Selasa, 18 November 2014

Alkisah Kolam Dan Jeram Yang Deras


Sekumpulan anak muda selalu mengail di sebuah kolam berdekatan kampung.

Yang peliknya bagi mereka ialah seorang pakcik nelayan yang menjala di sungai berdekatan yang airnya deras.
 
Anak-anak muda merasakan tindakan pakcik nelayan sangat melucukan.

Mana nak dapat ikan menjala di kawasan ombak jeram yang deras?
 
Setelah berminggu-minggu melihat, anak-anak muda ini mula mendekati pakcik nelayan.
 
Ketika mereka sampai, pakcik nelayan sedang menaikkan jala. Terkejut mereka melihat ikan besar-besar di dalam jala pakcik nelayan.
 
Anak-anak muda hanya dapat ikan-ikan kecil mengail di kolam yang bersambung dengan sungai ini, pakcik nelayan pula dapat ikan besar-besar menjala di kawasan ombak jeram yang deras.
 
Pelik-pelik. Akhirnya salah seorang anak muda membuka mulut untuk bertanya – “Mengapa ini berlaku ya pakcik?”
 
“Di kolam yang tenang, ikan-ikan kecil yang tak tahan mabuk akan berenang di sana. Oksigen di sana mencukupi untuk mereka. Tapi tidak bagi ikan-ikan besar.
 
Ikan-ikan besar perlukan air yang lebih beroksigen. Jadi mereka terpaksa berenang ke tempat air bergocak seperti jeram. Gocakan makin kuat, makin banyak oksigen, maka makin banyaklah ikan besar,” jawab pakcik nelayan.

“Ramai yang rasa air deras ombak jeram tidak sesuai untuk dihuni ikan, jadi mereka mencari ikan di air yang tenang.

Tapi mereka silap. Satu sungai yang tidak mempunyai gocakan, tidak akan ada ikan yang besar.

Air sungai bergelombang adalah baja untuk ikan-ikan besar.

Bagi ikan-ikan besar, ini adalah satu kesusahan, tapi tempat inilah juga tempat menjana oksigen secara semulajadi untuk mereka,” terang pakcik nelayan itu lagi.
 
Wahai anakku,
Jika sungai yang bergocak, deras, ombak jeram yang kuat adalah tempat menjana oksigen bagi ikan, apa pula erti kesusahan bagi manusia?


Apakah ia juga tempat menjana oksigen kepada kita?
 
Lihatlah ujian Allah mulai hari ini sebagai baja dan penjana oksigen untuk kamu menjadi ikan besar dengan memaksa kamu keluar daripada sikapmu yang seperti ikan kecil hidup tenang di kolam.
 
Senyum

 

Alkisah Sebuah Persahabatan


Kapal yang dinaiki Hamid dan Yusof rosak akibat ribut dan mereka hanya mampu berenang ke sebuah pulau kecil yang bagaikan gurun.
 
Dua sahabat karib itu tidak tahu apa yang boleh dilakukan selain berdoa kepada Allah swt.
 
Untuk melihat doa siapa yang lebih kuat dan dimakbulkan, Hamid mencadangkan agar mereka membuat sempadan di pulau tersebut, dan mereka tinggal berasingan satu di Timur dan di Barat.
 
Perkara pertama yang mereka doakan ialah makanan.

Pagi keesokan, Hamid terjumpa sepohon pokok buah-buahan di dalam kawasan sempadan pulaunya.

Buah itu boleh dimakan. Kawasan Yusof tiada ada apa-apa penemuan, tapi Yusof hanya senyum.
 
Setelah seminggu, Hamid mendoakan agar dapat mendapat pakaian baru untuk ditukar.

Besok harinya, ada benda terapung dibawa ombak menghala ke kawasan pulaunya.

Ia adalah peti dengan pakaian baru.

Di sebelah Yusof, masih tiada apa-apa, namun beliau senyum melihat Hamid mendapat baju baru.
 
Melihat doanya dimakbulkan, Hamid mula berdoa untuk lebih banyak perkara termasuk rumah, pakaian dan lebih makanan - apa yang diminta semua diperolehi.

Yusof masih tidak mempunyai apa-apa selain terpaksa menangkap ikan dan makanan laut setiap hari untuk meneruskan kehidupan.
 
Akhirnya Hamid mendoakan agar mendapat sebuah kapal untuk meninggalkan pulau tersebut.

Besok paginya, betul terdapat satu kapal yang tersandar di tepi pantai kawasannya.

Hamid terus menaiki kapal tersebut dan membuat keputusan untuk meninggalkan sahabat karibnya Yusof seorang diri di pulau.
 
Hamid merasakan Yusof tidak layak menerima segala kurniaan Allah padanya kerana doa Yusof sehingga kini tiada satupun yang dimakbulkan.
 
Akhirnya Hamid meninggalkan Yusof dalam keadaan diam-diam ketika Yusof tidur petang.
 
Di tengah lautan, Hamid tertidur dan termimpi… Ada suara dari langit…
 
“Mengapa kamu sanggup meninggalkan kawan baik mu seorang diri di pulau tersebut?”

Hamid menjawab, “Semua doa dia tak dimakbulkan, dia tak layak menerima apa-apa.”
 
“Kamu tersilap!” kata suara dari langit tersebut.

“Yusof hanya ada satu doa, yang dimakbulkan Allah. Jika tak ada, kamu takkan dapat apa yang kamu dapat.”
 
“Apa dia? Apa yang didoakan Yusof sehingga saya perlu terhutang padanya? Semua ini hasil doa saya sendiri yang kuat,” kata Hamid dengan angkuh.

“Yusof mendoakan agar segala doa Hamid dimakbulkan,” setelah habis kata-kata tersebut Hamid dikejut bangun oleh satu pancaran petir yang kuat.
 
Hamid menyesal dan terus balik mencari Yusof di pulau tersebut untuk melihat apakah benar Yusof berdoa untuknya.
 
Setibanya di pulau tersebut, Yusof gembira melihat Hamid.

“Alhamdulilah. Allah Maha Esa, saya bimbang awak hilang, nasib baik Allah mendengar doa aku untuk membawa kamu kembali dengan selamat ke pangkuanku dan memberikan satu kapal kepada kita untuk meninggalkan pulau ini bersama-sama,” kata Yusof.
 
Hamid tidak mampu berkata apa-apa mendengar kata-kata Yusof seperti apa yang dimimpikannya.

Beliau hanya mampu memeluk Yusof dan memohon keampunannya atas segala kezaliman beliau terhadapnya yang tidak disedari sahabatnya.
 
Wahai anakku,
Jangan ingat perkara baik yang berlaku adalah atas doa kamu sendiri sahaja tapi ia adalah hasil daripada doa-doa anggota jamaah yang lain, rakan kamu yang turut mendoakan kebaikan pada kamu.


Hargailah kawan dan jangan tinggalkan mana-mana sahabat dan orang terdekat di belakang.
 
Senyum...

 

Alkisah Satu Kemarahan


Setelah bertungkus-lumus membantu sahabatnya memenangi satu jawatan penting, Cik Salmah tertunggu-tunggu jemputan untuk meraihkan kejayaan bersama.

Namun, jemputan daripada sahabatnya Cheku tidak sampai-sampai.

Cik Salmah yang terkecil hati terus mengambil keputusan memutuskan bantuan yang selalu diberikan pada Cheku.

“Hilang madu sepah dibuang. Ambik ko,” bisik Cik Salmah di hatinya pada setiap hari sahabatnya Cheku tidak call mahupun menghantar sebarang SMS kepadanya.

“Waktu kempen bukan main call tiap-tiap hari. Lepas menang, tak call langsung. Menyampah,” bisik Cik Salmah lagi di hati.

Bisikan-bisikan Cik Salmah itu sedikit demi sedikit dan air liur mengumpat yang ditelannya menyebabkan timbulnya perasaan benci pada Cheku.

Akhirnya, Cik Salmah mengambil keputusan untuk tidak lagi berhubung dengan Cheku.

Yang paling dimarahi Cik Salmah ialah pada tanggapannya, Cheku langsung tidak perasan kehilangannya.
 
Setelah berminggu lamanya, Cik Salmah menerima satu sms daripada Cheku – memohon maaf dan bertanya khabar dan meminta untuk berjumpa.

Cik Salmah ingin memberikan peluang pada Cheku lalu menerima jemputan tersebut.

“Saya baru balik daripada Sabah. Bapa kena kanser tahap tiga, berdarah tak henti. Maaf tak sempat maklum. Kelam kabut saya. Jawatan baru ini pula banyak hal, keluarga pula saya tak boleh tinggal.

Sekarang bapa dah keluar wad baru lega sikit. Mah ok? Dah lama tak terima mesej Mah.

Ingatkan Mah bercuti ke luar negara. Terima kasih banyak bantu saya. Maaf saya tak sempat lagi pun nak belanja makan atau apa-apa sebab keadaan bapa,” kata Cheku pada perjumpaan tersebut.
 
Hati Cik Salmah terasa sayu mendengar penjelasan Cheku.
 
Pertama, Cheku tidak tahu pun Cik Salmah kecik hati dengannya kerana lama tak berhubung.

Cheku mengganggap Cik Salmah kawan sejatinya yang hubungan tidak akan putus.
 
Kedua, kerana ego inginkan Cheku yang menghubungi dia, Cik Salmah terlepas peluang untuk membantu sahabat terbaiknya dalam waktu dia paling memerlukan seorang kawan.

Sebaliknya, Cik Salmah menghabiskan masa berkhayal, mengumpat dan marah tidak tentu pasal pada Cheku hanya kerana bersangka buruk.
 
Cik Salmah tidak berani memberitahu Cheku apa yang berlaku sebenarnya sehingga dia mengambil keputusan untuk memutus hubungan dengan Cheku kerana bimbang rakannya akan pandang serong padanya.
 
Nasib baik Allah masih memelihara hubungan ini.

Cik Salmah hanya boleh menangis dalam hati penuh kesyukuran kerana Allah menyelamatkan persahabatannya dengan Cheku daripada minda sangka buruknya dan hati yang diracun air liur mengumpat.

“Cheku, you are my best friend!,” kata Cik Salmah kepada Cheku dan mereka saling berpelukan.
 
Cik Salmah berpeluk kerana rasa bersalah dan bersyukur mendapat sahabatnya kembali, Cheku berpeluk kerana gembira ada seorang sahabat seperti Cik Salmah yang sentiasa teguh di sisinya.
 
Wahai anakku,
 

Jangan biarkan minda kamu meliar memikirkan sesuatu yang belum berlaku atau bersangka buruk pada perkara yang tidak diketahui kamu.
 
Ego kamu akan menjadi baja kepada minda kamu untuk terus bersangka buruk. Ingatlah, perasaan membawa kepada benci adalah bisikan syaitan.

Wahai anak kesayanganku, sekiranya minda kamu menjurus kamu ke arah perasaan negatif, berwaspadalah itu adalah bisikan syaitan.
 
Ketika itu, sms, telefon dan segala tindak-tanduk yang boleh menyelamatkan keadaan akan menjadi berat seperti keadaan Cik Salmah.

Walhal, satu telefon pada Cheku pada peringkat awal sudahpun boleh mengelakkan segala konflik dalaman yang wujud di minda Cik Salmah.
 
Jaga air liur yang ditelan ketika bersangka buruk, kerana dari situlah, timbulnya perasaan benci dan lebih banyak gambaran sangka buruk.
 
Pendek kata, jangan mudah membuat kesimpulan tatkala kita tidak tahu.

Lebih elok kekal tidak tahu daripada membuat sangkaan yang salah dan buruk, terutamanya pada sahabat dan ahli keluarga kita kerana tindak-tanduk mereka tidak mencapai tahap yang diinginkan kita.
 
Senyum

 

Alkisah Seorang Pelajar


Seorang pemuda dengan wajah penuh kekecewaan datang bertemu Ustaz Ibrahim dan mengadu:

“Saya ingin mendalami ilmu lukisan, tapi sehingga kini saya masih tidak menjumpai seorang guru yang memuaskan hati saya,” adu pemuda itu.

Ustaz Ibrahim secara berseloroh membalas: “Bertahun-tahun ini kamu menggembara, masih tak jumpa seorang guru untuk diri sendiri?”

“Ya. Ramai yang saya jumpa hanya hebat pada nama. Saya melihat lukisan mereka, kualitinya pun tak sebaik yang saya lukis!” jawab pemuda itu lagi.

“Ana tak pandai lukisan. Tapi ana suka mengumpul lukisan orang ternama. Walaupun kamu masih belum ternama, boleh kamu lukis satu untuk simpanan ana?” tanya Ustaz Ibrahim.

Pemuda yang teruja dengan pelawaan tersebut terus bersetuju dan bertanya pada Ustaz Ibrahim apa yang ingin dilihatnya pada lukisan tersebut.

“Ana suka teh. Mungkin lukis cawan dan teko dah ok,” kata Ustaz Ibrahim.

Pemuda itu pun melukis dengan sepenuh hati dan selepas sejam, lukisan itu pun terhasil.

“Bagaimana ustaz? Puas hati?” tanya pemuda itu.

“Ada masalah sikit? Kamu melukis teko di atas cawan di bawah. Sepatutnya cawan di atas teko di bawah…,” ujar Ustaz Ibrahim.

“Ustaz ini keliru kot. Mana ada orang lukis teko di bawah cawan? Terbalik la tu,” sindir pemuda itu yang kurang senang apabila Ustaz Ibrahim menyatakan lukisan dia ada masalah.

“Kamu tahu juga ilmu ini. Untuk menuang ke dalam cawan, teko kena lebih tinggi dari cawan. Tapi mengapa kamu sentiasa meletakkan cawan kamu lebih tinggi dari teko? Macam mana kamu nak terima ilmu daripada orang lain?” balas Ustaz Ibrahim sambil senyum.

Pemuda itu tersentak dan akhirnya merendah diri dan melukis satu lukisan baru di mana cawan di atas teko di bawah untuk dihadiahkan pada diri sendiri atas teguran Ustaz Ibrahim.

Wahai anakku,
Meskipun dari tangan yang sama, jari berlainan panjangnya.


Ada bukit yang lebih tinggi daripada bukit yang kamu kenali.

Bersifat rendah diri sentiasa supaya ilmu dapat terus mengalir ke arah kamu.

Segala ciptaan Allah boleh menjadi guru kepada kamu.

Hanya kamu yang dihinggapi penyakit sombong tidak mampu menjadi pelajarnya.

Senyum

 

Love Your Wife

I saw this elderly gentleman dining by himself, with an old picture of a lady in front of him.

I though maybe I could brighten his day by talking to him.

As I had assumed, she was his wife. But I didn’t expect such an interesting story.

They met when they were both 17. They dated briefly, then lost contact when he went to war and her family moved.

But he said he thought about her the entire war. After his return, he decided to look for her.

He searched for her for 10 years and never dated anyone.

People told him he was crazy, to which he replied “I am. Crazy in love”.

On a trip to California, he went to a barber shop. He told the barber how he had been searching for a girl for ten years.

The barber went to his phone and called his daughter in. It was her! She had also been searching for him and never dated either.
 
He proposed immediately and they were married for 55 years before her death 5 years ago.

He still celebrates her birthday and their anniversary. He takes her picture with him everywhere and kisses her goodnight.

Some inspiring things he said;
 
"I was a very rich man. Not with money, but with love"
 
"I never had a single argument with my wife, but we had lots of debates"
 
"People are like candles. At any moment a breeze can blow it out, so enjoy the light while you have it."
 
"Tell your wife that you love her everyday. And be sure to ask her, have I told you that I love you lately?"
 
Be sure to talk to the elderly. Especially strangers. You may think that you will brighten their day, but you may be surprised that they can actually brighten yours.”

 

Sekilas Sudut Syurga


Jika seorang kanak2 memberitahumu dia ada sejumlah wang yang banyak, kamu akan menjangkakan dia mempunyai RM10...sesuai dengan umurnya

Jika seorang pengurus bank memberitahumu dia ada sejumlah wang yg banyak, kamu akan menjangkakan dia mempunyai jutaan ringgit...sesuai dengan posisinya

Jika seorang raja atau presiden memberitahumu dia ada sejumlah wang yg banyak, kamu akan menjangkakan dia mempunyai bilion ringgit...sesuai dengan posisinya

Apa tanggapan kamu apabila Allah Taala menjelaskan tentang syurga "Aku sediakan pada hambaKu yang soleh, benda yg.....

tidak pernah terlihat oleh mata...
tidak pernah terdengar oleh telinga...
tidak pernah terlintas oleh hati..."


Sekiranya antara kamu ada yg ternampak sekilas sudut syurga...nescaya dia sanggup berpenat lelah dengan perbanyakkan sujud.

Ungkapan yang cukup mendalam...elok disebar...3 doa jgn kamu jangan lupa ketika sujud

1. Ya Allah aku mohon penyudah hidup yang baik.
2. Ya Allah berikan rezeki dgn taubat nasuha sebelum ajalku.
3. Wahai Tuhan yg membalik2kan hati...tetapkan hati atas agama dan ketaatan padaMu


Aameeen
 

Anak Yang Soleh


Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al- Qur’an.

Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka.

Usianya kira-kira 9 tahun. Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya.

Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ”Ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.

”Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘" pinta ustaz.
 
Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya.

Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi, “Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

"Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar.

Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “Kamu hafal surah An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah.

Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dengan surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surah Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikit pun kesalahan.

Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,

Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya.

Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu,

“Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki.
 
Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu.

Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,
“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini."

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti,"


Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa.

Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan.

Tetapi tentu perkara itu tidak mudah. Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an.

Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas.

Maka wajar jika si ayah mengatakan, ”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa.

Sabar membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah.

Hanya orang-orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri.

Tidak ada yang lain.
 
Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya.

Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.
 
Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).
 
Perempuan yang kita tahu dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap.

Tidak.

Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ni hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar.

Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Semoga dari kisah diatas dapat kita ambil pelajaran & jadikan teladan.

 

When A Lizard Can, Why Can't We?


This is a true story that happened in Japan.

In order to renovate the house, someone in Japan breaks open the wall.

Japanese houses normally have a hollow space between the wooden walls.

When tearing down the walls, he found that there was a lizard stuck there because a nail from outside hammered into one of it's feet.

He sees this, feels pity, and at the same time curious, as when he checked the nail,
it was nailed 5 years ago when the house was first built !!!

What happened?

The lizard has survived in such position for 5 years!!!!!!!!!!

In a dark wall partition for 5 years without moving, it is impossible and mind-boggling.

Then he wondered how this lizard survived for 5 years! without moving a single step--since it's foot was nailed!

So he stopped his work and observed the lizard, what it has been doing, and what and how it has been eating.

Later, not knowing from where it came, appears another lizard, with food in it's mouth.

Ah! He was stunned and touched deeply.

For the lizard that was stuck by nail, another lizard has been feeding it for the past 5 years...

Imagine? it has been doing that untiringly for 5 long years, without giving up hope on it's partner.

Imagine what a small creature can do that a creature blessed with a brilliant mind can't.

Never abandon your loved ones.

Never Say you're Busy When They Really Need You ...

You May Have The Entire World At Your Feet.....

But You Might Be The Only World To Them....

A Moment of negligence might break the very heart which loved you against all odds..

Before you say something just remember..it takes a moment to Break but an entire lifetime to make...
 

Orang Jauh & Dekat Dengan Tuhan

ORANG JAUH DENGAN TUHAN
Apabila menerima dugaan, dia mempersoalkan Allah mengapa menduganya.

Apabila sakit, cepat2 mencari ubat. ...
 

Apabila berdoa, ingin segera dikabulkan.
 
Jauh bezanya dengan ORANG DEKAT DENGAN TUHAN

Apabila menerima dugaan, dia bersabar.

Apabila sakit dia bermuhasabah diri terhadap dosanya sebelum mencari ubat.
 

Dia tidak bertanya, "aduhai apa dosaku.." Kerana dia sedar dirinya banyak dosa.
 

Apabila berjalan, dia bersyukur kerana Tuhan tidak menyeksanya dengan bala.
 

Apabila sihat, dia memuji Tuhan kerana tidak menduganya dengan dugaan yang berat.
 
Wallahualam.

Alkisah Layang-Layang


Tiga remaja bersama menyaksikan seorang kanak-kanak bermain layang-layang.
 
Di minda masing-masing, lahir tafsiran tersendiri mengenai peristiwa tersebut.
 
Remaja pertama terfikir:
Layang-layang dapat terbang sebegitu tinggi semua kerana “angin”. Apabila layang-layang sudah tinggi, sudah pasti dia tak akan lupa jasa “angin”.


Remaja kedua pula terfikir:
Tinggi macam mana pun layang-layang terbang, ia tetap di bawah kawalan kanak-kanak dengan seutas tali. Alangkah baiknya kalau kita sentiasa mendapat “tali” ketika berdepan dengan saingan kita… Hahaha…


Remaja ketiga pula terfikir:
Layang-layang boleh terbang sebegitu tinggi menjadi pemandangan yang sebegitu indah adalah hasil kerjasama angin, tali dan juga kanak-kanak tersebut. Nampaknya kerja berpasukan paling penting.


Beberapa tahun kemudian, ketiga-tiga remaja mempunyai nasib berbeza.
Remaja pertama naik pangkat dengan cepat dengan mengampu dan akhirnya dipecat kerana tidak berkebolehan.

Remaja kedua pula didakwa kerana mengintip.
 
Remaja ketiga, kerana yakin bahawa kerja berpasukan adalah perkara yang sangat penting, akhirnya menjadi seorang usahawan yang berpengaruh dan berjaya.
 
Wahai anakku,
Apa pula pandangan kamu terhadap layang-layang yang terbang tinggi?


Jaga buah fikiran kamu, kerana ia akan menentukan siapa kamu pada akhirnya.
 
Senyum

Siapa Ayah....?


Salam...berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....
 
Bila mak tak tenteram ketika mengandungkan anak, ayah menemani mak...ayah tak kisah

Bila mak beranak, ayah jaga mak, ayah memasak sambil jaga anak yang lain...ayah tak kisah
 
Bila anak menangis, mak marah anak, ayah marah balik mak, mak pergi pujuk anak...ayah tak kisah
 
Bila dapat gaji, ayah bagi duit kat mak untuk cukupkan belanja...ayah tak kisah
 
Bila baju sekolah dan baju harian dah buruk, ayah suruh mak beli baju baru, sedang baju ayah sendiri dah lusuh, seluar dalamnya dah tetas...ayah tak kisah
 
Bila ayah lepaskan anaknya untuk berkahwin, tiada yang tanya perasaan ayah yg menangis di hati melepaskan anak yang dia sayang dan kasih...ayah tak kisah
 
Bila anak peluk mak, tunjukkan sayang mak, ayah pendam rasa...ayah tak kisah
 
Bila anak tak datang menjunguk ayah menghitung hari...disuruh mak menelefon anaknya bertanya khabar.... 

Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak, mak masak dapat pujian...ayah tak kisah
 
Bila anak berjaya dalam pelajaran, ayah nangis gembira di dalam bilik, tiada yang tahu...ayah tak kisah
 
Bila anak telefon cakap rindu kat mak, tapi langsung tak nak cakap dengan ayah, ayah sedih tapi janji mak gembira...ayah tak kisah
 
Begitulah pengorbanan seorang ayah.

Dia tak kisah bajunya carik, dia tak kisah badannya letih, dia tak kisah jika tiada yg merinduinya, dia tak kisah jika semua pujian dilemparkan pada mak...

Kerana yang dia kisah...agar anaknya membesar dgn baik, cantik baju dan akhlaknya, agar isterinya bahagia, agar keluarganya hidup sempurna...

Ayah seorang jeneral yang tak pernah mintak balasan atas segala usaha murninya.

Jadi...sayangilah ayah kita sebagaimana kita sayangi mak kita...ayuh!!!
 

Kasih ibu membawa ke syurga...kasih ayah pula sepanjang masa....
 

Diari seorang ayah.