Ayat kursi diturunkan pada suatu malam selapas hijrah. Ketika diturunkan ianya telah di iringi oleh beribu para malaikat, ini kerana kebesarannya dan kemuliaannya. Iblis dan syaitan telah menjadi gempar kerana adanya alamat yang bakal menjadi perintang kepada perjuangan mereka. Serentak dengan penurunan ini Rasulullah s.a.w. segera memerintahkan Zaid b. Tsabit menulis dan menghebahkannya.
Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan penuh khusuknya setap kali lepas solat, setiap waktu pagi mahu pun petang, setiap kali bila hendak tidur, setiap kali bila hendak keluar bermusafir, setiap kali bila nak masuk pasar dan setiap kali bila mahu melakukan apa-apa kerja sekali pun InsyaAllah, Allah akan mengamankan kita dari segala godaan iblis mahupun syaitan serta kuncu-kuncunya. Dapat menolak kejahatan manusia dan menghindari dari kebuasan binatang yang membahayakan, akan terpelihara dirinya serta keluarganya dan hartanya bendanya dengan kehendak Allah s.w.t.
Mengikut huraian dari kitab Asrarul Mufiidah, bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya sebanyak 18 kali sehari, maka Allah akan menghidupkan hatinya dengan jiwa Tauhid, dibukakan pintu hatinya dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan pengaruh kepadanya sehingga semua orang akan menghormatinya serta akan di perlihara oleh Allah setiap masa dari segala malapetaka dan bahaya.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan