1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi. "Saya dan
suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami
dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal.
Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan
sanggup mendapatkan bantuan daripada mengambil tindakan yang bertentangan."
2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap
hari. "Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata kerana
masalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil. Kadangkala
anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai."Amat penting bagi
masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.
3. Anda masih perlu menghangatkan suasana."Kami suami isteri mempunyai
kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk
mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan
kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam
sebelum melelapkan mata."
4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan. "Saya dan isteri amat
menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama,
bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar...
5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban."Mana ada yang seratus
peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban
terutamanya dari segi kerjaya. Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan
kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."
6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.Anda harus menerima kenyataan
bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi
perangai, rupa paras , bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal
sama seperti mana mula-mula berkenalan dahulu.
7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara. Suami akan
tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri
inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan
yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut
kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.
8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.Pasangan yang memahami kehendak
masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang
mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah.
Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya
pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.
9. Hubungan seks ada turun naiknya.Kadang kala sangat berkesan dan ada
kalanya tidak begitu memberansangkan.Masing-masing seharusnya menerima
bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.
10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.Apabila perselisihan
terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika
terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil.
Elakkan daripada menyimpan perasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda
mungkin akan berubah hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan