Rabu, 30 Oktober 2013

Nasihat Hati

Dulu saya pernah di interview banyak kerja selepas belajar. Ada satu tempat jawatan HR tapi bahagian macam kaunseling.
 
Mereka tanya saya bagaimana jika orang besar nak dengar nasihat kamu. Kamu tiada kereta, tiada rumah, belum ada lesen kereta pun.
 
Janggut panjang, muda lagi, belum kahwin. Mereka tanya dengan sangat serius. Tali leher pun dari mydin jer.

Saya kata saya tiada apa-apa. Cuma sedikit nasihat buat saya dan tuan juga.
 
Seorang turun kereta mercedes, bmw, seorang berjawatan dan pangkat besar. Bila dia jalan semua orang beri salam dan hormat pada dia.
 
Tapi esoknya orang yang sama turun kenderaan buruk dan biasa dan tiada lagi pangkat. Orang tidak pandangnya lagi.

Itu maknanya bukan dirinya yang mulia. Tapi keretanya atau pangkatnya.
 
Atau itu juga tanda iman yang melihatnya. Itulah kehinaan buat diri manusia. Paling malang ada orang ukur ahli keluarganya juga berdasarkan harta dunia.
 
Mereka mungkin kaya tapi jiwanya miskin.

Kemuliaan sebenar seperti Umar ra walaupun mungkin ada baju bertampal dan hanya 2 helai pakaian tapi Allah beri kemuliaan padanya dari hati semua orang dan dunia dan paling utama di sisi Allah

Orang dulu ada yang sangat kaya dunianya tapi mereka sangat taat Allah.

Kata Umar ra, dulu kita hina tapi kita dimuliakan hanya kerana Islam.

Bawa Islam dengan sebenarnya itulah kejayaan, kemuliaan, paling utama keredhaan Allah-

Tiada ulasan: