Isnin, 14 Julai 2008

Fadhilat Amalan Ayatul Kursi

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w.(yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat - fadhilat itu. Di antaranya ialah :

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali lepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

2. Sesiapa yang membaca Ayat Al Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

3. Sesiapa yang membaca Ayat Al Kursi sebanyak 170 kali atau seikhlasnya pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, insya Allah akan berhasil hajatnya.

4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayatul Kursi 170 kali atau seikhlasnya, insya Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.

5. Sesiapa yang membaca Ayatul Kursi diikuti solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, insya Allah akan berhasil hajatnya.

6. Sesiapa yang naik marah, bacalah ayatul kursi, insya Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayatul Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.

Tiada ulasan: