Jumaat, 16 Ogos 2013

Kisah Seorang Muslim

Ada satu kisah tentang seorang Muslim.
 

Pada satu hari yang indah, dia telah berkata; ALLAHU AKBAR
 

Kemudian dia menyambung lagi; LAILLAHA ILLALLAH MUHAMMADURASULULLAH
 

Setelah itu dia berkata; LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADZALIMIN
 

Dia menambah sedikit lagi; SUBHANALLAH WA BIHAMDIHH SUBHANALLAHIL ADZIM
Dengan mengucapkan semua itu; Dia telah diberi ganjaran pahala yang sangat besar dari ALLAH SWT.
 

Anda mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu ?
 

Orang itu adalah ANDA... Insya Allah.

Alkisah Bersama Atuk

Seorang budak kecil telah pergi berjumpa dengan atuknya dan memberitahu:

“Atuk. Him akan menjadi seorang yang berjaya apabila dewasa nanti. Boleh atuk bagi tips bagaimana nak ke sana?”

Atuk Nik Aziz memegang tangan cucunya Ibrahim tanpa berkata apa-apa dan membawanya menaiki motor untuk membeli 2 pohon pokok kecil.

Sebaliknya di rumah, atuk mengarahkan cucunya untuk menan...
amkan satu pokok di dalam pasu dan membawanya ke dalam rumah dan satu pokok di kebun belakang rumah.

“Him jaga pokok dalam pasu ini baik-baik. Siram tiap-tiap hari dan baja tiap-tiap minggu. Yang pokok di luar, siram air sekali sekala dah cukup,” pesan atuk.

Setelah seminggu, atuk Nik Aziz bertanya kepada cucunya:

“Him, rasa pokok mana yang akan lebih berjaya pertumbuhannya di masa depan?” tanya atuk.

Ibrahim berfikir sejenak sebelum menjawab: “Pokok dalam rumah atuk. Sebab Him jaga dengan baik. Ia dilindungi dan selamat. Yang luar itu tak ada orang jaga.”

Atuk Nik Aziz cuma bersenyum.

Kemudian untuk beberapa tahun, Ibrahim kembali ke kampung menjenguk atuknya.

“Atuk, Him nak keluar negara belajar. Atuk sehingga sekarang tak pernah jawab soalan Him bagaimana Him boleh jadi seorang yang berjaya,” tanya cucu.

Atuk Nik Aziz membawa cucunya untuk melihat pokok di dalam rumah dan pokok yang ditanam di belakang kebun ketikanya masih kecil.

“Masih ingat dua pokok ini? Siapa lebih besar?” tanya atuk.

“Yang di luar. Tapi ini tak masuk akal, kerana di luar cabaran lebih mencabar untuk pokok berbanding yang di dalam,” kata cucunya.

“Ya, risiko menghadapi ujian yang direka Allah di dunia ini adalah berbaloi. Akar pokok di luar mempunyai kebebasan untuk mencari air sehingga ke teras bumi manakala daun boleh tumbuh mencapai langit. Him, kena ingat teori ini dalam segala apa yang Him lakukan. Jika Him memilih jalan tanpa risiko dan cabaran, Him tidak akan tumbuh seperti pokok dalam pasu.

Jika Him berani menghadapi cabaran dengan hati tenang dan yakin bahawa Allah bersama Him, Him akan membesar seperti pokok di luar. Usah takut pada cabaran, Allah membuatnya untuk memberi pemahaman dan untuk manusia mencapai potensi yang tidak diketahui mereka,” terang atuk.

Ibrahim mendengar dengan khusyuk dan mengetahui bahawa apa yang diterangkan atuknya adalah benar.

Wahai anakku,
Janganlah engkau selalu memilih jalan tanpa perlu sebarang perjuangan dan kesusahan, kerana kamu tidak akan dapat mencapai potensi kamu sebenar dan berjaya dalam apa yang kita lakukan.

Renungkan kembali hidupmu, wahai anakku. Apakah bukan kamu memohon kekuatan daripada Allah tatkala kamu menghadapi kesulitan? Dan akhirnya kamu berjaya melalui kesulitan kerana Allah memberikan kekuatan kepada kamu.

Apakah bukan kamu memohon kesabaran daripada Tuhanmu tatkala kamu menghadapi gelora emosi amarah kamu? Dan akhirnya kamu berjaya mengawal amarah kamu dengan kesabaran yang dikurniakan Allah padamu.

Wahai anakku,
Aku bimbang kamu terjatuh dan ditipu dunia luar. Tapi aku tidak boleh membiarkan kamu menjadi pokok di dalam pasu di bawah pelindungan aku senantiasa. Maka aku terpaksa mengeras diri melihatmu jatuh dan sesekali ditipu dunia luar walaupun ia amat menyakitkan hatiku dan bondamu, kerana aku tahu menjadi pokok di luar taman adalah yang terbaik padamu.

Jadi, apakah kamu? Pokok di luar atau pokok di dalam pasu?

Senyum.

Renungan Ibu Tentang Ayah

Anakku...
 

Memang ayah tak mengandungmu,
tapi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu...
 

Memang ayah tak melahirkanmu,
tapi suaranya-lah yang pertama menghantarkanmu pada Tauhid ketika kau lahir...
 

Memang ayah tak menyusuimu,
tapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu...
 

Nak......

Ayah memang tak menjagaimu setiap saat,
tapi tahukah kau dalam doanya selalu ada namamu disebutnya...

Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar kerana dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak aman...

Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Ibu, kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu...

Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri...

Jauh didalam hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Rasulullah s.a.w, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka..

Ibu hanya ingin kau tahu nak..

Bahawa...

Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta Ibu...

"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya, kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya dari padamu" (HR. Bukhari)

Anakku...

Pada diri ayahmu juga terdapat syurga bagimu...

MAKA HORMATI, SAYANGILAH AYAHMU DAN DOAKAN LAH AYAH MU YANG SUDAH TIADA YG TIDAK PERNAH PUTUS MENGHARAP DOA ANAKNYA YG SOLEH DAN SOLEHAH...

Segelas Air

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, saya nak segelas air kosong... boleh?

"Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”

“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”

Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.

Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.

Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

MORAL OF THE STORY...
Walaupun kecil sahaja bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan keikhlasan, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita.

Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.

Alkisah Seekor Gajah Yang Tidak Ketahui

6 orang sahabat yang dilahirkan buta selalu suka berhujah siapa yang ada cerita terhebat. Pada satu hari, mereka berhujah mengenai binatang besar iaitu gajah.

Mereka pernah mendengar gajah dalam banyak cerita yang diceritakan, tapi mereka tidak pernah melihat kerana buta. Oleh kerana 6 orang sahabat itu bertekad untuk melihat seorang gajah, mereka telah me...
nggaji seorang penggembara bernama Ismail untuk membawa mereka ke hutan dan mencari gajah.

Setibanya di hutan, Ismail membawa mereka berjumpa dengan seekor gajah yang agak jinak. Keenam-enam sahabat cuku teruja dan ingin menyentuh gajah untuk melengkapkan imej gajah yang sering bermain di minda.

Disebabkan mereka buta, tiada yang dapat melihat gajah secara keseluruhan.

“Wahai sahabatku sekalian,” kata lelaki pertama. “Ana rasa jawapan ini secerdik ana – gajah ini bagaikan lumpur yang terkering di bawah matahari terik.

“Sekarang sahabatku sekalian,” kata lelaki kedua dengan yakin. “Ana boleh beritahu gajah ini macam lembing.”

Sahabat-sahabat lain tidak percaya dengan jawapan tersebut.

Orang ketiga pula berkata gajah ini seperti tali manakala yang orang yang keempat itu berkata gajah ini seperti ular.

Orang kelima lebih angkuh dan ketawa terbahak berkata, “Jangan kamu lawan kecerdikan ana. Gajah ini bentuk dia macam kipas.”

Orang keenam pula berkata gajah ini seperti batang pokok. Jawapan ini langsung tidak dipercayai oleh lima sahabat yang lain.

Setibanya di kampung, 6 sahabat ini bergaduh lagi sama-sama mempertahankan versi bentuk gajah mereka adalah jawapan paling tepat kerana semua merasai diri sendiri betul kerana telah menyentuh gajah tersebut.

Semua jawapan mereka separuh betul, walaupun semuanya silap kerana saling hanya menyentuh gajah pada ruang yang kecil sahaja, iaitu telinga, gading, kaki, mulut, belalai dan ekor.

Wahai anakku,
Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri yang bergantung penuh pada pengalaman sendiri. Pengalaman itu adalah seperti sentuhan jari keenam-enam pada badan gajah. Jangan kamu cepat menidakkan satu pandangan tatkala kamu sendiri tidak mendapat gambaran penuh seperti orang buta di atas.

Adakalanya wahai anak kesayanganku, kulit, mata dan telinga kamu merasakan sesuatu yang bermain di minda kamu itu betul, tapi sebenarnya ia hanya separa betul yang tersilap secara keseluruhannya. Ia umpama orang buta tadi meneka bagaimana rupanya seekor gajah tanpa seorang pun daripada mereka yang dapat menyentuh gajah itu secara keseluruhannya.

Wahai anakku,
Aku bimbang engkau menghukum semata-mata berdasarkan rentetan peristiwa dan bukannya bukti yang nyata lalu aku nukilkan cerita di atas. Aku cukup bimbang kamu gagal mengawal mindamu yang mudah bersangka buruk itu yang mudah mengaitkan sesuatu peristiwa yang tidak disukaimu dengan peristiwa yang lain untuk dijadikan sebagai bukti untuk menghukum seseorang walaupun realitinya dua rentetan peristiwa itu tidak berkaitan.

Jangan kerana kamu terpegang tanduk gajah, lalu kamu simpulkan bahawa bentuk gajah seperti lembing seperti orang buta di atas. Elakkan sedemikian untuk menjauhi dosa menfitnah yang bakal menghumbanmu ke neraka.

Senyum.

Alkisah Anak Seorang Kaya

Seorang yang kaya meminta seorang ustaz untuk membuang perangai buruk pada anak sulungnya.

Ustaz tersebut membawa budak tersebut berjalan ke dalam hutan…

Budak yang nakal tersebut pun mengikut ustaznya…

“Along, cuba cabut pokok itu,” ustaz tersebut menunjukkan kepada satu anak pokok yang kecil di hutan…

Dengan mudah, budak tersebut mencabut pokok tersebut. “Mudah saja ini ustaz…. Saya guna dua jari dah boleh keluarkan…” Budak tersebut berkata dengan bangga.

Ustaz kemudian menunjukkan kepada satu anak pokok yang lebih besar dan berkata, “Cuba ini pulak. Tengok Along cukup kuat untuk keluarkan pokok ini pula..”

Budak tersebut menggunakan dua tangan dan mengeluarkan pokok tersebut.

“Mudah saja juga pokok ini ustaz…” katanya dengan bangga.

Kemudian ustaz untuk menunjukkan kepada satu semak… “Cuba ini pula...”

Budak tersebut tidak mahu mengaku kalah, menggunakan segala tenaganya untuk mencabut semak tersebut.

Selepas 10 minit, budak tersebut berjaya… “HAHAHAHHA Ustaz, ini susah sikit, tapi tak kalah juga…” katanya dengan ketawa..

Kemudian ustaz menuding jari kepada satu pokok jambu batu yang tinggi daripada budak tersebut… “Cuba pokok tu pulak…”

Budak itu mencuba, mencuba – kerana tidak suka mengalah, ia mencuba sehingga putus asa – “Tak boleh ini ustaz… tak mungkin Along dapat keluarkan,” kata budak itu tercungap-cungap.

“Ini sama juga dengan perangai buruk,” kata ustaz. “Apabila ia masih muda, ia mudah untuk dicabut, tapi apabila tua, ia susah dicabut.”

Kata-kata ustaz tersebut mengubah hidup Along.

Wahai anakku,
Kadangkala aku menegurmu atas perangai burukmu adalah kerana aku takut engkau biarkan perangai buruk berakar tunjang di dalam badan kamu.

Wahai anakku,
Buangkannya ketika ia masih muda, ketika kamu masih boleh mengawalnya… jika tidak, akar itu akan bakal mengatasi kamu dan mengawal kamu sebaliknya. Ambillah peluang di Syawal ini untuk membuang segala perangai burukmu.

Senyum.

Alkisah Cerita Seorang Pengurus

"Salam ustazah, saya terasa sangat hilang arah... tak tahu apa yang perlu dibuat, difokus dan tidak gembira... keluarga dan suami, anak rasa terabai... ustazah minta bantu," kata Jannah kepada ustazah di kampungnya...

"Jannah ini seorang yang sibuk ke.... sibuk sampai tak ada masa?" tanya ustazah tersebut...

"Ya...." jawab Jannah.

"Boleh bagi ustazah 15 mi...
nit... jalan-jalan dengan di tepi pantai..." ustazah bercadang.

"Ustazah, buat apa jalan-jalan... saya tak ada masa.... kalau ada jawapan jawablah saja... tolonglah saya..." kata Jannah yang mula mengalirkan air mata....

Ustazah tersebut melihat Jannah yang kenangisan lalu membawa sebuah balang dan memegang tangan Jannah dan memaksa beliau ikut berjalan di tepi pantai...

Apabila terjumpa batu-batu yang agak besar, ustazah tersebut memungutnya dan memenuhkan balangnya....

"Mengapa ustazah masuk dalam balang... berat lah jadi balang ini... ingat ustazah nak pergi ambil air laut...." kata Jannah.

"Balang ini penuh tak?" tanya ustazah pada Jannah...

"Penuh dengan batu..." jawab Jannah....

Mereka meneruskan perjalanan... apabila terjumpa batu kerikil, ustazah memungutnya dan memasukkan ia dalam balang yang dipenuhi batu besar tadi....

Batu kerikil pun memenuhi ruang kosong antara batu-batu besar dalam balang tersebut....

"Lagi beratlah ustazah... buat apa masuk banyak lagi batu... dah tak muat dah..." kata Jannah...

"Penuh tak balang ini," tanya ustazah sambil bersenyum....

"Dah terlalu penuh..." jawab Jannah....

Kemudian, ustazah mengambil pasir halus dan memasukkannya ke dalam balang... ruang kosong balang kini dipenuhi pasir....

"Penuh tak balang ini?"

"Penuhlah... dah tak boleh masuk perkara lain... apa ustazah buat ini... beratlah balang itu..." kata Jannah....

Kemudian, ustazah menggunakan tangannya untuk menyedok air laut ke dalam balang yang penuh itu sehingga penuh....

"Penuh tak balang ini?"

"Ini dah melimpah dah ustazah... mestilah penuh..." kata Jannah...

Ustazah menyuruh Jannah memegang balang yang berat tersebut sekejap... dan bercerita...

"Jannah, bayangkan balang ini adalah hidup Jannah. Batu-batu besar tadi melambangkan perkara penting dalam hidup Jannah seperti, keluarga, anak, kesihatan, suami... benda-benda yang paling penting dalam hidup Jannah.

Tanpa batu kerikil, pasir mahupun air laut, hidup Jannah masih penuh seperti yg dijawab Jannah semasa ustazah masukkan batu-batu tadi ke dalam balang...

Jika Jannah mengambil berat mengenai batu-batu ini, masih ada ruang untuk perkara lain yang lebih penting seperti kereta, rumah dan pekerjaan seperti batu kerikil yang memasuki balang....

Yang lain dalam kehidupan seperti pasir dan air... adalah tidak penting... tapi masih boleh menjadi sebahagian hidup kita asalkan batu-batu besar diberi perhatian khusus....

Kalaulah balang ini, Jannah masukkan pasir dan air dulu... boleh ke Jannah masuk batu-batu besar ke dalam balang?"

............

Jannah tersengam. Tetiba balang yang berat itu terasa ringan dan dibawanya balik ke rumah... kehidupan Jannah berubah hari itu.

Wahai anakku,
Jika engkau menghabiskan masa untuk perkara-perkara tidak penting seperti pasir dan air... engkau akan tiada masa untuk perkara-perkara yang penting. Fokuskan perhatian kamu kepada perkara-perkara yang kritikal kepada kegembiraan kamu... yang lain akan ada ruangnya untuk dimasukkan di dalam kehidupan kamu seperti pasir dan air.

Jaga batu-batu besar dulu, itu yang penting... yang lain hanyalah pasir. Jangan kamu lupakan petua ini, jika tidak, kamu akan membazirkan banyak masa yang ditetapkan oleh Allah kepadamu pada perkara-perkara yang kurang penting.

Senyum.

Alkisah Buluh Muda Dengan Balak

Di musim panas, langit bertukar mendung. Musim mula bertukar dan angin semakin kencang.

Semasa angin kencang bertiup, pokok balak berdiri megah, manakala pokok buluh muda membengkok.

“HAHAHAHAHA… anta ini lembik, sikit angin dah bengkok sebegitu,” sindir balak pada pokok buluh muda.

Musim tengkujuh, angin taufan bertiup paling kencang.
...

Balak akhirnya tertewas dan tumbang bersama akarnya dan jatuh pengsan. Pokok buluh muda pula bertahan walaupun badannya membengkok sehingga 90 darjah.

Setelah angin berhenti, pada keesokkan harinya, ribut taufan berhenti, matahari kembali menceriakan suasana. Balak tersedar dari pengsan melihat keadaan sekeliling.

Terkejut balak melihat buluh berdiri tegak dan dia terlantar di atas tanah hutan.

“Ana tinggi dan kuat, tapi anta kecil dan kurus, bagaimana angin itu boleh mencabut akar ana tapi tidak berbuat apa pada anta?” tanya balak.

Buluh muda tersenyum dan menjawab, “Angin akan bertiup dan ia tidak dapat dihentikan… melainkan kuasa Allah. Mereka yang terlampau bangga dan degil tidak akan dapat menahan serangan angin. Mereka yang rendah diri dan boleh melentur akan terus berdiri setelah ribut berlalu.”

“Ah, alangkah sedapnya cuaca hari ini. Cuaca sudah berubah,” tambah buluh muda lagi.

Wahai anakku,
Bila angin bertiup kencang dalam kehidupanmu, engkau jadilah seperti buluh muda dan bukannya balak. Nescaya kamu akan dapat mengharungi segalanya dengan senyuman.

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu

"Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya." (Hadis laporan ad-Dailami)

ADA 2 orang adik-beradik iaitu Amin (abang) dan Adi (adik). Amin sangat baik sejak kecil sehingga dewasa. Dia tidak perna
h melakukan sebarang perkara jahat mahupun maksiat. Ibu bapa, keluarga serta masyarakat sangat menyayangi Amin.

Adi pula sangat nakal sejak kecil. Apabila dewasa Adi menjadi individu yang jahat. Dia pernah dipenjarakan tetapi tidak pernah insaf. Hidupnya sering bergelumang dengan maksiat. Melihat perangai Adi yang teruk ini, ibunya sering berdoa agar Allah memberikan Adi hidayah dan kembali ke jalan lurus.

Suatu hari, Adi memberitahu ibu dan Amin yang dia ingin memulakan perniagaan. Dia meminta sebahagian harta peninggalan arwah ayahnya. Ibunya dan Amin berasa lega kerana mereka sangka Adi sudah berubah dan ingin bertaubat. Rupa-rupanya tidak, Adi ingin membuka sebuah rumah pelacuran. Ibu dan abangnya enggan memberikan dokumen harta pusaka tersebut.

Pada waktu malam, Adi cuba mencuri dokumen itu tetapi dihalang oleh ibunya. Adi menendang ibunya. Dalam kesakitan, ibunya berdoa lagi agar Adi kembali ke jalan yang diredhai Allah. Tanpa bantuan ibu dan abangnya, Adi berjaya juga membuka sebuah rumah pelacuran.

Selepas kejadian itu, Amin tiba-tiba mendengar satu suara halus yang membandingkan dirinyadengan Adi. Suara itu berkata:" Sejak kecil sehingga sekarang, engkau asyik beribadah, tidak pernah merasai nikmat dunia. Lihat adik kamu, sentiasa ada wanita sekeliling pinggang. Apa kata kamu kunjungi rumah pelacuran adikmu. Sekali sahaja. Selepas itu, bertaubatlah. Allah pasti menerima taubatmu kerana Allah Maha Penyayang."

Amin berazam untuk pergi ke rumah pelacuran adiknya pada malam itu selepas solat Maghrib.

Dalam masa yang sama, Adi yang berada di rumah pelacurannya mula terfikir:" Sampai bila aku perlu hidup dalam maksiat. Semua orang membenci aku. Jika berterusan begini, pasti aku akan masuk neraka dan abangku sudah tentu akan masuk syurga. Aku tak masuk terus hidup dalam maksiat. Aku perlu berubah. Malam ini juga, aku akan ke masjid untuk solat bersama-sama abangku."

Pada malam itu, Amin dan Adi meneruskan niat masing-masing. Disebabkan mereka tidak melalui jalan yang sama, mereka tidak berselisih.

Adi pun meninggalkan rumah pelacurannya. Amin pula selepas pulang dari solat Maghrib, terus menyalin pakaian dan menuju ke rumah pelacuran. Tiba di sana, dia tidak berjumpa dengan adiknya. Semua orang tidak tahu di mana Adi. Akhirnya, Amin berjumpa dengan Mira, seorang pelacur yang pernah menggodanya dahulu. Mira menyambutnya dengan mesra dan akhirnya mereka berdua tenggelam dalam maksiat.

Sementara itu, Adi yang telah tiba di masjid tercari-cari abangnya. Dia tidak menemui Amin. Malahan semua orang di masjid tidak tahu di mana Amin. Adi pun terus mendirikan solat dan melakukan wirid kerana benar-benar ingin bertaubat.

Tiba-tiba berlaku satu gempa bumi yang kuat. Semua orang dalam masjid itu bertempiaran lari keluar kecuali Adi yang begitu kusyuk berwirid.

Banyak bangunan yang runtuh akibat gempa bumi itu. Keesokan harinya, orang ramai sibuk mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan. Mereka terjumpa mayat Adi sedang memeluk Al-Quran. Di runtuhan rumah pelacuran pula, mereka terjumpa mayat Amin serta Mira dalam keadaan yang memalukan. Orang ramai kehairanan melihat Adi yang mati di masjid dan Amin pula di rumah pelacuran.

Ibu mereka menangis melihat keadaan anak-anaknya, lebih-lebih lagi keadaan mayat Amin. Barulah dia tersedar, selama ini dia tidak pernah mendoakan Amin kerana menganggapnya anak yang soleh dan tidak memerlukan doanya.

Pengajaran dari kisah ini:
Doakanlah kesemua anak-anak kita. Kalau ada 10 orang anak, doakan untuk kesemuanya. Walaupun perangai anak-anak ada yang baik dan ada yang buruk, janganlah lupa mendoakan mereka.

Jadi doakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Dan jika marahkan anak-anak, berhati-hati dengan ayat yang keluar dari mulut kita. Apa yang kita katakan adalah doa. Jangan tersalah doa...kasihanilah anak-anak.
See More

Rindu Mama, Rindu Abah

Seawal jam 6:30 atau 7:00 kita suami isteri hantar anak ke rumah org/taska... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat... 

Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!

Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama..

Tp... Nak ckp riindu tak pandai....

Nak tulis surat, xreti gak...

Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad...

Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri...

Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
 

TAPI.....
 

Apa kita buat...
 

Bila anak2 bising... Kita marah...
 

Bila anak2 main... Kita herdik...
 

Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
 

Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
 

Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
 

Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
 

Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
 

Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
 

Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
 

Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
 

Fikir sahabat...
 

Fikir teman2...
 

Fikir ayah ibu yg mulia...

Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2, amanah Allah pada kita?