Selasa, 10 Mac 2015

Sayangilah Ibu Bapa Kita

Di Jepun suatu ketika dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.

Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan. Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya, agar tidak membebankankan kehidupan anak - anaknya.
 

Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk.

Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
 

Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.
 

Si Ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.
 

Dalam senyumnya, dia berkata, 'Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun.

Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai ke rumah".
 

Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah.

Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Sahabatku semua..renung2kanlah..
 

"Orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya.

Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan Susah, hanya mereka yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
 

Mereka tidak pernah meninggalkan kita, macam manapun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada mereka.

Namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita.
Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita selagi mereka masih hidup.


Hadiahkanlah Al-Fatihah buat ibu bapa kita sebelum tidur walaupun mereka masih ada di alam nyata ini... 



1 ulasan:

MISSA (Miss Sweet Sour Apple) berkata...

Mereka yang berkenaan..jangan sebut syukur kepada Allah dalam berbuat maksiat/jenayah.
Kerna walau Dia mengizinkan kamu untung..sebenarnya Dia tidak suka apa yang kamu lakukan.Dia murka maka Dia menjadikan kamu senang dan untung supaya kamu sentiasa suka dalam melakukan perbuatan salah itu.. yang akhirnya kamu semakin jauh dari rahmatNya dan petunjukNya selain perbuatan maksiat/jenayah itu hanya menzalimi dirimu sendiri..

Firman Allah di dalam Al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?" (Surah Al-Ma'idah:90-91)