Khamis, 15 Disember 2011

Aurat Saya Maruah Saya

~ Suami yang beriman akan melarang isterinya pakai ketat2, sendat2, seksi2 bila keluar ke mana2 kerana dia tak sanggup membiarkan mata2 liar memandang ke arah isterinya.

~ Suami yang penyayang akan pastikan aurat isterinya lulus dan selamat sebelum melangkah keluar dari rumah. Kalau ada yg tak kena dia akan tegur.

~ Suami yang TAK BERIMAN dan TAK PENYAYANG tidak akan peduli dgn semua itu. Dia seolah - olah bersedia memikul dosa2 free isterinya itu...kategori suami apakah begini...?

Renung2 kan & selamat beramal...

Khamis, 8 Disember 2011

Pujian Ibu Bapa Buat Hati Anak Gembira

Anak-anak yang soleh dan solehah menjadi impian dan igauan ibu dan ayah. Wajah mereka yang penuh cahaya suci sering meruntun jiwa ibu dan ayah.

Alangkah gembiranya hati melihatkan bibir mereka menguntumkan senyuman.

Ðalam tidak sedar, senyuman anak-anak banyak bergantung kepada imbuhan yang diperoleh daripada ibu bapa mereka.


Bukan sahaja imbuhan yang bersifat fizikal sahaja yang diharapkan, malah imbuhan yang berbentuk batiniah seperti kasih sayang dan pujian, lebih melebarkan senyuman di jiwa mereka.

Pujian ibu bapa akan memberi impak yang maha besar kepada jiwa mereka terutama sebagai bekalan untuk menempuh dunia mereka yang penuh cabaran ini.


Lazimi kata-kata pujian kepada anak-anak kita setiap hari dengan penuh kasih sayang, ini akan memuat hatinya kepada kita.

Anak-anak kita mendambakan perhatian daripada kita, pujian juga merupakan tanda perhatian tertumpah kepadanya.

Ungkapan yang sering kita ucapkan saban hari secara tidak langsung menjadi doa untuk anak-anak. Percayalah, anak-anak kita terbentuk dengan ungkapan kita sehari-hari.


Apabila yang sering menjengah cuping telinganya sesuatu yang baik dan positif, itulah yang akan membentuk peribadinya kelak.

Teorinya mudah, setiap perkataan yang didengari secara berulang akan terserapdi minda bawah sedar kita, minda ini mengawal tubuh secara automatik.


Maka jika telah terprogram sesuatu perkataan di minda bawah sedar maka akan diaktifkan melalui perbuatan tubuh badan.

Jika selalu kita katakan ‘bijak anak mama’ ia akan dirakam di minda bawah sedarnya dan membentuk perbuatannya untuk menjadi bijak, semuanya dengan kekuatan minda pinjaman Allah dan dengan keizinan-Nya.

Pujian turut menyatakan betapa besar kasih sayang kita kepada anak. Tidak hairanlah jika anak yang kerap dipuji erat hubungan kekeluargaannya.


Sentiasa ceria dan penuh keyakinan. Emosinya berkembang dengan baik tanpa gangguan. Emosi yang berkembang dengan baik ini akan mempengaruhi pembentukan karakternya kelak.

Sebaliknya, anak yang jarang dipuji atau langsung tidak pernah dipuji terganggu perkembangan emosinya dan turut mempengaruhi karekter dirinya kelak.

Gunakan pujian dalam teguran

Pujian juga adalah sumber galakan kepada anak-anak untuk melakukan perkara-perkara yang baik terutama dalam pembentukan persepsi (tasawur) kehidupannya.


Contohnya, jika anak menyusun semula permainannya selepas bermain, pujilah anak kita seperti ‘pandai abang kemas, baguslah anak mama’.

Apabila anak mendengar pujian ini setiap kali dia menyusun permainannya selepas bermain, dia akan terangsang untuk terus meneruskannya setiap kali selepas bermain untuk memperoleh habuan pujian daripada ibu atau ayahnya.


Ini merupakan salah satu proses pembelajaran yang digunakan untuk anak-anak bagi melengkapkan persepsi kehidupannya.

Apabila pujian diberikan sebagai galakan kepada mereka membuat perkara-perkara baik. Teguran turut perlu dilakukan supaya anak dapat mengetahui sesuatu perkara itu tidak wajar dilakukan.


Untuk anak-anak yang masih kecil, tiga tahun ke bawah, Gunalah cara memujuk dan bermain dengannya kerana anak-anak kita dapat memahami apa yang dimaksudkan.

Gunakan pujian dalam teguran. Contohnya, untuk ajak anak masuk ke rumah selepas bermain, pujuk anak untuk masuk ke dalam rumah, ajak anak lumba lari ke dalam rumah.


Puji dia kuatnya dia berlari dan kita main bersama lagi nanti.

Untuk anak yang lebih dewasa yang sudah mampu berfikir, boleh gunakan ketegasan kemudian rasionalkan kembali apa yang kita lakukan dan jangan lupa puji anak tadi untuk apa yang baik yang telah dilakukan supaya anak tidak akan terkeliru dengan apa yang dimaksudkan oleh ibu dan ayahnya dalam proses mendidik.

Apa yang baik dipuji dan baik untuk dilakukan, yang tidak baik ditegur dan perlu dijauhkan.


Sebaliknya, jika ibu bapa jarang memuji hanya menegur sahaja, anak akan membentuk persepsi, ibu bapanya mengongkongnya dan menyekat segala perbuatannya. Bantulah anak-anak untuk memahami tindakan yang kita lakukan.

Rakan ibu bapa yang dihormati, dalam mendidik anak menuntut kesabaran yang tinggi.


Sebelum menuturkan sesuatu perkataan, kita perlu berfikir dahulu kerana apa yang dituturkan oleh ibu dan ayah memberi kesan kepada perkembangan emosi dan minda anak-anak.

Anak-anak, permata kita yang amat berharga, merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Untuk menghasilkan permata yang sentiasa berkilay, kita perlu rajin mengilatkannya setiap hari tanpa gagal.


Semoga kita bersama-sama sukses dalam tugas mendidik!

Wallahualam



Kita Dianjurkan Memiliki Sifat Allah

Kita sebagai manusia harus sedar bahawa kita adalah hamba Allah yang pada hakikatnya tidak mempunyai apa apa.

Walaupun demikian kita di anjur memiliki sifat sifat yang sempurna dan menjadi insan Kamil.

Sifat insan Kamil patut di miliki oleh, terutamanya wakil wakil Allah di kalangan para pemimpin dan para ulama.

Lebih lebih lagi ulama yang di mana taraf mereka di letakkan di kedudukkan ketiga selepas Allah, Rasul (atau Nabi).

Maka dengan itu manusia harus memiliki beberapa sifat Allah saperti yang terkandung di dalam Asma’ul Husna atau 99 nama Allah.

Di antaranya sifat sifat saperti :
Ar Rahim – Maha Penyayang,
Ar Rahman - Pemurah,
Al Wahab – Pemberi,
Al Ghafar – Maha Pemaaf,
Al Halil – Maha Penyantun,
Al Latif – Maha Lembut,
Al Adil – Maha Adil,
AS Syakur – Maha Syukur,
Al Wadud – Maha Pengasih,
Al Hakim - Maha Bijaksana,
Ar Rasyid – Maha Pandai

Bagaimanapun tidak semua sifat yang ada pada Allah layak di miliki manusia.

Umpama sifat Al Mutakabir. Yang berbesar Diri atau sifat Sombong atau Ego. Tiada makhluk di benarkan memiliki sifat ini.

Dalam sebuah Hadis Qudsi disebut sifat “sombong” ini sebagai “selindang Allah” . Sesiapa yang memiliki sifat sombong ini seolah olah telah merampas selindang Allah.

Jadi bukan jadi satu kesalahan kalau seseorang ingin memiliki sifat Allah itu.Bahkan di anjurkan memilikinya.Cuma di miliki sifat sifat ini selayak dengan kedudukan manusia sebagai makhluk dan bukan bererti disamakan manusia dengan Allah.


Wallahu’alam.


Pesanan Guru Mursyid :"Kalau kita hendak menasihati orang, Tanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.

Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.