Selasa, 12 April 2011

Bentuk Neraka Jahannam

Dikisahkan dalam sebuah hadits bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap dan pekat, tiada cahaya dan tiada pula neraka itu menyala/terang.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Api kamu ini hanyalah satu bagian dari tujuh puluh bahagian api di neraka jahannam.”

Para sahabat mengatakan, ”Yang ini pun sudah cukup berat panasnya.”


Nabi berkata lagi, ”Bahkan api neraka itu melebihi sebanyak enam puluh sembilan kali ganda panasnya api dunia.”


“Api neraka jahannam juga telah dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam, seperti malam yang gelap gelita.” (HR. Tirmidzi).


Jahanam memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung,


Pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api,


Pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.


Disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api,


Pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api,


Pada setiap bilik itu pula terdapat 70,000 ekor ular dan kala,


Setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas.


Pada setiap ruas kala jengking tersebut mempunyai 70,000 qullah bisa.


Wallahualam

Tiada ulasan: