Isnin, 21 Julai 2008
Cinta Seorang Pemuda
Ø Saya suka sangat tengok jari-jemari taman wanita saya, cantik betul.
Sungguh !! sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah,
tapi takut nanti jeri-jemari kami tak boleh saling bantu-membantu di satu
hari yang amat dahsyat dihadapan Yang Maha Esa.
Ø Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…sungguh!! Sebab itu
saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan!
Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot
dot itu sampai bila-bila..takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari
yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Pencipta.
Ø Saya suka tengok “body” teman wanita saya… “solid” betul. Sungguh!!
Sebab itu saya belikan telekung supaya masa “Dating” dengan Kekasih Dia
Yang Utama, Dia jaaaauuuh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. Saya pun
tumpang dapat pahala…syoknya!!!
Ø Saya sedih sangat bila teman wanita saya tidak tidur, tidak makan
sebab rindukan saya. Saya macam itu juga. Sidia tanya, “Apa Ubatnya, bang?
Saya pun bagi dia Al-Quran sebangai penenang jiwa…semoga dia cintakan-Nya
lebih daripada saya.
Ø Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam, “Makan, Minum, Jaga
Diri, Pandu Kereta elok-elok..nanti awak sakit saya jugak yang susah
hati…bla bla bla.” Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan
maghrib begitu sahaja, dia tidak kata satu pun. Aduh….. berdosanya saya!!!
Ø Saya sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta
secinta-cintanya. Cinta yang abadi didunia dan berkasih sayang diakhirat,
“berdating” di syurga kerana disitulah tempat yang kekekal selama-lamanya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan