Ada sesekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.
Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang.
Orang ramai berfikir bagaimana hendak mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.
Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak temui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut.
Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakkan bau busuk bangkai si kambing.
Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu.
Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing.
Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung. Pasti tamat riwayat si kambing.
Namun kambing tersebut tidak berputus asa.
Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.
Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia makin bersemangat.
Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut.
Akhirnya si kambing terselamat. Ðia melompat keluar dengan girangnya.
Pengajaran : Allah berfirman yang bermaksud, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan akan ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah 94:5-6)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan