Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain.
Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan, malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan kita.
Antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halusPada waktu pagi selalunya kita akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenagadan kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Jika mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk kita menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
1 ulasan:
Blog nya bagus mas. Mari ikut bergabung jadi tim di http://ilmiah.net
Bantu wujudkan Indonesia Cerdas
Catat Ulasan