Jumaat, 16 Ogos 2013

Alkisah Anak Seorang Kaya

Seorang yang kaya meminta seorang ustaz untuk membuang perangai buruk pada anak sulungnya.

Ustaz tersebut membawa budak tersebut berjalan ke dalam hutan…

Budak yang nakal tersebut pun mengikut ustaznya…

“Along, cuba cabut pokok itu,” ustaz tersebut menunjukkan kepada satu anak pokok yang kecil di hutan…

Dengan mudah, budak tersebut mencabut pokok tersebut. “Mudah saja ini ustaz…. Saya guna dua jari dah boleh keluarkan…” Budak tersebut berkata dengan bangga.

Ustaz kemudian menunjukkan kepada satu anak pokok yang lebih besar dan berkata, “Cuba ini pulak. Tengok Along cukup kuat untuk keluarkan pokok ini pula..”

Budak tersebut menggunakan dua tangan dan mengeluarkan pokok tersebut.

“Mudah saja juga pokok ini ustaz…” katanya dengan bangga.

Kemudian ustaz untuk menunjukkan kepada satu semak… “Cuba ini pula...”

Budak tersebut tidak mahu mengaku kalah, menggunakan segala tenaganya untuk mencabut semak tersebut.

Selepas 10 minit, budak tersebut berjaya… “HAHAHAHHA Ustaz, ini susah sikit, tapi tak kalah juga…” katanya dengan ketawa..

Kemudian ustaz menuding jari kepada satu pokok jambu batu yang tinggi daripada budak tersebut… “Cuba pokok tu pulak…”

Budak itu mencuba, mencuba – kerana tidak suka mengalah, ia mencuba sehingga putus asa – “Tak boleh ini ustaz… tak mungkin Along dapat keluarkan,” kata budak itu tercungap-cungap.

“Ini sama juga dengan perangai buruk,” kata ustaz. “Apabila ia masih muda, ia mudah untuk dicabut, tapi apabila tua, ia susah dicabut.”

Kata-kata ustaz tersebut mengubah hidup Along.

Wahai anakku,
Kadangkala aku menegurmu atas perangai burukmu adalah kerana aku takut engkau biarkan perangai buruk berakar tunjang di dalam badan kamu.

Wahai anakku,
Buangkannya ketika ia masih muda, ketika kamu masih boleh mengawalnya… jika tidak, akar itu akan bakal mengatasi kamu dan mengawal kamu sebaliknya. Ambillah peluang di Syawal ini untuk membuang segala perangai burukmu.

Senyum.

Tiada ulasan: