had laju apabila dalam kecemasan, adakalanya terlanggar lubang sebab jalanraya tidak rata,ada kalanya tidak dapat bergerak sebab tiada petroldan duit tol.Perkahwinan kadang-kadang macam kereta berguna untukperjalanan jauh; jika cukup petrolnya dan cukup semuasyaratnya, ia boleh sampai ke mana-mana saja tempatyang dituju. Tetapi dalam perjalanan itubermacam-macam perkara juga boleh berlaku, perjalananterpaksa berhenti untuk menikmati pemandangan indah,berhenti untuk bayar tol, berhenti untuk hajat besardan kecil, berhenti untuk berhenti terus. Dalam perjalanan, yang tidak terduga kadang-kadangmengambil sudut; sewaktu mengundur terkena tianglampu, ketika parking tersentuh kereta sebelah,tatkala bergerak batu kecil dari lori jatuhmenghentam. Perjalanan bermakna KESABARAN, perkahwinanjuga mengharapkan KETENANGAN. Walau apa yang ditempuh,sama ada rela atau terpaksa, kadang-kadang perjalananterpaksa diteruskan, sebagaimana perkahwinan jugaperlu berjalan hingga takdir memberi penyudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan