Rabu, 30 Oktober 2013

Alkisah Menderma



Sedang berjalan-jalan, ada orang datang meminta derma. Jejaka tampan berpakaian kemeja bertali leher berkata ia adalah untuk rumah orang tua, Ustaz Rani terus memberikan derma.

Semasa makan, ada pula orang yang datang menjual pen, katanya adalah tujuan untuk mengutip derma bahawa sebuah sekolah agama berdekatan, Ustaz Rani terus memberikan derma.

Kemudian...
, datang lagi seorang makcik buta yang dipimpin seorang anak perempuan yang datang menjual tisu untuk mengutip dana, Ustaz Rani sekali lagi terus memberikan derma.

Datang pula seorang kanak-kanak yang datang menjual keropok dari Terengganu dan merayu-rayu agar kami membeli keropoknya, Ustaz Rani membeli 3 dan duit lebih berbaki diberikan kepada kanak-kanak itu dengan pesanan belajar baik-baik.

Selepas makan, berjalan ke kereta terjumpa seorang yang memakai jubah sedang menjual buku agama, katanya untuk mencari dana untuk membaiki surau di kampungnya, Ustaz Rani terus membeli tiga buah buku.

“Banyak duit pakcik saya. Semua orang pakcik beri duit. Tapi kebanyakan mereka ini menipu duit pakcik saja dengan menagih simpati,” kata saya yang mengikuti Ustaz Rani.

“Astaghfirullah. Manalah pakcik ada duit banyak. Pakcik bagi aja sebab rasa seronok lihat orang gembira,” jawab Ustaz Rani.

“Mestilah gembira. Mereka dapat tipu pakcik saya yang baik hati dapat duit, mestilah gembira. Yang kena tipu ini pun gembira, itu yang saya pening,” sindir saya.

“Ini anta kena belajar mengawal otak. Masa menderma, saya cuma ada niat untuk membantu orang. Bagi saya, saya harap derma saya dapat mengurangkan sedikit sebanyak kesusahan hidup dia. Saya tak fikir mereka menipu.

Jika saya fikir mereka menipu, yang susah hati ialah saya bukan mereka. Saya nak menderma untuk berasa seronok, bukan menderma untuk rasa marah kena tipu. Jadi buat apa saya nak sangka buruk pada mereka kerana sangka buruk saya yang menyebabkan hati saya susah dan bukan mereka.

Saya seronok melihat mereka tersenyum. Itu sudah cukup. Saya dapat senyuman. Jika saya bersangka buruk bila nak melakukan niat derma, saya takkan dapat amalkan derma pada sesiapa kerana semua yang datang minta akan saya sangsi.

Daripada 5 tadi, kalau ada 1 yang saya dapat bantu pun saya dah gembira. Yang 4 lain mungkin ambil duit tadi untuk membeli makanan untuk anak-anak mereka, jadi saya kiralah saya membantu mengurangkan kelaparan untuk sekali makan.

Jadi kawallah otak. Buat dengan niat betul dan jangan sangka buruk. Jika kita sangka buruk apabila orang memerlukan bantuan, orang lain juga akan sangka buruk pada kita apabila kita meminta bantuan.

Duit ini tak boleh pegang. Sampai tangan kita, ia membantu kita. Apabila kita ada lebih sedikit bagilah orang lain untuk bantu orang lain pula. Makin kamu beri, makin banyak kamu akan dapat, percaya wahai anakku,” jawab Ustaz Rani.

Saya terdiam dan malu. Saya ingat saya hebat mengenali penipu derma, tapi sebenarnya saya jahil kerana mata saya hanya dapat melihat keburukan orang tapi tidak keburukan sendiri.

Wahai anakku,
Buat segala perkara dengan niat ikhlas. Jauhi sangka buruk, kerana yang terkena racun ialah hati kamu sendiri dan bukan hati orang yang disangka buruk olehmu.

Senyum

Kisah Tudung

Seorang wanita beragama islam sedang ditemuduga oleh seorang boss Cina utk mendapatkan kerja.

Mr.Lim : Awak Islam?
Yana    : Yeap

Mr Lim : Ouh awak betul betul nak kerja sini?
Yana    : Ha'ah, dah lama saya mengidamkan kerja ni ..

Mr Lim : Apa yang awak bole bagi dekat saya?
Yana    : Apa yang encik mahu, saya akan beri. apa yang encik arah , saya akan taat. Saya janji! ...


Mr Lim : Awak memang tak pakai tudung? i mean tutup aurat?
Yana    : Tutup tutup aurat ni encik Lim orang kampung je buat..

Mr Lim : Hmm tadi awak janji akan taat dekat semua perintah saya? .. tak percayalahh.. perintah Tuhan awak pon awak tak taat, lagikan perintah saya. hm maaf, saya tak dapat terima awak.
Yana    : *keluar sambil hempas pintu*

Nasihat Hati

Dulu saya pernah di interview banyak kerja selepas belajar. Ada satu tempat jawatan HR tapi bahagian macam kaunseling.
 
Mereka tanya saya bagaimana jika orang besar nak dengar nasihat kamu. Kamu tiada kereta, tiada rumah, belum ada lesen kereta pun.
 
Janggut panjang, muda lagi, belum kahwin. Mereka tanya dengan sangat serius. Tali leher pun dari mydin jer.

Saya kata saya tiada apa-apa. Cuma sedikit nasihat buat saya dan tuan juga.
 
Seorang turun kereta mercedes, bmw, seorang berjawatan dan pangkat besar. Bila dia jalan semua orang beri salam dan hormat pada dia.
 
Tapi esoknya orang yang sama turun kenderaan buruk dan biasa dan tiada lagi pangkat. Orang tidak pandangnya lagi.

Itu maknanya bukan dirinya yang mulia. Tapi keretanya atau pangkatnya.
 
Atau itu juga tanda iman yang melihatnya. Itulah kehinaan buat diri manusia. Paling malang ada orang ukur ahli keluarganya juga berdasarkan harta dunia.
 
Mereka mungkin kaya tapi jiwanya miskin.

Kemuliaan sebenar seperti Umar ra walaupun mungkin ada baju bertampal dan hanya 2 helai pakaian tapi Allah beri kemuliaan padanya dari hati semua orang dan dunia dan paling utama di sisi Allah

Orang dulu ada yang sangat kaya dunianya tapi mereka sangat taat Allah.

Kata Umar ra, dulu kita hina tapi kita dimuliakan hanya kerana Islam.

Bawa Islam dengan sebenarnya itulah kejayaan, kemuliaan, paling utama keredhaan Allah-

Alkisah Gelas

Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya balik melawat ustaz kesayangan kita di universiti.

Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Beliau seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.

Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.

Di tengah-tengah, perbualan bertukar arus kepada rintihan mengenai tekana
n di tempat kerja dan kehidupan.

Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengerumudi tekanan kerja dan hidup seharian.

Waktu itu, Ustaz Abu Khari bangun dan ke dapur untuk menyediakan air kepada kami.


Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yang biasa, yang mahal, yang unik rekabentuknya – dan menyuruh kami untuk menghidangnya sendiri.

Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.

“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua."

Kita tahu cawan tidak akan mengenakkan lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada di situasi tertentu ia memendamkan apa yang kita minum.

Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.

Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia sebagai cawan - mereka cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan.


Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada.

Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmat kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.

Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.

“Orang yang gembira dan bahagia tidak memiliki segalanya. Mereka cuma memanfaatkan apa yang ada,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.

Kami semua tersenyum.

Wahai anakku,
Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum.

Senyum.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Just For Thought

the sea is common for all...

some take pearls,
some take fishes,
some come out just with wet legs.

the world is common to all - what we get is what we try for..!

Kisah Tudung & Topi Keledar

Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut.

Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling, datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan kedai gunting itu juga.

Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya, budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu.

"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.

"Ya dik..." jawabnya.

Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"

Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.

Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"

Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...

Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun....

Fikir2kanlah

Kisah 30 Orang Yang Pertama...

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM 

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Kisah Aidil Adha

Untuk renungan kisah sebelum menyambut Aidil Adha,

Kisah seorang penjual haiwan ternakan:
Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separuh umur sedang memperhatikan jualan kami.

Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan"...

Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil.

Kalau yang itu harganya RM300, jawab saya.
"Harga paling diskaunnya berapa?"
"RM250 bolehlah kak". harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..
“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”.

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak...”

Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan.


Ketika sampai di rumah wanita tersebut.....Astaghfirullaah... Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sedang tidur seorang nenek tua yang kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa". Perempuan tua itu terbangun.

“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya....

Ya Allah...Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hambaMU yg satu ini. HambaMU yg Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu,

“Tak mengapalah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yang tanggung"

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yang sudah mempertemukan dengan hambaNYA dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....

Semoga Allah menginsafkan kita...

Kisah Nabi Idris Dengan Malaikat Izrail

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan solat sampai puluhan rakaat dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari.
 
Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.
 
Maka bermohonlah ia kepada Allah SWT agar diperkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia.
 
Allah SWT mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, ya Nabi Allah". Salam Malaikat Izrail,

"Wa'alaikum salam warahmatullah". Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail.
 
Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Allah sampai keesokan harinya.
 
Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.
 
Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak tetamunya itu berjalan-jalan ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.

"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita" pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"Subhanallah, (Maha Suci Allah)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah.
 
Diam-diam beliau keliru tentang tetamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya?" tanya Nabi Idris a.s.

"Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
 
"Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s

"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.

"Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s.
 
Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali.
 
Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.

"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAllah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain.

Oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan kita. Jika kita mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan, malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan kita.

Antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halusPada waktu pagi selalunya kita akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika kita memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah kita lancar maka tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan bertenagadan kita juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila kita mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Untuk yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk kita mengurangkan penyakit. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Jika mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk kita menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, kita tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Alkisah Sebotol Ubat

Setelah berkahwin 20 tahun, akhirnya sepasang suami isteri dikurniakan seorang cahaya mata.

Anak lelaki itu menjadi fokus kehidupan Pak Jamal dan Kak Ros Hitam.

Satu hari, ketika Musa berusia dua tahun, Pak Jamal terlihat sebotal ubat tidak tertutup di atas meja.

Oleh kerana Pak Jamal sudah terlewat dengan kerja, Pa


k Jamal memesan isterinya untuk menutup botol ubat tersebut dan meletakkan kembali ke dalam almari.

Kak Ros Hitam yang sibuk dengan kerja-kerja rumahtangga terlupa akan pesanan suaminya.

Musa melihat botol itu dan tertarik dengan warna ubat telah mengambil botol itu dan minum semua ubat.

Ubat itu berupa racun dan hanya boleh dimakan orang dewasa pada kadar yang kecil.

Musa pengsan, Kok Ros Hitam menjadi panik dan terus memandu kereta melanggar pagar rumah terus ke hospital.

Setiba di hospital, muka Musa amat keputihan, anaknya sudah berada dalam keadaan koma.

Kak Ros Hitam tersangat terkejut dan takut. Bagaimana saya nak menghadapi suami saya?

Pak Jamal yang sayu tiba di hospital melihat anaknya sedang diselamatkan di dalam bilik pembedahan.

Pak Jamal melihat Kak Ros Hitam yang penuh dengan air mata dan ketakutan.

Sebelum Kak Ros Hitam ingin menjelaskan apa-apa, Pak Jamal terus memeluknya dan berkata, “Abang sayang Ros,” sambil mencium dahinya.

Kak Ros Hitam terkejut dengan sikap suaminya yang tidak berang kerana kecuaiannya tidak menutup ubat botal seperti yang disuruh.

“Ayang yang salah. Abang salahkan sayang saja. Ayang lupa pesan abang tutup botol ubat. Sekarang ayang rasa amat menyesal dan bersalah menangguhkan kerja,” kata Kak Ros Hitam yang mengharapkan suaminya memarahinya supaya dia boleh merasa lega atas kesilapannya.

“Ayang. Anak kita di dalam koma. Tak guna kita mencari siapa yang salah. Kalau abang tadi ambil masa 30 saat untuk tutup semula botol ubat tadi, semua ini pun tak akan terjadi. Tiada gunanya mencari siapa silap apabila perkara sudahpun berlaku. Kita hanya boleh berdoa memohon ampun Allah dan mengharapkan terbaik daripada Allah sekarang,” jelas Pak Jamal.

Kak Ros Hitam sangat tersentuh dengan kata-kata Pak Jamal lalu memeluknya dengan erat sambil memegang tangannya menunggu keputusan dari doktor.

Setelah 6 jam bertarung, doktor memaklumkan pada Pak Jamal dan Kak Ros Hitam, anak mereka Musa dapat diselamatkan….

Pengajaran:
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini, manusia lazimnya suka menghabiskan banyak waktu untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan – samada di tempat kerja, dalam hubungan keluarga, suami isteri mahupun persahabatan – sehinggakan kita terlupa pentingnya silaturahim antara manusia perlu dipellihara.

Ramai terlupa, memaafkan seseorang sebenarnya perkara yang paling mudah di dunia daripada menyimpan dendam dan marah.

Manusia perlu belajar menghargai apa yang ada. Jangan lipat-gandakan kesakitan, keperitan dan kesengsaraan dengan berpegang kepada sikap sudah memaafkan.

Lepaskan segala rasa dengki, cemburu, tidak rela memaafkan, mementingkan diri sendiri, ketakutan pada perkara yang tidak tahu dan anda akan mendapati segala perkara di dunia ini sebenarnya mudah.

Seperti Pak Jamal, dia mengetahui apa yang Kak Ros Hitam perlukan pada waktu anaknya sedang koma dan diselamatkan oleh para doktor ialah kasih sayang dan ambil berat dan sokongan dan bukannya seorang suami yang menyalahkan dia atas kecuaiannya.

Senyum.

Alkisah Sebatang Lilin

 
Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rmh seorang ibu miskin dengan 2 anak.
 
Satu malam tiba-tiba lampu terpadam dan dengan bantuan cahaya handphone dia ke dapur mahu mengambil lilin.
 
Tiba-tiba ada yg mengetuk pintu, ternyata anak miskin sebelah rumah. Anak itu bertanya dengan risau : "Kakak, ada lilin tak?"

Gadis itu berfikir : JANGAN PINJAMKAN nanti jadi satu kebiasaan, maka si gadis berteriak, ...
"TIDAK ADA!!".

Ketika itulah si anak miskin berkata riang: "Saya sudah duga kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami bimbang kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan airmata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat.

Sahabat, janganlah kita mudah BERPRASANGKA, dan BERKONGSILAH...

Kerana kekayaan tidak bergantung kepada berapa banyak kita ADA, tetapi berapa banyak KITA BOLEH MEMBERI.

Selamat berkongsi